RIDA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

RIDA ialah nama lama bagi MARA . Maktab RIDA telah dibina di Petaling Jaya. Kemudian Maktab RIDA diperbesarkan menjadi Institut Teknologi MARA. Kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA. RIDA mempunyai erti yang mendalam bagi membangunkan ekonomi orang Melayu.

Majlis Mesyuarat Udang Persekutuan Tanah Melayu (MMUPTM)telah bersetuju untuk menubuhkan RIDA adalah singkatan dari 'Lembaga Kemajuan Kampung & Perusahaan (LPKP) atau Rural & Industrial Development Authority pada 1950 dalam usaha memberi keselesaan dan meninggikan taraf sosio ekonomi penduduk luar bandar.

Konsep 'Mahu Menolong Diri Sendiri'yang sering dilaungkan oleh Dato' Onn Jaafar menjadi asas untuk memainkan peranannya. Usaha menyediakan kemudahan infrastruktur pembangunan luar bandar seperti membina jalan raya, jambatan sekolah, pusat kesihatan, balai raya, bekalan air bersih dan lain-lain kemudahan secara gotong royong digerakkan untuk meningkatkan tahap kehidupan rakyat.

Namun begitu, peranan yang dijalankan oleh RIDA adalah agak terbatas dan perbincangan tentang masalah sosio ekonomi orang-orang Melayu menjadi antara isu di Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) Pertama pada 5-7 Jun 1965. Maka MARA lahir melalui resolusi kongres yang dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dalam mencari jalan membangunkan Bumiputera.

Sebanyak 68 ketetapan telah disepakati dan salah satunya adalah penubuhan Majlis Amanah Rakyat(MARA). Tertubuhnya pada tarikh keramat 1 Mac 1966 adalah melaksanakan mandat, mengangkat martabat dan maruah bangsa melalui pelbagai bidang ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan yang mana matlamat serta amanat tersebut masih digalas sehingga hari ini.

Sehingga kini seramai lebih 2 juta rakyat telah menerima manafaat daripada program keusahawanan serta pendidikan MARA.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]