Tajikistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Republik Tajikistan

Ҷумҳурии Тоҷикистон
Jumhurii Tojikiston
Bendera Tajikistan
{{{coat_alt}}}
Bendera Jata
Cogan kata: Tiada
Lagu kebangsaan: Surudi Milli
Location of Tajikistan
Ibu negaraDushanbe
38°33′N 68°48′E / 38.550°N 68.800°E / 38.550; 68.800
Bandar terbesarIbu negara
Bahasa rasmiTajik[1]
DemonimTajik
KerajaanKesatuan, republik berpresiden
• Presiden
Emomalii Rahmon
Oqil Oqilov
Kemerdekaan
• Penubuhan Empayar Samanid
875
• Diisytiharkan
9 September 1991
• Dilengkapkan
25 Disember 1991
Keluasan
• Jumlah
143,100 km2 (55,300 bt2) (ke-95)
• Air (%)
0.3
Penduduk
• Anggaran 2019
7,123,8741 (1001)
• Bancian 2000
6,127,000
• Kepadatan
45/km2 (116.5/sq mi) (151)
KDNK (PPP)Anggaran 2019 
• Jumlah
$16.43 billion
• Per kapita
$2,306
KDNK (nominal)Anggaran 2019 
• Jumlah
$4.344 billion
• Per kapita
$609
HDI (2019)0.701[2]
tinggi · ke-127
Mata wangSomoni (TJS)
Zon masaUTC+5 (TJT)
Kod panggilan+992
DPT Internet.tj
  1. Estimate from State Statistical Committee of Tajikistan, 2006; rank based on UN figures for 2005.

Tajikistan (disebut /təˈdʒɪkɨstæn/ atau /təˈdʒiːkɨstæn/; Bahasa Tajik: Тоҷикистон, disebut tɔʤikɪsˈtɔn, atau [tɒːʤikɪsˈtɒn], Bahasa Parsi: تاجیکی‎, tojikí), secara rasmi bernama Republik Tajikistan (Bahasa Tajik: Ҷумҳурии Тоҷикистон, Jumhurii Tojikiston) ialah sebuah negara dikelilingi daratan serta bergunung-ganang yang terletak di Asia Tengah. Negara ini bersempadan dengan Afghanistan di selatan; Uzbekistan di barat; Kyrgyzstan di utara, dan China di timur. Tajikistan juga terletak bersebelahan dengan Pakistan, tetapi kedua-dua negara ini dipisahkan oleh koridor Wakhan.

Republik Tajikistan merupakan tempat asal orang-orang Tajik yang berkongsi budaya dan sejarah dengan orang-orang Iran, dan bertutur dalam bahasa Tajik yang amat berkait dengan bahasa Parsi. Negara ini yang pada satu ketika merupakan tempat Empayar Samanid yang terkenal, kemudian menjadi salah satu republik Kesatuan Soviet pada abad ke-20, dan dikenali sebagai Republik Sosialis Soviet Tajik.

Bagaimanapun, selepas kemerdekaan, Tajikistan mengalami perang saudara yang mengakibatkan kemusnahan, dan yang berlangsung sejak tahun 1992 sehingga 1997. Sejak keakhiran perang ini, kestabilan politik dan bantuan asing telah membenarkan ekonomi negara ini untuk bertumbuh. Sumber-sumber semula jadinya seperti kapas dan aluminium telah amat menyumbang kepada kemajuannya yang tetap.

Nama[sunting | sunting sumber]

"Tajikistan" bermaksud "Tanah Tajik". Sesetengah orang mempercayai bahawa nama "Tajik" merupakan rujukan geografi untuk puncak (Taj) Pusat banjaran Pamir.

Tajikistan sering dieja sebagai Tadjikistan atau Tadzhikistan dalam bahasa Inggeris, akibat transliterasi daripada perkataan Rusia Таджикистан. Abjad Rusia tidak mempunyai huruf j untuk mewakili fonem /ʤ/ dan oleh itu, дж, atau dzh telah digunakan. Tadzhikistan merupakan ejaan alternatif yang paling biasa dan telah digunakan secara meluas dalam kepustakaan bahasa Inggeris yang berasal daripada sumber-sumber Rusia. Tadjikistan ialah ejaan dalam bahasa Perancis, dan kekadang dijumpai dalam teks bahasa Inggeris. Cara untuk menulis "Tajikistan" dalam skrip Parsi-Arab ialah: تاجکستان.

