Rantau Panjang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rantau Panjang
Rata Panje
Daerah
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiرنتاو ڤنجڠ
 • Tulisan Thaiรันเตาปันจัง
ราตาปันเจ
 • Tulisan Cina长距离
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKelantan Kelantan
Jajahan Pasir Mas
Daerah Rantau Panjang
BandarBandar Pasir Mas
Poskod
17200

Rantau Panjang (Jawi: رنتاو ڤنجڠ, Kelantan-Pattani: Rata Panjae/ราตาปันเจ, Bahasa Thai: รันเตาปันจัง) ialah sebuah daerah dan bandar di Pasir Mas, Kelantan, Malaysia. Rantau Panjang merupakan sebuah bandar yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand.

Rantau Panjang terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati. Pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan, Jabatan Kastam dan Ekais Diraja, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia menguatkuasakan sekatan di sekitar Rantau Panjang bagi megelak penyeludupan dadah, beras, gula, manusia dan sebagainya. Rantau Panjang dikenali ramai sebagai kawasan zon bebas cukai. Pelbagai barangan boleh dibeli di sana termasuk pakaian, makanan, peralatan kelengkapan rumah dan lain-lain. Juga terdapat pelbagai kedai makan di kawasan sekitar yang boleh dilawati.

Pusat Beli-belah Rantau Panjang[sunting | sunting sumber]

  • Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang
  • the Zon Duty Free
  • Pantai Timor
  • Zon Ria
  • Bazar Siti Aminah
  • Bazar Siti Fatimah
  • Mydin Mart

Tempat Menarik[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Kebangsaan Rahmat
  • Sekolah Kebangsaan Lubok Setol
  • Sekolah Kebangsaan Kubang Kuau
  • Sekolah Kebangsaan Baroh Pial
  • Sekolah Kebangsaan Kok Pauh
  • Sekolah Kebangsaan Sri Rantau Panjang 1
  • Sekolah Kebangsaan Sri Rantau Panjang 2
  • Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (cina) Khay Boon
  • Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi
  • Sekolah Kebangsaan Gual Sitok
  • Sekolah Kebangsaan Gual To' Deh

Sekolah Menengah[sunting | sunting sumber]

Antara Kawasan Atau Lokaliti Yang Ada[sunting | sunting sumber]

Rantau Panjang mempunyai 7 buah Mukim iaitu Mukim Rantau Panjang, Mukim Lubok Gong, Mukim Gual Nering, Mukim Lubok Setol, Mukim Telaga Mas, Mukim Bakat dan Mukim Rahmat.