Qawwali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis qawwali diadakan di dataran terbuka Makam Ajmeer Shareef, Rajahstan, India

Qawwali (Urdu: قوّالی‎ serapan Arab: قَوَّالِي, rumi: qawwāl‎iy terbitan قَوْلqawl "kata-kata" lanjutan bentuk ism kata kerja قَالَ‎qāla "berkata; bercakap"[1]; Hindi: क़व्वाली, Benggali: কাওয়ালি, Punjabi: قوّالیShah. ਕ਼ੱਵਾਲੀ Gur.) adalah sebuah bentuk muzik keagamaan Sufi yang populer di Asia Selatan: di kawasan Punjab dan Sindh di Pakistan; di Hyderabad, Delhi dan bahagian-bahagian lainnya di India, khususnya India Utara; serta Dhaka, Chittagong, Silhat dan beberapa bahagian di Bangladesh. Muzik tersebut berusia selama lebih dari 700 tahun. Ia melibatkan lontaran berlagu sajak-sajak yang memuji Nabi Muhammad (قولqawl) oleh seorang ketua penyanyi (قَوَّالqawwāl) yang diulangi pengikut sekeliling (قوّالیqawwali).

Aslinya ditampilkan di makam-makam ahli sufi seluruh Asia Selatan, muzik tersebut juga meraih perhatian umum sejauh dunia antarabangsa melalui karya penyanyi Pakistan Nusrat Fateh Ali Khan, sebahagian besar kerana beberapa perilisan pada label Real World, disusuli oleh penampilan langsung di festival-festival WOMAD. Penyanyi Qawwali terkenal lainnya meliputi Sabri Bersaudara, Bahauddin Qutbuddin dan Aziz Mian dari Pakistan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 305. ISBN 967-65-7321-3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]