Qutbisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Qutbisme atau Qutbism (Arabic: ٱلْقُطْبِيَّةِ, bahasa arab: al-Quṭbīyah) ialah eksonim yang merujuk kepada kepercayaan dan ideologi Sayyid Qutb,[1] Beliau merupakan pembawa kepada pembaharuan islam bagi Ikhwan Muslimin yang telah dihukum bunuh oleh kerajaan Mesir pada tahun 1966[2].Terpengaruh dengan ajaran dan kepercayaan islam yang terdahulu seperti Hasan al-Banna dan Maududi, Qutbisme menganjurkan jihad bersenjata untuk menubuhkan kerajaan islam, dalam tambahan untuk mempromosikan serangan jihad. Risalah Sayyid Qutb sangat mempengaruhi banyak gerakan jihad diserata dunia.[1][3][4] Qutbisme telah mendapat keutamaan disebabkan pengaruhnya pada tokoh jihad yang terkenal pada masa kini seperti Abdullah Yusuf Azzam, Osama bin Laden, Ayman al-Zawahiri, Saif al-Adel dan lain-lain lagi.[3][4][5][6] Ideanya juga telah diadaptasikan oleh pertubuhan Negara Islam jihad-Salafi.[7] Ianya juga memberi inspirasi kepada Ruhollah Khomeini untuk membina ideologi Qutbisme dalam versi Shiahnya iaitu Khomeinisme.

Kesasteraan Qutbisme telah menjadi sumber pengaruh terbesar bagi kebanyakan pertubuhan jihad yang telah muncul semenjak tahun 1970-an lagi. Ini termasuk Jihad Islam Mesir, Jama'ah al-Islamiyya, al-Takfir wal Hijra, Kumpulan Bersenjata Algeria (GIA), Kumpulan Pejuang Islam Libya (LIFG), Al-Qaeda, Baris Al-Nusra , Negara Islam, dan lain-lain. Kumpulan-kumpulan pertubuhan ini telah berusaha untuk melaksanakan strategi mereka dengan melancarkan Jihad secara bersenjata.[9][10][11]

Penyebaran Idea Quttub[sunting | sunting sumber]

Mesej Sayyid Qutb telah tersebar melalui penulisannya, pengikutnya dan terutamanya tersebar melalui adiknya iaitu Muhammad Qutb, dimana beliau telah berhijrah ke Arab Saudi berikutan pembebasannya dari penjara di Mesir and kemudian menjadi Profesor bagi pengajian islam dan menyunting, menerbitkan dan mempromosikan kerja abangnya Sayyid Qutb.[1][2]

Ayman al-Zawahiri

Ayman al-Zawahiri, yang telah menjadi anggota bagi pertubuhan gerakan Jihad Islam Mesir, merupakan salah satu pelajar Muhammad Quttub.[3] dan kemudiannya penyelia dan penasihat (mentor) kepada Osama bin Laden dan ahli terkemuka pertubuhan al-Qaeda.[4] Dia telah diperkenalkan pertama kalinya dengan PakCik Sayyid Qutb bernama Mafouz Azzam, dimana telah menjadi bagitu rapat dengan Sayyid Qutb menerusi kehidupannya dan kekaguman pada al-Zawahiri iaitu "kesucian karakter Qutb dan adzab yang ditanggungnya dalam penjara." "[5] Zawahiri memberi penghormatan kepada Sayyid Qutb diatas hasil kerjanya Qutb Pahlawan dibawah bendera Nabi-Nabi.[6]

Qutbisme dianggap telah disebarkan oleh Abdullah Azzam ketika peperangan antara pemerintah komunis Rusia iaitu Soviet Union dan pejuang jihad Afghanistan.Ketika sukarelawan jihad islam dari seluruh dunia bertukar-tukar idea mengenai agama, Qutbisme bergabung dengan Salafisme dan Wahhabisme, yang memuncak dalam pembentukan jihadisme Salafi. [7] Abdullah Azzam juga merupakan mentor bagi Osama bin Laden.

Osama bin Laden dilaporkan telah kerap menghadiri kuliah umum mingguan oleh Muhammad Qutb di Universiti Raja Abdulaziz, dan telah membaca dan sangat dipengaruhi oleh Sayyid Qutb [8]

Mendiang pemimpin Al Qaeda Yaman Anwar al-Awlaki juga telah bercakap tentang pengaruh besar Sayyid Qutb dan "begitu tenggelamnya saya dengan pengarang, seperti akan merasakan Sayyid bersama saya... bercakap dengan saya secara langsung ”[9]

Berdasarkan pada temu bual dimana dia lakukan bersama "Pengganas Islam di beberapa buah negara", menurut kenyataan daripada Fawaz A. Gerges,[10] “Qutb menunjukkan mereka jalan untuk kedepan and...mereka menyebut (Sayyid Qutb) sebagai syahid...pejuang jihad memandang tinggi kepada Qutb sebagai bapa rohani pengasas, jika bukan mufti, atau ahli teori gerakan kontemporari mereka.” ”[11] Ayman al-Zawahiri, pemimpin bagi al-Qaeda semenjak Jun 2011, menegaskan pembunuhan Sayyid Qutb memicu "Api para pejuang jihad",[10]dan tulisannya "mengubah secara dramatik hala tuju gerakan Islam dengan paksaan memacu idea 'keperluan mendesak untuk menyerang musuh terdekat' (pemerintah dan kerajaan sekular di negara-negara Islam)".[11]

Istilah[sunting | sunting sumber]

Walaupun penganut Qutbisme dirujuk sebagai Qutbism atau Qutbiyyun (perkataan tunggal: Qutbi), mereka jarang merujuk kepada diri mereka sendiri dengan nama-nama ini (iaitu perkataan itu bukan endonim: nama yang digunakan penduduk tempatan); nama itu pertama dan masih digunakan oleh penentang mazhab (iaitu ia adalah eksonim: nama yang tidak digunakan oleh penduduk tempatan samada rasmi atau tidak).

  1. ^ Kepel, War for Muslim Minds, (2004) pp. 174–75
  2. ^ Kepel, Jihad, (2002), p. 51
  3. ^ Sageman, Marc, Understanding Terror Networks, University of Pennsylvania Press, 2004, p. 63
  4. ^ "How Did Sayyid Qutb Influence Osama bin Laden?". Dicapai pada 26 February 2015.
  5. ^ Wright, Looming Tower, 2006, p. 36
  6. ^ "Sayyid_Qutbs_Milestones". Dicapai pada 26 February 2015.
  7. ^ Hassan, Hassan. (June 13, 2016). The Sectarianism of the Islamic State: Ideological Roots and Political Context. Carnegie Endowment for Peace. Retrieved 3 December 2017.
  8. ^ Wright, Looming Tower, 2006, p. 79
  9. ^ Scott Shane; Souad Mekhennet & Robert F. Worth (8 May 2010). "Imam's Path From Condemning Terror to Preaching Jihad". The New York Times. Dicapai pada 13 May 2010.
  10. ^ a b Eikmeier, Dale (Spring 2007). "Qutbism: An Ideology of Islamic-fascism". Parameters: U.S. Army War College Journal: 89. Dicapai pada 10 March 2021.
  11. ^ a b Fawaz A. Gerges, The Far Enemy: Why Jihad Went Global, (Bronxville, N.Y.: Sarah Lawrence College) 2005, prologue, http://www.cambridge.org/us/catalogue/catalogue.asp?isbn=9780521791403