Darjah kebesaran negeri Melaka
Penampilan
Darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Melaka dikurniakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka kepada mereka yang telah menyumbangkan jasa kepada masyarakat dan negeri Melaka.[1]
Senarai
[sunting | sunting sumber]Kumpulan I : Darjah Kebesaran Seri Paduka Setia Melaka
- Pangkat Pertama Darjah Seri Paduka Setia Melaka (SPSM) - (Yang Mulia Seri Setia untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Seri Setia lelaki / wanita)
Kumpulan II : Darjah Kebesaran Utama Negeri Melaka
- Pangkat Pertama Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) - (Yang Mulia Datuk Seri Utama untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datuk Seri Utama lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri Utama untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri Utama isteri)
Kumpulan III : Darjah Kebesaran Seri Melaka
- Pangkat Pertama Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - (Yang Mulia Datuk Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datuk Seri lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri isteri)
- Pangkat Kedua Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) - (Yang Mulia Datuk Wira untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datuk Wira lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Wira untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Wira isteri)
- Pangkat Ketiga Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - (Yang Mulia Datuk untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datuk lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin isteri)
- Pangkat Keempat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) - (Yang Mulia Datuk untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datuk lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin isteri)
- Pangkat Kelima Darjah Seri Melaka (DSM)
Kumpulan IV : Bintang Melaka
- Pangkat Pertama Bintang Gagah Perwira (BGP)
- Pangkat Kedua Bintang Cemerlang Melaka (BCM)
- Pangkat Ketiga Bintang Khidmat Terpuji (BKT)
Kumpulan V : Pingat Kehormatan
- Pangkat Pertama Pingat Jasa Cemerlang (PJC)
- Pangkat Kedua Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
- Pangkat Ketiga Pingat Bakti Masyarakat (PBM)
- Pangkat Keempat Pingat Khidmat Lama (PKL)
Kumpulan VI : Pingat Bermusim
- Pingat Peringatan - Sempena memperingati pelantikan anak jati Melaka, Mohd Ali Mohd Rustam sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka
Susunan keutamaan
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan susunan keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat negeri Melaka[2]
- Darjah Seri Paduka Setia Melaka (SPSM) -- Seri Setia lelaki / wanita
- Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) -- Datuk Seri Utama lelaki / wanita
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) -- Datuk Seri lelaki / wanita
- Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) -- Datuk Wira lelaki / wanita
- Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) -- Datuk lelaki / wanita
- Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) -- Datuk lelaki / wanita
- Darjah Seri Melaka (DSM)
- Jaksa Pendamai (JP)
- Bintang Cemerlang Melaka (BCM)
- Bintang Gagah Perwira (BGP)
- Bintang Khidmat Terpuji (BKT)
- Pingat Jasa Cemerlang (PJC)
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
- Pingat Bakti Masyarakat (PBM)
- Pingat Khidmat Lama (PKL)
- Pingat Peringatan (PP)