Rama-rama gajah
Rama-rama gajah | |
---|---|
Si betina dengan sesungut susut | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Arthropoda |
Kelas: | Insecta |
Order: | Lepidoptera |
Keluarga: | Saturniidae |
Genus: | Attacus |
Spesies: | A. atlas
|
Nama binomial | |
Attacus atlas |
Rama-rama gajah atau rama-rama atlas, dengan nama saintifik Attacus atlas,[1][2] ialah rama-rama saturniid besar yang endermik dari hutan Asia. Spesies ini digambarkan oleh Carl Linnaeus dalam Edisi ke-10 Systema Naturae-nya pada 1758. Ia turut dipanggil kupu-kupu gajah.
Rama-rama gajah ialah salah satu lepidoptera terbesar, dengan rentang sayap berukuran hingga 24 cm (9.4 in)[3] dan kawasan permukaan sayap sekitar 160 cm2 (≈25 in2).[4] Ia mengatasi rentang sayap Thysania agrippina dan Attacus caesar,[3] dan kawasan permukaan sayap rerama Hercules (Coscinocera hercules). Seperti kebanyakan rerama sutera, si betina ketara lebih besar dan lebih berat berbanding si jantan, sedangkan si jantan ada sesungut yang lebih lebar.[5][6][7]
Habitat
[sunting | sunting sumber]Habitatnya kebanyakannya hutan tropika kering, hutan sekunder, dan tanah belukar merentasi Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara, termasuk Borneo.[8]
Spesies ini dijumpai di luar julat tempatannya sekurang-kurangnya dua kali. Si betina dewasa dijumpai pada 2012 di Ramsbottom, England setelah ia mendarat di atas ambang tingkap dan dianggap telah melarikan diri dari himpunan persendirian.[9] Spesimen lain diambil gambar di Bellevue, Washington pada Julai 2022, sulung kali spesies ini dikesan di Amerika Syarikat.[10][11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ ""atlas moth" dalam Istilah Bahasa Melayu". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 19 Julai 2023.
- ^ Razy Japir; Dg. Fazrinah Ag. Damit; Arthur Y.C. Chung (2021). Kepelbagaian Serangga Hutan Hujan Tropika Sabah (PDF). Jabatan Perhutanan Sabah. m/s. 14.
- ^ a b "Chapter 32: Largest Lepidopteran Wing Span | The University of Florida Book of Insect Records | Department of Entomology & Nematology | UF/IFAS". entnemdept.ifas.ufl.edu.
- ^ "StackPath". australianbutterflies.com.
- ^ Watson, A. & Whalley, P.E.S. (1983). The Dictionary of Butterflies and Moths in Colour. Peerage Books, London, England. ISBN 0-907408-62-1
- ^ Robert G. Foottit & Peter H. Adler. 2009. Insect Biodiversity: Science and Society. Blackwell Publishing Ltd. ISBN 978-1-405-15142-9
- ^ Rainier Flindt. 2006. Amazing Numbers in Biology. Springer-Verlag, Berlin. ISBN 3-540-30146-1
- ^ Holloway, J.D. (1987). The Moths of Borneo, part 3: Lasiocampidae, Eupteroptidae, Bombycidae, Brahmaeidae, Saturniidae, Sphingidae. Southdene Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
- ^ "Giant Atlas moth found on windowsill in Ramsbottom". BBC News. Dicapai pada 13 Mei 2020.
- ^ Fieldstadt, Elisha. "World's largest moth detected for the first time in U.S., officials say". NBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Ogos 18, 2022.
- ^ Clarke, Kayla. "One of the world's largest moths, the atlas, was found in the United States for the first time". ClickOnDetroit.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Ogos 19, 2022.