Datuk (gelaran)
Datuk, Dato' atau Dato merupakan gelaran kehormat di rantau Nusantara merangkumi Indonesia, Malaysia dan Brunei; di Malaysia ia boleh dianugerahkan melalui warisan mahupun secara rasmi oleh ketua negara atau negeri seperti Yang Di-Pertuan Agong, Sultan, dan Yang Dipertua Negeri kepada orang dikurniakan pingat atau bintang kebesaran tertentu sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara.[1] Di Brunei, terdapat juga gelaran Datuk atas penganugerahan gelaran pembesar diraja dalam golongan Menteri
Penggunaan[sunting | sunting sumber]
Terdapat perbezaan dari segi ejaan dalam penggunaan gelaran ini serata Nusantara. Secara amnya, gelaran dengan ejaan "Datuk" didapati di kedua-dua Malaysia dan Indonesia, "Dato'" dengan tanda ' khusus digunakan di Malaysia sementara "Dato" digunakan di Brunei. Walau bagaimanapun, isteri kepada penerima mana-mana gelaran tersebut diberi gelaran "Datin".
Indonesia[sunting | sunting sumber]
Gelaran ini didapati dalam budaya Minangkabau melalui pelafalan ia dalam dialek bahasa suku tersebut iaitu "Datuak", ia adalah gelar adat yang diberikan kepada seseorang melalui kesepakatan suatu kaum atau suku yang ada di wilayah Minangkabau (provinsi Sumatra Barat sekarang) dan selanjutnya disetujui sampai ke tingkat rapat adat oleh para tokoh pemuka adat setempat (Kerapatan Adat Nagari, biasa disingkat dengan KAN).
Sebelum gelar ini disandang seseorang, mesti dilakukan suatu upacara adat atau malewakan gala (Bahasa Minang), dengan sekurangnya memotong seekor kerbau dan kemudian diadakan jamuan makan. Dan jika calon Datuk tersebut tidak mampu untuk mengadakan acara tersebut, maka dia tidak berhak untuk menyandang gelar Datuk tersebut.
Pewarisan gelar Datuk dalam tradisi Minangkabau, berbeda dengan tradisi Melayu yang lain, gelar datuk dapat diwariskan menurut sistem matrilineal. Bila seorang Datuk meninggal dunia, gelar Datuk tersebut dapat diberikan kepada saudara laki-lakinya, atau keponakan (kemenakan) yang paling dekat hubungan kekerabatannya dari garis ibu.
Malaysia[sunting | sunting sumber]
Gelaran dengan ejaan 'Datuk' diberikan kepada individu yang telah dianugerahi pingat oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah, sementera gelaran dengan ejaan Dato' dianugerahkan oleh Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Pemberi darjah | Nama darjah kebesaran | Singkatan | Gelaran dipakai | ||
---|---|---|---|---|---|
Lelaki | Wanita | Isteri | |||
Malaysia | Panglima Jasa Negara | PJN | Datuk | Datin | |
Panglima Setia Diraja | PSD | Datuk | Datin | ||
Perlis | Darjah Dato' Bendahara Seri Jamalullail | DBSJ | Dato’ Bendahara Seri Diraja Negara | Tiada | |
Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | SSSJ | Dato’ Seri Diraja | Datin Seri Diraja | ||
Darjah Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | SPSJ | Dato’ Seri Setia Diraja | Datin Seri Setia Diraja | ||
Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis | SPMP | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Dato' Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | DSSJ | Dato' Paduka | Datin Paduka | ||
Darjah Dato' Wira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | DWSJ | Dato' Wira | Datin Wira | ||
Darjah Dato' Paduka Mahkota Perlis | DPMP | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | DSPJ | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Panglima Sirajuddin Jamalullail | DPSJ | Dato' | Datin | ||
Kedah | Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati | DMK | Dato' Seri Utama | To' Puan Seri Utama | |
Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Yang Amat Dihormati | SSSK | Dato' Seri Diraja | To' Puan Seri Diraja | ||
Darjah Paduka Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati | DPSS | Dato' Paduka | Datin Paduka | ||
Darjah Datuk Setia Sultan Sallehuddin Kedah | DSSS | Dato' | Datin | ||
Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah | SPMK | Dato' Seri | To' Puan | ||
Dato' Paduka Mahkota Kedah | DPMK | Dato' | Datin | ||
Darjah Seri Setia Diraja Kedah | SSDK | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Dato' Setia Diraja Kedah | DSDK | Dato' | Datin | ||
Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati | DGMK | Dato' Wira | Datin Wira | ||
Perak | Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah | SPSN | Dato' Seri Diraja | Datin Seri Diraja | |
Darjah Dato' Seri Paduka Cura Si Manja Kini | SPCM | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak | SPMP | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari | SPTS | Dato' Seri Panglima | Datin Seri Panglima | ||
Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini | DPCM | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak | DPMP | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari | DPTS | Dato' Pahlawan | Datin Pahlawan | ||
Kelantan | Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I) | SPMK | Dato' | Datin | |
Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili I) | SJMK | Dato' | Datin | ||
Darjah Seri Paduka Kesateria Mahkota Kelantan (Al-Yahyawi I) | SPKK | Dato' | Datin | ||
Darjah Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi I) | SPSK | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi II) | DPMK | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili II) | DJMK | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Paduka Kesateria Mahkota Kelantan (Al-Yahyawi II) | DPKK | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi II) | DPSK | Dato' | Datin | ||
Terengganu | Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu | SUMZ | Dato' Seri Utama | To' Puan Seri Utama | |
Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu | SSMZ | Dato Seri | To' Puan Seri | ||
Seri Paduka Mahkota Terengganu | SPMT | Dato Seri | To' Puan Seri | ||
Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu | DSMZ | Dato' | To' Puan | ||
Dato' Paduka Mahkota Terengganu | DPMT | Dato' | To' Puan | ||
Pahang | Peringkat Utama Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang | SDSA | Dato’ Sri Diraja | Datin Sri Diraja | |
Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang | SSAP | Dato' Sri | Datin Sri | ||
Peringkat Kedua Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang | DSAP | Dato’ | Datin | ||
Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang | SIMP | Dato' Indera | Datin Indera | ||
Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang | DIMP | Dato' | Datin | ||
Selangor | Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor | SPMS | Dato' Seri | Datin Paduka Seri | Datin Seri |
Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah | SSIS | Dato' Setia | Datin Paduka Setia | Datin Seri | |
Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor | DPMS | Dato' | Datin Paduka | Datin | |
Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah | DSIS | Dato' | Datin Paduka | Dato Seri | |
Negeri Sembilan | Darjah Seri Utama Negeri Sembilan | SUNS | Dato' Seri Utama | Datin Seri Utama | |
Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang | SSTM | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang | SSNS | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan | DSNS | Dato' | Datin | ||
Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan | DPNS | Dato' | Datin | ||
Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang | DSTM | Dato' | Datin | ||
Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan | DBNS | Dato' | Dato Seri | ||
Johor | Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) | SPMJ | Dato' | Datin Paduka | Datin Dato' (nama suami) |
Pangkat Kedua Dato’ Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J) | DPMJ | Dato' | Datin Paduka | Datin Dato' (nama suami) | |
Pangkat Pertama Dato’ Seri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) | SMIJ | Dato' | Datin Paduka | Datin Dato' (nama suami) | |
Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) | DMIJ | Dato' | Datin Paduka | Datin Dato' (nama suami) | |
Pulau Pinang | Darjah Utama Pangkuan Negeri | DUPN | Dato' Seri Utama | Datin Seri Utama | |
Darjah Panglima Pangkuan Negeri | DPPN | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri | DGPN | Dato' Seri | Datin Seri | ||
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri | DMPN | Dato' | Datin | ||
Darjah Setia Pangkuan Negeri | DSPN | Dato' | Datin | ||
Melaka | Darjah Utama Negeri Melaka | DUNM | Datuk Seri Utama | Datin Seri Utama | |
