Raden Patah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Raden Patah atau Praba atau Raden Bagus Hasan, mempunyai nama Cina Jin Bun (Hanzi: 靳 文, Pinyin: Jìn Wén) sehingga disebut juga Senapati Jimbun [1] atau Panembahan Jimbun, [2] dengan gelaran Sultan Syah Alam Akbar al-Fatah (1455 -1518), adalah pengasas dan Raja Demak pertama dan memerintah 1500-1518. Menurut catatan Cina tentang Kuil Sam Po Kong di Semarang, dia memiliki nama Cina yang bernama Jin Bun tanpa nama keluarga di hadapannya, kerana hanya ibunya yang mempunyai darah orang Cina. Jin Bun bermaksud orang yang kuat. [3] Nama itu sama dengan nama Arab "Fatah (Patah)" yang bermaksud kemenangan. Selama pemerintahannya, Masjid Demak didirikan, dan kemudian ia dikuburkan di sana.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Raden Patah ialah putera kepada Brawijaya, raja Majapahit, manakala ibunya ialah keturunan Cina. Dalam pemerintahannya, baginda banyak dibantu oleh para Walisongo yang sebilanganya berkerabat melalui jurai keturunan ibunya.

Pada awal abad ke-14, Maharaja Yongle daripada Dinasti Ming menghantar seorang puteri kepada Raja Brawijaya sebagai tanda persahabatan antara kedua-dua kerajaan. Puteri yang jelita dan pintar ini segera mendapatkan tempat istimewa dalam hati Raja. Raja Brawijaya selalu mengalah kepada puteri itu sehingga mengakibatkan tentangan di dalam istana Majapahit.

Pada saat itu, Raja Brawijaya sudah mempunyai permaisuri yang berasal dari Champa (di sempadan Kemboja dan Vietnam kini). Permaisuri ini merupakan kerabat Raja Champa, dengan gelaran Ratu Ayu Kencono Wungu (Makamnya kini berada di Trowulan, Mojokerto). Oleh sebab permaisurinya tidak suka akan puteri Cina tersebut, Raja Brawijaya dengan berat hati terpaksa menyingkirkan puteri ini dari Majapahit. Dalam keadaan mengandung, puteri itu dihibahkan (diberikan) oleh Raja Brawijaya kepada Arya Sedamar, adipati Palembang lalu di sanalah Jim-Bun atau Raden Patah dilahirkan.

Arya Sedamar dan puteri Cina itu dikurniakan seorang anak lelaki. Dengan kata yang lain, Raden Patah mempunyai seorang adik lelaki seibu, tetapi berbeza ayahnya. Selepas mencapai usia belasan tahun, Raden Patah, bersama adiknya, dihantar oleh ibunya belayar ke Pulau Jawa untuk belajar di Ampel Denta. Raden Patah mendarat di pelabuhan Tuban pada sekitar tahun 1419. Ibu Raden Patah selepas mangkat disemayamkan di Rembang. Raden Patah tinggal buat satu tempoh di Ngampel-delta di rumah bapa saudaranya, dan di rumah Sunan Ngampel, kakak sepupu ibunya, serta juga dengan para saudagar besar Muslim ketika itu. Di sana, beliau mendapat dukungan daripada rakan-rakan utusan maharaja Cina, Panglima Zheng He (Cheng Ho), juga dikenali sebagai Dampu-awang atau Sam Poo Tai-jin, yang berasal dari Kunyang di provinsi Yunnan kini.

Raden Patah memiliki dua orang putera, iaitu Pangeran Sekar Seda Lepen dan Pangeran Trenggono, serta bermenantukan Pati Unus dan Fatahillah. Baginda mangkat pada tahun 1518, dan digantikan oleh menantunya, Pati Unus

Didahului oleh:
Kesultanan bermula
Sultan Demak
14781518
Digantikan oleh:
Pati Unus