Ratu (album)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini adalah mengenai album Sheila Majid. Untuk gelaran, sila lihat ratu. Untuk kumpulan muzik Indonesia, sila lihat kumpulan Ratu.
Ratu
Album studio oleh Sheila Majid
Dikeluarkan pada1996
GenreJaz, funk, soul, pop
SyarikatRoslan Aziz Productions
WEA Records Sdn. Bhd.
PenerbitRoslan Aziz
Kronologi Sheila Majid
Legenda
(1990)
Ratu
(1996)
Ku Mohon
(1999)

Ratu merupakan album hasil nukilan Sheila Majid yang dikeluarkan pada tahun 1996. Album ini juga mempunyai sampel CD yang dipasarkan di Jepun untuk siaran radio di negara tersebut.[1] Album ini diterbitkan oleh Roslan Aziz di bawah label syarikat rakamannya iaitu Roslan Aziz Productions. Antara barisan penggubah lagu dan penulis lirik yang menjayakan album ini termasuklah Mac Chew, Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan, Mukhlis Nor dan ramai lagi.

Selepas pengeluaran album ini, beliau telah membawakan irama muziknya ke United Kingdom (UK) dan membuat persembahan di West End Royalty Theatre pada Mac 1996. Tiket untuk konsert tersebut telah habis dijual. Beliau juga telah menjadi orang Malaysia yang pertama pernah menandatangani kontrak bersama East West Records, sebuah label syarikat rakaman gabungan UK. Syarikat ini telah mengeluarkan album Ratu sebagai edisi khas bersama sesi bertemu peminat di kedai muzik terbesar dunia, Tower Records di Piccadilly Circus, London. Beliau juga amat bertuah kerana telah mendapat keistimewaan untuk berada di sana kerana tempat tersebut hanya dikhaskan untuk artis bertaraf antarabangsa.[2]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukPenulis Masa
1. "Di Sisi Daku"  Mac Chew, Johan Nawawi 5:58
2. "Hadirmu"  Daren Wan, Rosli Hassan 5:25
3. "Embun"  Adnan Abu Hassan, Amran Omar 5:20
4. "Mengapa Kasih"  Asmin Mudin 4:16
5. "Percayalah"  Tito Soemarsono 4:46
6. "Berita Baru"  Mac Chew, Mukhlis Nor 5:01
7. "Harum"  Mac Chew & Roslan Aziz, Mukhlis Nor 5:48
8. "Kita Bersama"  Adnan Abu Hassan, Habsah Hassan 5:26
9. "Gangguan"  Mac Chew & Roslan Aziz, Mukhlis Nor 5:39
10. "Tandanya Tandatanya"  Jenny Chin & Roslan Aziz, Mukhlis Nor 5:00
11. "Patung"  Roslan Aziz & Mac Chew, Mukhlis Nor 5:13
12. "Ratu"  Johan Nawawi, Asmin Mudin 4:26

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sheila Majid - Ratu (Japan Promo CD Album)". Dicapai 15 Februari 2013. 
  2. ^ "Biography". Magada Entertainment Sdn. Bhd. Dicapai 15 Februari 2013.