Perbalahan menyelubungi istilah yang betul untuk digunakan bagi rujukan kepada orang-orang dari Tajikistan. Perkataan Tajik sebenarnya merupakan istilah tradisional yang digunakan untuk memerikan orang-orang dari Tajikistan dan muncul secara meluas dalam kepustakaan. Tetapi politik etnik Asia Tengah telah menjadikan perkataan Tajik sebagai satu perkataan yang penuh dengan perbalahan kerana perkataan ini dikatakan membayangkan bahawa Tajikistan seakan-akan hanya merupakan negara untuk etnik Tajik, dan bukannya untuk etnik-etnik yang lain seperti Uzbek, dan Rusia. Selain itu, penduduk-penduduk Pamiri di Gorno-Badakhshan juga telah mencuba mewujudkan sebuah identiti etnik yang berbeza dengan identiti etnik Tajik. Bagaimanapun, terdapat sepersetujuan yang semakin bertambah bahawa perkataan "Tajikistani" yang tidak bersifat etnik, dan yang merangkumi kedua-dua etnik Tajik serta etnik-etnik bukan Tajik, merupakan istilah yang tepat untuk merujuk kepada orang-orang Tajikistan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Zaman Soviet[sunting | sunting sumber]

Selepas berlaku Revolusi Oktober pada 1917, golongan Basmachi mengisytiharkan perang kepada pihak Bolshevik untuk mengekalkan kemerdekaan, tetapi gagal selepas empat tahun.

Pada 1924, Republik Sosialis Soviet Autonomi Tajikistan ditubuhkan dan merupakan sebahagian daripada Republik Sosialis Soviet Uzbekistan. Pada 16 Oktober 1929, Republik Sosialis Soviet Tajikistan pula diasaskan dan menjadi republik persatuan Soviet pada 5 Disember pada tahun sama.

Kemerdekaan[sunting | sunting sumber]

Pada akhir 1980-an, golongan nasionalis Tajikistan mula meluahkan hasrat untuk mendapatkan hak yang lebih baik. Gangguan akibat perkara ini tidak dirasai republik hingga 1990. Pada 9 September 1991, Tajikistan mengisytiharkan kemerdekaan dan tarikh tersebut disambut sebagai Hari Kemerdekaan di Tajikistan. Beberapa bulan kemudian, Kesatuan Soviet terbubar. Pada 25 Disember, Tajikistan menyertai Komanwel Negara-Negara Merdeka.[3]

Sejurus selepas kemerdekaan, Tajikistan mengalami perang saudara antara puak-puak Tajikistan yang berdasarkan kesetiaan kepada suku mereka.[4] Perang saudara ini menyebabkan anggaran 100 ribu orang terbunuh dan kira-kira 1.2 orang pelarian terhasil di dalam dan luar Tajikistan. Anggaran kerugian akibat perang ini ialah 10 bilion dolar.[5] Perang ini tamat pada 1997 apabila Emomalii Rahmon dan pihak pembangkang menandatangani perjanjian gencatan senjata yang diseliakan oleh pihak PBB.

Politik[sunting | sunting sumber]

Tajikistan secara rasminya ialah negara republik berpresiden, dan menjalankan pilihan raya bagi memilih Presiden dan wakil-wakil Parlimen. Namun begitu, sistem politik ini ialah sistem parti dominan; kerajaan Tajikistan selalu dikawal oleh Parti Demokratik Rakyat Tajikistan yang sering mendapat majoriti dalam Parlimen. Emomalii Rahmon telah menjadi Presiden Tajikistan sejak November 1994.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Tajikistan ialah negara dikelilingi daratan serta negara terkecil di Asia Tengah, dengan keluasan kira-kira 142,600 km2. Tajikistan memiliki sempadan yang amat tidak sekata dan bersempadan dengan China, Afghanistan, Uzbekistan dan Kyrgyzstan. Kebanyakan garisan sempadan Afghanistan-Tajikistan menuruti Amu Darya dan sungai Panj.[6]

Kebanyakan kawasan Tajikistan dilitupi oleh gunung-ganang Pergunungan Pamir dan lebih separuh kawasan negara berketinggian melebihi 3,000 meter dari paras laut. Kawasan tanah rendah hanya terletak di kawasan utara, yakni kawasan Lembah Fergana dan kawasan sungai Kofarnihon dan Vakhsh di selatan yang membentuk Amu Darya. Puncak tertinggi negara ialah Puncak Ismail Samani dengan ketinggian 7,495 meter.

