Referendum perlembagaan Kyrgyzstan 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pungutan suara Perlembagaan Kyrgyzstan 2010 diadakan pada 27 Jun 2010 bagi menentukan keesahan Perlembagaan Kyrgyzstan yang baru. Pemilihan ini akan mengiktiraf kerajaan sementara di bawah pimpinan Roza Otunbayeva, setelah bekas Presiden Kyrgyzstsan Kurmanbek Bakiyev disingkirkan melalui satu pemberontakan pada April 2010. Otunbayeva akan terus menjadi presiden sementara hingga akhir 2011, sebelum beliau berundur.

Perlembagaan baru itu memperuntukkan bahawa pilihan raya parlimen akan diadakan setiap lima tahun, manakala tempoh bagi seseorang itu menduduki kerusi presiden dihadkan kepada satu penggal selama enam tahun sahaja. Pengundian ini disokong oleh Amerika Syarikat dan Rusia.

Kira-kira 8,000 polis akan bertugas berjaga keselamatan sewaktu proses pengundian. Sukarelawan turut dilantik untuk memastikan pengundi rasa selamat keluar mengundi. Tumpuan utama pengundian adalah di ibu kota Bishkek, Osh dan Jalal-Abad.

Kira-kira 2.7 juta rakyat Kyrgyzstan layak mengundi, termasuk sejuta yang tinggal di luar negara. Negara ini bergunung-ganang yang bersempadan dengan Kazakhstan di utara dan Uzbekistan di selatan. Penduduknya seramai 5.5 juta penduduk.

Republik ini mendapat kemerdekaan selepas kejatuhan Soviet Union pada 1991. Negara ini telah merdeka selama 19 tahun.

Negara ini berhadapan dengan sengketa etnik Kyrgyz dengan Uzbek di selatan, terutama di Osh dan Jalal-Abad. Referandum ini akan menyebabkan sengketa etnik semakin panas. 400,000 etnik Uzbek melarikan diri ke sempadan Uzbekistan. Mereka bimbang kembali ke Osh kerana majoritinya ialah etnik Kyrgyz. [1] Etnik Uzbek merupakan minoriti (15 %) dan pengundian ini tidak menjamin masa depan mereka. Etnik Uzbek menyokong penuh Perlembagaan baru yang dicadangkan kerana lebih demokrasi .

Penyokong Bakiyev dipercayai akan melakukan jenayah untuk menggagalkan dan menghentikan pungutan suara itu. Anaknya Maxim Bakiyev telah ditahan di Britain. Diktator Soviet Unuion Josef Stalin memecahkan Lembah Fergana kepada Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan.

Undian di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kedutaan Kyrgyzstan merayu rakyat Kyrgyzstan di Malaysia datang kedutaan di Wisma Sin Heap Lee di Jalan Tun Razak untuk mengundi. Duta Besar Kyrgyzstan ke Malaysia ialah Dr Bakir Uulu Tursunbay. Lebih kurang 100 warga Kyrgyzstan yang berada di Malaysia adalah pelajar, pegawai diplomatik serta keluarga mereka dan ekspatriat. Sebelum ini kedutaan mengendalikan pengundian bagi Pilihan raya Kyrgyzstan 2007 dan Pemilihan presiden Kyrgyzstan 2009.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Keputusan pungutan suara ini ialah "Ya", dengan lebih 90% pengundi menyokong pemindaan perlembagaan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kyrgyz leaders take risky bet on referendum
  2. ^ "Weeks after violence, Kyrgyzstan constitution approved". The Hindu. 28 Jun 2010. Dicapai pada 1 Julai 2010.