Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dato'
Jeffrydin
Jeffridin&TheSiglapFive.jpg
Kulit piring hitam Jeffridin & The Siglap Five
KelahiranRaden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman
(1947-06-18) 18 Jun 1947 (umur 71) [1]
 Singapura
WarganegaraSingapura
Nama lainJeffydin
PasanganRashidah Abdullah
Anak3
Kerjaya muzik
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1960-an-kini

Dato' Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman atau lebih dikenali sebagai Jeffrydin merupakan seorang penyanyi yang mencipta namanya semenjak 1960-an. Ketika itu, pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah "pop yeh-yeh" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960an, biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Jefrydin menjadi kegilaan peminat sebagaimana Allahyarham A. Ramlie. Jefrydin selalu diserbu peminatnya pada setiap pertunjukkan hingga bajunya pernah koyak-koyak dan tercabut butang. Malah albumnya, EP Kenanganku pernah dijual melebihi 150,000 unit ketika itu.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya seni beliau bermula sewaktu belajar dalam darjah lima di Sekolah Tangling Tinggi, Singapura. Jefrydin kemudiannya mula memasuki pertandingan menyanyi dan menjadi juara sekitar 1962. Selepas itu Jefrydin bertanding pula dalam pertandingan kugiran seluruh Singapura 1964 dan berjaya menyandang juara selama tiga tahun berturut-turut. Turut bertanding ketika itu A. Ramlie yang mendapat nombor dua manakala Allahyarham M. Osman pula di tempat ketiga.

Selepas itu, Jefrydin menyanyi di majlis perkahwinan bersama Kumpulan Rhythm Boysnya hampir setiap minggu.

Bakat Jeffrydin dicungkil oleh pengurus syarikat rakaman keturunan Cina-Indonesia, Mr Lee yang mendengar beliau menyanyi di majlis kahwin di Singapura. Ketika ditemuduga beliau disuruh memainkan lagu Seruling Bambu dan Fatwa Pujangga dan menandatangani kontrak. Di atas cadangan Mr Lee, beliau menyanyi pula dengan kumpulan The Siglap Five.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan Jefrydin ialah apabila Rhythm Boys (sebelum A. Ramlie menyertainya) muncul sebagai Juara Kugiran anjuran Persatuan Pemuda Pemudi Bandaraya Singapura pada 1966 setelah mengalahkan M. Osman bersama The Clans manakala A. Ramlie ketika itu bersama The Ramlie's. Sungguhpun begitu hubungan mereka tetap akrab.

Hingga kini, Jefrydin telah pernah menghasilkan 30 album. Dia bertemu jodoh dengan gadis Pulau Pinang, Rashidah Abdullah, 49, yang juga pengurusnya dan dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Arjuna Mirko, 26, Raden Wira Sukma, 20, serta Raden Ratna Sari Dewi, 15.

Pada 2002, Jefrydin telah dianugerahkan Pingat AMP dari Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Jefrydin turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. [2]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Datuk Jeffrydin merupakan penyanyi Malaysia yang berjaya merakamkan lagu/album di setiap dekad semenjak 1960an hingga 2010an. Beliau berjaya muncul selama 6 dekad berbeza iaitu di era 1960an, 1970an, 1980an , 1990an, 2000an dan 2010an.[3][4]

  • Jeffridin & The Siglap Five - Philips (1960an)
  • Jeffridin & The Siglap Five - Lucky
  • Kabus Di Pagi (1960an)
  • Seruling Anak Gembala
  • Kenanganku
  • Seruling Bambu
  • Sendiri
  • Jessi 10 Pujaanku (1979)
  • Koleksi Kenangan Abadi P Ramlee - Kompilasi (1980)
  • Jasamu Di Kenang Vol 2 - Kompilasi (1989)
  • Mas Mona 1 (1992)
  • Pertemuan (1994)
  • Setulus Murni (1995)
  • 14 Lagu Pilihan Jeffrydin Penghargaan Artis 60an (1996)
  • Tiada Bayangan Cinta (1997)
  • Nostalgia Hari Raya Bersama Artis Lagenda (1999)
  • Mas Mona II (1999)
  • Adekku
  • Berjanji
  • Gadis Manja
  • Kasihku Pergi
  • Nada Suci Untuk Mu
  • Peristiwa Di Awang Awangan
  • Peristiwaku
  • Seruanku
  • Lagu Lagu Terhebat (2002)
  • Debaran Rindu (2013)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2002 Les Sekinchan Dirinya sendiri Terus ke VCD: penampilan istimewa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]