Iklim Tajikistan ialah iklim benua, subtropika dan agak kontang, serta banyak bergantung dengan ketinggian.

Bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Tajik terbahagi kepada 4 bahagian pentadbiran. Bahagian pentadbiran tersebut ialah wilayah-wilayah (viloyat) Sughd dan Khatlon, wilayah autonomi Gorno-Badakhshan, dan Rantau Subordinasi Parti Republikan (RRP – Raiony Respublikanskogo Podchineniya dalam Bahasa Rusia; dahulunya dikenali sebagai Karotegin Province). Setiap kawasan dibahagikan kepada beberapa daerah (Bahasa Tajik: Ноҳия, nohiya atau raion), yang dipecah bahagi kepada jamoat (unit-unit pemerintahan sendiri, peringkat kampung). Pada tahun 2006, terdapat 58 buah daerah dan 367 jamoat dalam Tajikistan.[7]

Bahagian ISO 3166-2 Ibu negeri Saiz kawasan (km²) Populasi (2006)
Sughd TJ-SU Khujand 25,400 2,060,900
Rantau Subordinasi Parti Republikan TJ-RR Dushanbe 28,600 1,531,300
Khatlon TJ-KT Qurghonteppa  24,800 2,463,300
Gorno-Badakhshan TJ-BG Khorugh 64,200 218,400

Rujukan: Populasi dan saiz kawasan diambil daripada State Statistical Committee of Tajikistan[7]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Nilai KDNK berdasarkan pariti kuasa beli pada 2015 bagi negara ini ialah AS$23.31 billion dengan pertumbuhan ekonomi dicatatkan sebanyak tiga peratus.[8][9] Kadar inflasi Tajikistan ialah 5.8% pada 2015.[9] Kira-kira 20% penduduk Tajikistan hidup dengan pendapatan di bawah AS$1.25 sehari mengikut sesetengah rujukan.[10]

Pertanian[sunting | sunting sumber]

Pada zaman Soviet, kapas merupakan hasil pertanian utama Tajikistan, tetapi merudum selepas kemerdekaan. Kapas merangkumi 60% hasil pertanian negara, menyokong 75% penduduk luar bandar dan menggunakan 45% tanah pertanian dengan saliran.[11] Selain kapas, hasil-hasil pertanian utama termasuklah bijirin (lazimnya gandum), ubi kentang, sayur-sayuran, buah-buahan dan beras.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Populasi Tajikistan ialah kira-kira 8.9 juta orang mengikut perangkaan rasmi kerajaan Tajikistan pada awal 2018. Pada 26 Mei 2018, jumlah ini disahkan mencapai 9 juta orang.[12] Etnik utama ialah etnik Tajik, tetapi kumpulan etnik Uzbek dan Rusia juga menetap di Tajikistan, namun berkurangan akibat emigrasi.[13]

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Bahasa rasmi Tajikistan ialah bahasa Tajik, suatu variasi bahasa Parsi, tetapi bahasa Rusia turut diiktiraf. Sebuah pemindaan pada perlembagaan negara pernah dilakukan untuk menghentikan penggunaan bahasa Rusia dalam semua hal ehwal rasmi, tetapi ditarik balik. Bahasa Rusia digunakan sebagai bahasa antara etnik-etnik di Tajikistan.

