Ayman al-Zawahiri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayman al-Zawahiri
Kelahiran(1951-06-19)19 Jun 1951
Maadi, Kaherah, Mesir
Meninggal dunia31 Julai 2022(2022-07-31) (umur 71)
PekerjaanUlama,
ketua al-Qaeda
PendahuluOsama bin Laden
PasanganAzza Ahmed
(k. 1978–2001, kematiannya)
Anak-anak6 (3 hidup)[perlu rujukan]
Ibu bapaMohammed Rabie al-Zawahiri (bapa)
Umayma Azzam (ibu)

Ayman Mohammed Rabie al-Zawahiri[2] (Arab: أيمن محمد ربيع الظواهري  ʾAyman Muḥammad Rabīʿ aẓ-Ẓawāhirī ; lahir 19 Jun 1951 — 31 Julai 2022) ialah seorang ulama Mesir[3] dan pemimpin al-Qaeda sekarang.[4] Sebelum ini, beliau merupakan "amir" kedua dan terakhir Jihad Islam Mesir, setelah mengambil tempat Abbud al-Zumar sebagai amir ketika kerajaan Mesir menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas al-Zumar. Isteri dan tiga orang anaknya terbunuh dalam bedilan Amerika Syarikat di Afghanistan pada tahun 2001, ekoran serangan 11 September di Amerika Syarikat. Pada 2 Mei 2011, beliau dianggap sebagai pemangku ketua al-Qaeda ekoran kematian Osama bin Laden.[5] Hal ini disahkan oleh kenyataan akhbar daripada al-Qaeda pada 16 Jun.[4] Selepas kejadian 9/11, Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran $25 juta untuk sesiapa yang memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan al-Zawahiri.[6]

al-Zawahiri dilaporkan mempunyai kelayakan doktor bedah; sewaktu pertubuhannya bergabung dengan al-Qaeda pimpinan bin Laden, beliau menjadi penasihat dan tabib peribadi bin Laden. Beliau mula-mula berjumpa dengan bin Laden di Jeddah pada tahun 1986.[7] Kefahaman aqidah dan sejarah Islam oleh al-Zawahiri tampak radikal sekali. Beliau fasih berbahasa Arab, Inggeris[8][9] dan Perancis. Sebagai ahli atau sekutu al-Qaeda, beliau dikenakan sekatan seluruh dunia oleh Jawatankuasa 1267 Majlis Keselamatan PBB.[10]

Pada tahun 1998, al-Zawahiri secara rasminya menggabungkan Jihad Islam Mesir ke dalam al-Qaeda. Menurut laporan oleh seorang bekas ahli al-Qaeda, beliau pernah bekerja dalam pertubuhan al-Qaeda semenjak penubuhannya lagi dan merupakan salah seorang ahli majlis syura al-Qaeda. Beliau sering disifatkan sebagai "leftenan" Osama bin Laden, walaupun periwayat lantikan bin Laden menggelar al-Zawahiri sebagai "dalang sebenar" al-Qaeda.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Islamism: a documentary and reference guide (2008) Dr. John Calvert
  2. ^ al-Zawahiri juga dieja al-Dhawahiri untuk mencerminkan sebutan normatif bahasa Arab klasik yang bermula dengan [ðˤ]. Sebutannya dalam loghat Mesir ialah [ˈʔæjmæn mæˈħæmmæd ɾˤɑˈbiːʕ elzˤɑˈwɑhɾi]; approximately: Ayman Mahammad Rabi Elzawahri.
  3. ^ http://www.fbi.gov/wanted/wanted_terrorists/ayman-al-zawahiri/view
  4. ^ a b BBC: Ayman al-Zawahiri appointed as al-Qaeda leader, 16 Jun 2011
  5. ^ Juan Zarate, Chris Wragge, CBS Early Show (3 Mei 2011). Who now becomes America's next most wanted terrorist?. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-19. Dicapai pada 2011-06-18. Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)
  6. ^ CNN: Egyptian doctor emerges as terror mastermind, dicapai pada 16 Jun 2011
  7. ^ Atkins, Stephen E. (May 31, 2011). The 9/11 Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 456–. ISBN 9781598849219. Dicapai pada May 6, 2011.
  8. ^ www.memri.org. "Al-Qaeda Deputy Head Ayman Al-Zawahiri in Audio Recording: Musharraf Accepted Israel's Existence". Memri.org. Dicapai pada 3 Februari 2011.
  9. ^ Wilkinson, Isambard (11 Ogos 2008). "Al-Qa'eda chief Ayman Zawahiri attacks Pakistan's Pervez Musharraf in video". The Daily Telegraph. London. Dicapai pada 26 April 2010.
  10. ^ UN list of affiliates of al-Qaeda and the Taliban
  11. ^ Baldauf, Scott (31 Oktober 2001). "The 'cave man' and Al Qaeda". Christian Science Monitor. Dicapai pada 17 April 2008.