Pergi ke kandungan

Dhaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dhaka
دهاک
Pemandangan Dhaka
Pemandangan Dhaka
Kedudukan Dhaka di Bangladesh
Kedudukan Dhaka di Bangladesh
NegaraBangladesh
Daerah pentadbiranDaerah Dhaka
Kerajaan
 • Datuk bandarSadeque Hossain Khoka
Keluasan
815.85 km2 (315.00 batu persegi)
Penduduk
 (anggaran 2006)[1]
6,724,976
 • Kepadatan14,608/km2 (37,830/batu persegi)
 • Metro
11,918,442
Zon waktuUTC+6 (BST)


Dhaka(/ˈdɑːkə/ DAH-kə or /ˈdækə/ DAK; Benggali: ঢাকা, rumi: Ḍhākā, disebut [ˈɖʱaka] ) atau nama lamanya Dacca,[2] ialah ibu negara dan bandar raya terbesar di Bangladesh. Dengan penduduk sebanyak 36.6 million ia adalah bandar raya kedua terbanyak penduduk di dunia[3][4] dan antara kawasan urban paling padat di dunia[5][6] Pada kurun ke 17, Dhaka pernah menjadi antara pusat perdagangan yang utama untuk Empayar Mughal

Dhaka adalah antara bandaraaya yang paling terkotor dan tercemar di dunia.[7][8]Pada tahun 2001 sahaja, 236,000 orang meninggal akibat pencemaran yang teruk.[9] Disebabkan oleh kepadatan penduduk yang tinggi, pembandaran yang pesat serta perkembangan industri yang meluas, pencemaran badan air di bandar terbesar Bangladesh, Dhaka, semakin berleluasa. Air kumbahan domestik yang tidak dirawat dan efluen industri dilepaskan secara haram ke sungai dan terusan. Pelbagai jenis bahan pencemar telah diukur dan dikaji, termasuk nutrien (nitrogen dan fosforus), koliform, logam serta racun perosak. Pengukuran di sungai-sungai berhampiran Dhaka menunjukkan tahap pencemaran organik yang amat tinggi, kandungan ammonia yang tinggi, serta paras oksigen terlarut yang sangat rendah, hampir sifar pada musim kemarau.

Dhaka pernah pada suatu ketika menjadi ibu kota Empayar Mughal. Pada masa itu, ia dikenali sebagai "Jahangir Nagar", sempena maharaja Mughal, Jahangir. Dhaka berada di bawah perintah British pada 1765. Ia kemudiannya menjadi ibu kota Pakistan Timur pada tahun 1947 dan pada 1971, menjadi ibu kota negara Bangladesh yang merdeka. Sebelum ini, nama Dhaka dieja sebagai Dacca.

Topografi

[sunting | sunting sumber]

Dhaka terletak di pusat Bangladesh, iaitu di timur Sungai Bunriganga serta berkedudukan di kawasan selatan Delta Ganges. Daerah Dhaka bersempadan dengan daerah-daerah Gazipur, Tangail, Munshiganj, Rajbari, Narayanganj, Manikganj.

Pencemaran

[sunting | sunting sumber]

Dhaka merupakan salah satu bandar global dengan udara paling tercemar dari segi zarahan, terutamanya akibat pengilangan bata secara tidak terkawal.[10]

Tempat-tempat penting

[sunting | sunting sumber]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Universiti Dhaka, BUET, Universiti BRAC dan institut pengajian tinggi dan penyelidikan pertanian yang lain juga terdapat di bandar ini.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]
Sadarghat, salah satu pelabuhan terpenting di Dhaka

Dhaka dihubungkan dengan beberapa lebuh raya dengan lima daripada lapan lebuh raya utama Bangladesh bermula di Dhaka.

Kereta api

[sunting | sunting sumber]

Bandar raya ini dihubungkan dengan jaringan landasan kereta api, dengan stesen utamanya merupakan stesen Kamalapur, stesen terbesar di Bangladesh.

  1. ^ World Gazetteer, 2006.
  2. ^ Choguill, C.L. (2012). New Communities for Urban Squatters: Lessons from the Plan That Failed in Dhaka, Bangladesh. Springer Science & Business Media. m/s. viii. ISBN 978-1-4613-1863-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2020. Dicapai pada 10 July 2016.
  3. ^ "World Urbanization Prospects 2025" (PDF). United Nations. New York. 2025. Dicapai pada 20 November 2025.
  4. ^ "Dhaka world's 2nd largest city with 36.6 million: UN". The Daily Star. 26 November 2025.
  5. ^ "Demographia World Urban Areas 17th Annual Edition: 202106". Demographia. Demographia. http://www.demographia.com/db-worldua.pdf. Diperolehi 2 February 2022.
  6. ^ Ferreira, Luana (3 September 2021). "Here's How Many People Live In The Most Densely Populated City On Earth". Grunge.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2022. Dicapai pada 2 February 2022.
  7. ^ "World's Most Polluted Countries in 2023 - PM2.5 Ranking | IQAir". www.iqair.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-22.
  8. ^ "Bangladesh Air Quality Index (AQI) and Air Pollution information | IQAir". www.iqair.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-22.
  9. ^ "Air pollution is now the biggest killer in Bangladesh". The Daily Star (dalam bahasa Inggeris). 2024-06-21. Dicapai pada 2024-08-22.
  10. ^ Sohara Mehroze Shachi (September 5, 2018). "Bangladesh's Air Pollution Problem Grows, Brick by Brick". Undark. Dicapai pada September 7, 2018. The kiln operations alone — while representing just 1 percent of the country’s GDP — generate nearly 60 percent of the particulate pollution in Dhaka, according to Bangladesh’s Department of Environment (DOE).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Media berkaitan Dhaka di Wikimedia Commons
  • Maklumat perjalanan Dhaka di Wikikembara