R Kenghadharan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

R Kenghadharan merupakan bekas tahanan ISA yang ditahan sejak 2007 di Kem Tahanan Kamunting, di Kamunting, Taiping, Perak, Malaysia. Beliau menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Begeri Malaysia (ISA) setelah terlibat dalam perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Hindraf di depan kuil Batu Caves dan Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada November 2007. Beliau merupakan pemimpin / peguam bagi ahli-ahli Hindraf yang ditangkap oleh polis Malaysia. Hindraf memperjuangkan nasib kaum India yang daif dan miskin di ladang-ladang di Malaysia. Pemimpin Hindraf menggunakan laman web dan surat kepada pemimpin negara India dan British agar mendesak pemimpin Malaysia mengambil berat nasib segelintir warga India di Malaysia.

Kengdharan dibebaskan pada hari Ahad, 5 April 2009 selepas oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA sempena perlantikan Najib sebagai perdana menteri.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]