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama di Tajikistan, 2010[14][15]
Agama Peratusan
Islam
  
96.7%
Kristian
  
1.6%
Tiada agama
  
1.5%
Agama lain
  
0.2%

Secara rasmi, Tajikistan ialah sebuah negara sekular. Kebanyakan penduduk Tajikistan adalah beragama Islam yang berpegang dengan mazhab Hanafi. Mazhab ini juga diiktiraf oleh kerajaan Tajikistan pada 2009.[16] Kira-kira 87%–95% daripada penduduk Muslim Tajikistan ialah Sunni, 3% Syiah dan selebihnya tanpa mazhab.[17][18] Agama-agama lain yang dianuti penduduk Tajikistan ialah Gereja Ortodoks Rusia, Protestan, Majusi dan Buddha. Kira-kira 500 orang penganut Yahudi hidup di Tajikistan dengan separuh daripada mereka menetap di ibu kota, Dushanbe.[19]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Historical Dictionary of Tajikistan oleh Kamoludin Abdullaev dan Shahram Akbarzadeh
  • Land Beyond the River: The Untold Story of Central Asia oleh Monica Whitlock
  • Tajikistan: Disintegration or Reconciliation oleh Shirin Akiner
  • Tajikistan: The Trials of Independence oleh Shirin Akiner, Mohammad-Reza Djalili dan Frederic Grare

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Perlembagaan Republik Tajikistan, November 6, 1994, Artikel 2.
  2. ^ "2018 Human Development Report". United Nations Development Programme. 2018. Dicapai pada 14 September 2018.
  3. ^ "Постановление Верховного Совета Республики Таджикистан от 25 декабря 1991 г. № 462 «О ратификации Соглашения о создании Содружества Независимых Государств»". Diarkib daripada yang asal pada 2013-11-10. Dicapai pada 2014-12-29. Parameter |deadlink= yang tidak diketahui diendahkan (|url-status= dicadangkan) (bantuan)
  4. ^ "Tajikistan: rising from the ashes of civil war". United Nations. Diarkib daripada yang asal pada 12 Ogos 2014. Dicapai pada 10 Ogos 2014.
  5. ^ "Курсом независимости, реформ и прогресса". Народная газета (dalam bahasa Tajik). 14 September 2011.
  6. ^ "Geography". Library of Congress Country Studies. Dicapai pada 31 Julai 2015. Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.
  7. ^ a b (Rusia) Tajikistan: 15 Years of State Independence, Statistical Yearbook, Dushanbe, 2006
  8. ^ CIA — The World Factbook — Country Comparison:: National product
  9. ^ a b "Tajikistan" (dalam bahasa Inggeris). CIA. 14 Oktober 2015. Dicapai pada 14 Oktober 2015.
  10. ^ "UNDP: Human development indices – Table 3: Human and income poverty (Population living below national poverty line (2000–2007))" (PDF). Diarkib (PDF) daripada yang asal pada 19 Disember 2008. Dicapai pada 2 Oktober 2009.
  11. ^ "Tajikistan: Over 392.5 thousand tons of cotton picked in Tajikistan". BS-AGRO. 12 Disember 2013. Diarkib daripada yang asal pada 20 Disember 2013.
  12. ^ В Душанбе родился девятимиллионный житель Таджикистана // ru.sputnik-tj.com/
  13. ^ Russians left behind in Central Asia Diarkibkan 11 September 2013 di Wayback Machine, Robert Greenall, BBC News, 23 November 2005.
  14. ^ Religious Composition by Country, 2010–2050 | Pew Research Center Diarkibkan 2 Ogos 2017 di Wayback Machine. Pewforum.org (2 April 2015). Dicapai pada 20 Januari 2017.
  15. ^ Tajikistan – Pew-Templeton Global Religious Futures Project Diarkibkan 9 Februari 2017 di Wayback Machine. Globalreligiousfutures.org. Dicapai pada 20 Januari 2017.
  16. ^ Avaz Yuldashev (5 Mac 2009). «Ханафия» объявлена официальным религиозным течением Таджикистана ["Hanafi" declared the official religious movement in Tajikistan] (dalam bahasa Rusia). Diarkib daripada yang asal pada 25 Ogos 2010.
  17. ^ Pew Forum on Religious & Public life, Chapter 1: Religious Affiliation Diarkibkan 26 Disember 2016 di Wayback Machine dicapai pada 29 Oktober 2013.
  18. ^ "Background Note: Tajikistan". State.gov. Dicapai pada 2 Oktober 2009.
  19. ^ "Home Stand". Tablet Magazine. 4 Januari 2011. Diarkib daripada yang asal pada 11 Disember 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 38° U 68° T