Darjah Gemilang Seri Melaka | DGSM | Datuk Seri | Datin Seri | ||
Darjah Cemerlang Seri Melaka | DCSM | Datuk Wira | Datin Wira | ||
Darjah Mulia Seri Melaka | DMSM | Datuk | Datin | ||
Darjah Pangkuan Seri Melaka | DPSM | Datuk | Datin | ||
Sabah | Seri Panglima Darjah Kinabalu | SPDK | Datuk Seri Panglima | Datin Seri Panglima | |
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu | PGDK | Datuk | Datin | ||
Sarawak | Datuk Patinggi Bintang Kenyalang | DP | Datuk Patinggi | Datin Patinggi | |
Datuk Amar Bintang Kenyalang | DA | Datuk Amar | Datin Amar | ||
Panglima Negara Bintang Sarawak | PNBS | Dato' Sri | Datin Sri | ||
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang | PGBK | Datuk | Datin | ||
Darjah Jasa Bakti Sarawak | DJBS | Datu | Datin | ||
Panglima Setia Bintang Sarawak | PSBS | Dato | Datin | ||
Wilayah Persekutuan | Seri Utama Mahkota Wilayah | SUMW | Datuk Seri Utama | Datin Seri Utama | |
Seri Mahkota Wilayah | SMW | Datuk Seri | Datin Seri | ||
Panglima Mahkota Wilayah | PMW | Datuk | Datin |
Brunei[sunting | sunting sumber]
Dato
"Dato" ialah pangkal gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan kepada individu yang telah dianugerahkan bintang-bintang kebesaran tertentu. Gelaran sebenar adalah "Dato" sentiasa diikuti dengan frasa tambahan mengikut bintang kebesaran dan darjahnya. Contoh gelaran Dato adalah "Dato Seri Setia", "Dato Laila Utama", "Dato Hamzah Pahlawan" dan "Dato Paduka".[2] Bagi penerima perempuan, "Dato" adalah digantikan dengan "Datin". Tidak semua orang yang telah dianugerahkan bintang kebesaran diberi gelaran Dato.
Datu
Dalam sistem gelaran pembesar diraja Brunei, "Datu" adalah pangkal gelaran bagi beberapa gelaran Manteri iaitu golongan pembesar selepas Cheteria dan yang terbawah sekali dalam hierarki tersebut. Gelaran sebenar adalah "Datu" sentiasa diikuti dengan frasa tambahan, contohnya "Datu Mahawangsa", "Datu Laila Diraja" dan "Datu Ratna".[3] Walau bagaimanapun, "Datu" juga wujud sebagai sebahagian daripada gelaran berpangkal "Pehin", juga dalam golongan Manteri, seperti "Pehin Datu Singamanteri", "Pehin Datu Amar Setia Diraja" dan "Pehin Datu Imam".[3]
Nama | Darjah | Singkatan | Gelaran |
---|---|---|---|
Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati | - | DK | Dato Laila Utama |
Darjah Kerabat Seri Utama Yang Amat Dihormati | - | DK | Dato Seri Utama |
Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar | Darjah Pertama | PSSUB | Dato Paduka Seri Setia |
Darjah Kedua | DSSUB | Dato Seri Setia | |
Darjah Paduka Laila Jasa Keberanian Gemilang Yang Amat Cemerlang | Darjah Pertama | DPKG | Dato Paduka Seri |
Darjah Kedua | DLKG | Dato Laila | |
Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang | Darjah Pertama | DPKT | Dato Paduka Seri |
Darjah Kedua | DKLT | Dato Laila | |
Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa | Darjah Pertama | PSPNB | Dato Seri Pahlawan |
Darjah Kedua | DHPNB | Dato Hamzah Pahlawan | |
Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia | Darjah Pertama | PSNB | Dato Seri Setia |
Darjah Kedua | DSNB | Dato Setia | |
Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa | Darjah Pertama | PSLJ | Dato Paduka Seri Laila Jasa |
Darjah Kedua | DSLJ | Dato Seri Laila Jasa | |
Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia | Darjah Pertama | SPMB | Dato Seri Paduka |
Darjah Kedua | DPMB | Dato Paduka |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Datu - gelaran seakar
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Datuk", Pusat Rujukan Persuratan Melayu: Kamus Bahasa Melayu, DBP. Diambil pada 12-04-2011
- ^ "Senarai Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam" (PDF). www.adat-istiadat.gov.bn. Dicapai pada 2018-01-31. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b Al-Sufri, Mohd. Jamil (2002). Adat Istiadat Diraja Brunei. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara. m/s. 579–592. ISBN 9991734228.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Diarkibkan 2021-03-08 di Wayback Machine
- Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Perdana Menteri, Brunei Darussalam
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.