Majlis Amanah Rakyat
Penampilan
(Dilencongkan daripada MARA)
![]() | |
| Intisari badan Berkanun | |
|---|---|
| Dibentuk | 1 Mac 1966 |
| Jenis | Badan Berkanun |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif badan Berkanun |
|
Agensi induk | Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia |
Laman sesawang | www.mara.gov.my |
Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.

Kronologi
[sunting | sunting sumber]- 1953 - Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan oleh penjajah British setelah mendapat kritikan pemimpin Melayu seperti Sultan Idris dari Perak. RIDA bermaksud Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan.
- 1965 - Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur mendesak agar ekonomi Melayu diperkukuhkan. RIDA didapati tidak berkemampuan dan tidak berkesan.
- 1965 - RIDA disusun semula dan ditukar nama kepada MARA.
Peranan MARA dalam Pendidikan Malaysia
[sunting | sunting sumber]Majlis Amanah Rakyat (MARA) memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan di Malaysia, khususnya dalam meningkatkan pencapaian pendidikan dalam kalangan pelajar Bumiputera. Selain menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak, MARA juga telah menubuhkan pelbagai institusi pendidikan di pelbagai peringkat bagi memenuhi keperluan akademik dan kemahiran teknikal negara.
Antara institusi pendidikan yang ditubuhkan atau diselia oleh MARA adalah seperti berikut:
Pendidikan Menengah
[sunting | sunting sumber]- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) – Ditubuhkan bagi menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar Bumiputera berumur antara 13 hingga 17 tahun yang cemerlang dalam peperiksaan awam. MRSM terkenal dengan kurikulum berasaskan sains dan teknologi serta penekanan kepada pembangunan sahsiah pelajar.
Pra-Universiti
[sunting | sunting sumber]- Kolej MARA – Menyediakan program pra-universiti seperti International Baccalaureate (IB), A-Level, Program Matrikulasi KPM, dan program asasi universiti kepada pelajar Bumiputera.
Pendidikan Tinggi
[sunting | sunting sumber]- Kolej Profesional MARA (KPM) – Menawarkan program diploma dan High National Diploma (HND) dalam pelbagai bidang profesional.
- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) – Sebuah institusi pendidikan tinggi swasta yang menyediakan program diploma dan ijazah dalam bidang seperti perniagaan, teknologi maklumat dan kejuruteraan.
- Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) – Ditubuhkan pada tahun 1987 dan dinaik taraf kepada status universiti pada 31 Mac 2021. Kini dikenali sebagai:
- Universiti Poly-Tiswazah, dan profesional dalam bidang seperti perakaunan, perniagaan, teknologi maklumat, kejuruteraan dan sains sosial. Universiti ini turut aktif dalam penyelidikan dan inovasi di peringkat nasional dan antarabangsa.
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL) – Sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang menyediakan pendidikan teknikal dan vokasional berkualiti tinggi.
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) – Dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA (ITM), kini merupakan universiti awam yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, dan bukan lagi di bawah pentadbiran MARA.
Pendidikan Kemahiran dan Teknikal
[sunting | sunting sumber]- Institut Kemahiran MARA (IKM) – Menawarkan latihan kemahiran teknikal dalam pelbagai bidang industri kepada pelajar lepasan sekolah.
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) – Menyediakan latihan kemahiran lanjutan di peringkat diploma tinggi dan setaraf.
- GiatMARA – Menawarkan latihan kemahiran jangka pendek secara percuma kepada golongan belia dan masyarakat umum, terutamanya di kawasan luar bandar.
- MARA Japan Industrial Institute (MJII) – Menawarkan pendidikan teknikal dengan penekanan kepada teknologi dan budaya kerja Jepun.
- German-Malaysian Institute (GMI) – Sebuah institut latihan teknikal hasil kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Jerman, di bawah pentadbiran MARA.
Lokasi Berkaitan
[sunting | sunting sumber]- Pulau MARA, Tasik Banding, Belum, Perak – Sebuah lokasi yang dahulunya ditadbir oleh Maktab Rendah Sains MARA Kulim, dan pernah digunakan untuk aktiviti pelajar.
