RIM-116 Rolling Airframe Missile

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi senjata sebelumnya dengan nama Ram, lihat Ram (roket).
RIM-116 Rolling Airframe Missile
USS New Orleans (LPD-18) launches RIM-116 missile 2013.jpg
Sebuah RAM dilepaskan daripada USS New Orleans pada tahun 2013.
JenisSistem Senjata Rapat
Tempat asalAmerika Syarikat dan Jerman
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1992–kini
Digunakan olehLihat pengguna
Sejarah pengeluaran
PerekaGeneral Dynamics (kini Raytheon) / Diehl BGT Defence
Direka1976
PengeluarGeneral Dynamics (kini Raytheon) / Diehl BGT Defence
Kos unitAS$998,000 (FY2014)[1]
Dihasilkan1985–kini
AnekaLihat kelainan
Spesifikasi
Berat5,777 kg (12,736 lb) (pelancar)
73.5 kilogram (162 lb 1 oz) (peluru berpandu)
Panjang2.79 m (9 ka 2 in) (peluru berpandu)
Warheadblast fragmentation warhead
Warhead weight11.3 kg (24 lb 15 oz)

Lebar sayap434 mm (17.1 in)
Bebalingsolid
Jarak
operasi
9 km (5.6 mi)
KelajuanLebih daripada Mach 2 (1,522 mph; 2,450 km/h)
Sistem
pemanduan
Panduan infra merah/frekuensi radio tiga mod-pasif, infra merah sahaja, atau infra merah mod-dual yang dibolehkan (panduan frekuensi radio dan infra merah)
Platform
pelancaran
Pelancar Peluru Berpandu Panduan Mk 144 daripada Sistem Pelancaran Peluru Berpandu Panduan Mk 49

RIM-116 Rolling Airframe Missile (RAM) adalah sebuah peluru berpandu permukaan ke udara panduan infra merah bersaiz kecil dan ringan yang kini digunakan oleh tentera laut daripada Jerman, Jepun, Greek, Turki, Korea Selatan, Arab Saudi, Mesir, dan Amerika Syarikat. Asalnya, ia bertujuan untuk digunakan sebagai senjata titik pertahanan untuk memusnahkan peluru berpandu krus anti kapal. Peluru berpandu ini diberi nama sedemikian kerana ia berputar pada paksi mendatarnya untuk menstabilkan penerbangan, seperti mana sebutir peluru ditembak daripada laras berpilin. Setakat 2005, hanaya peluru berpandu milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang dioperasikan mengikut konsep ini.[2]

Rolling Airframe Missiles, bersama dengan Sistem Pelancaran Peluru Berpandu Panduan Mk 49 dan peralatan sokongan, menghasilkan Sistem Senjata Peluru Berpandu Panduan RAM Mk 31. Berat Pelancar Peluru Berpandu Panduan Mk-144 adalah 5,777 kilogram (12,736 lb) dan boleh menyimpan 21 buah peluru berpandu. Senjata asal tidak memiliki penderianya sendiri sebelum ditembak, oleh itu ia mesti diintegrasikan ke dalam sistem tempur kapal, yang mana akan menyasarkan pelancar ke arah sasaran. Di kapal-kapal Amerika Syarikat, ia diintegrasikan dengan Sistem Peluru Berpandu Pertahanan Kapal AN/SWY-2 dan sistem pertempuran Sistem Pertahanan Diri Kapal (SSDS) Mk 1 atau Mk 2. SeaRAM merupakan sebuah versi pelancar RAM yang dilengkapi dengan penderia bebas yang diterbitkan daripada sistem CIWS Vulcan Phalanx, yang mana dipasang pada kapal tempur pesisir dan beberapa pembinasa kelas-Arleigh Burke.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Peta para pengguna RIM-116 dalam warna biru
Pelancar RAM yang dipasang pada kapal serang laju Ozelot dari Tentera Laut Jerman.

Pengguna sekarang[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota
  1. ^ "United States Department Of Defense Fiscal Year 2015 Budget Request Program Acquisition Cost By Weapon System" (pdf). Office Of The Under Secretary Of Defense (Comptroller)/ Chief Financial Officer. March 2014. m/s. 63. 
  2. ^ Norman Polmar (2005). Ships and Aircraft of the U.S. Fleet. The Naval Institute. m/s. 519. 
  3. ^ "SeaRAM, Close-In Weapon System - Japanese Example Ship". military-today.com. Dicapai 2013-08-13. 
  4. ^ "Raytheon delivers RAM launcher for Mexican Navy POLA OPV". navaltoday.com. Dicapai 2018-10-23. 
  5. ^ Chin, Jeremy (28 January 2019). "Germany Approves Sale of RAM to Qatar". CSIS Missile Threat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2019. Dicapai 2 February 2019. 
Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Raytheon