Pengerusi MARA
[sunting | sunting sumber]| Bil | Nama | Tempoh Perkhidmatan | Tahun dan Hari |
|---|---|---|---|
| 1 | Dato' Abdul Rahman bin Musa | 1 Disember 1965 – 7 Jun 1967 | 1 tahun, 188 hari |
| 2 | Tan Sri Taib Andak | 8 Jun 1967 – 31 Ogos 1967 | 84 hari |
| 3 | Tun Dato' Seri Haji Abdul Ghafar bin Baba | 1 September 1967 – 31 Oktober 1971 | 4 tahun, 60 hari |
| 4 | Dato' Haji Mustaphair bin Haji Abdill Jabbharr | 1 November 1971 – 31 Januari 1973 | 1 tahun, 91 hari |
| 5 | Encik Haji Abdul Aziz bin Hj. Mohd. Ali | 1 Februari 1973 – 17 September 1973 | 228 hari |
| 6 | Encik Haji Ahmad bin Hj Abdul Rahim | 18 September 1973 – 30 September 1974 | 1 tahun, 12 hari |
| 7 | Encik Haji Sulaiman bin Haji Osman | 1 Oktober 1974 – 31 Mei 1975 | 242 hari |
| 8 | Tan Sri Haji Abdul Aziz Yeop | 1 Julai 1975 – 23 Ogos 1978 | 3 tahun, 53 hari |
| 9 | Dr Haji Nawawi bin Mat Awin | 1 November 1978 – 15 Oktober 1982 | 3 tahun, 348 hari |
| 10 | Encik Haji Abdul Rahim bin Abu Bakar | 16 Oktober 1982 – 16 Julai 1984 | 1 tahun, 274 hari |
| 11 | Encik Haji Mohammed Ridzuan bin Abdul Halim | 17 Julai 1984 – 16 Ogos 1984 | 30 hari |
| 12 | Tan Sri Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali | 17 Ogos 1984 – 31 Ogos 1986 | 2 tahun, 14 hari |
| 13 | Tan Sri Dato' Haji Khalid bin Yunus | 1 September 1986 – 31 Oktober 1987 | 1 tahun, 60 hari |
| 14 | Dato' Haji Ismail bin Said | 1 November 1987 – 15 Januari 1991 | 3 tahun, 75 hari |
| 15 | Datuk Haji Mohannid Tamrin bin Abdul Ghafar | 15 Januari 1991 – 12 Januari 1993 | 1 tahun, 363 hari |
| 16 | Datuk Seri Haji Mohamed Nazri Abdul Aziz | 17 Mac 1993 – 23 Julai 1995 | 2 tahun, 128 hari |
| 17 | Dato' Haji Othman bin Abdul | 24 Julai 1995 – 31 Mac 1998 | 2 tahun, 250 hari |
| 18 | Haji Ruhanie b. Ahmad | 1 April 1998 – 2 April 2000 | 2 tahun, 1 hari |
| 19 | Tan Sri Datuk Wira Haji Abu Seman Yusop | 3 April 2000 – 31 Mac 2004 | 3 tahun, 363 hari |
| 20 | Dato’ Haji Zamani b. Md Noor | 3 April 2004 – 15 Julai 2004 | 103 hari |
| 21 | Brigedier Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdul Hamid b. Hj. Zainal Abidin | 16 Julai 2004 – 13 Ogos 2008 | 4 tahun, 28 hari |
| 22 | Tan Sri Dato’ Seri Idris bin Jusoh | 16 Julai 2008 – 9 Mac 2013 | 4 tahun, 236 hari |
| 23 | Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa | 10 Mac 2013 – 31 Januari 2017 | 3 tahun, 327 hari |
| 24 | Datuk Dr Haji Awang Adek Hussin | 1 September 2017 – 30 September 2018 | 1 tahun, 29 hari |
| 25 | Dr Hajjah Anita Hashim | 1 Oktober 2018 – 30 April 2020 | 1 tahun, 212 hari |
| 26 | Datuk Seri Panglima Hajjah Azizah Mohd Dun | 1 Mei 2020 – 11 Mac 2023 | 2 tahun, 314 hari |
| 27 | Dato' Dr Haji Asyraf Wajdi Dusuki | 12 Mac 2023 – Kini | 3 tahun, 125 hari |
Ketua Pengarah
[sunting | sunting sumber]- Azhar Abdul Manaf
- Zulfikri Osman
