Pergi ke kandungan

Respons lari atau lawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Respons lari atau lawan merupakan reaksi fisiologi yang berlaku sebagai tindak balas setelah dicerapnya peristiwa berbahaya, serangan, atau ancaman kepada nyawa.[1] Ia mula-mula diperikan oleh Walter Bradford Cannon.[a][2] Teorinya mengatakan bahawa haiwan bereaksi terhadap ancaman dengan memasang seluruh sistem saraf simpatetik untuk menyiapkan haiwan itu untuk melawan atau mencabut lari.[3] Khususnya lagi, medula adrenal menghasilkan lata hormon yang menyebabkan rembesan katekolamina, khususnya.[4]

Respons ini dikenali sebagai peringkat pertama dalam sindrom adaptasi am yang mengawal respons tekanan di kalangan vertebrat dan lain-lain organisma.[5]

Fisiologi

[sunting | sunting sumber]

Sistem saraf autonomik

[sunting | sunting sumber]

Sistem saraf autonomik adalah sistem kawalan yang sebahagian besarnya bertindak tanpa sedar serta mengawal kadar jantung, pencernaan, kadar pernafasan, tindak balas anak mata, urinasi, dan rangsangan seksual. Sistem inilah mekanisme utama dalam mengawal respons lari atau lawan sambil dikawal oleh dua komponen berasingan.[6]

Sistem saraf simpatetik

Sistem saraf simpatetik berpunca daripada saraf tunjang. Fungsi utamanya adalah menghidupkan perubahan fisiologi yang berlaku ketika respons lari atau lawan. Komponen ini dalam sistem saraf simpatetik menggunakan dan menghidupkan pelepasan norepinefrina dalam tindak balas.[7]

Sistem sarah parasimpatetik

Sistem sarah parasimpatetik berpunca daripada saraf tunjang dan medula, dan bekerja seiring dengan sistem saraf simpatetik. Fungsi utamanya adalah mengaktifkan gerak balas "rehat dan cerna" serta mengembalikan badan kepada homeostasis selepas berlari atau berlawan. Sistem ini menggunakan dan mengaktifkan pelepasan pengutus saraf asetilkolina.[7]

Tindak balas

[sunting | sunting sumber]

Tindak balas bermula di dalam amigdala yang mencetuskan gerak balas saraf dalam hipotalamus. Tindak balas awal itu disusuli oleh penghidupan kelenjar pitituari dan perembesan hormon ACTH.[8] Kelenjar adrenal dihidupkan hampir serentak lalu melepaskan pengutus saraf epinefrina. Pelepasan pengutus kimia menyebabkan penghasilan hormon kortisol yang meningkatkan tekanan darah dan gula darah, serta menindas sistem imun.[9] Gerak balas awal dan tindak-tindak balas berikutnya dicetuskan dalam usaha untuk mewujudkan rangsangan tenaga. Rangsangan tenaga ini diaktifkan oleh epinefrina yang terikat dengan sel hati dan seterusnya penghasilan glukosa.[10] Tambahan lagi, pengedaran kortisol bertujuan menukarkan asid berlemak kepada tenaga tersedia yang menyiapkan otot-otot di seluruh badan untuk bergerak balas.[11] Hormon-hormon katekolamina seperti adrenalin (epinefrina) atau noradrenalin (norepinefrina) memudahkan tindak balas fizikal segera yang berkaitan dengan persiapan untuk tindakan otot yang kencang. Antaranya:[12]

Fungsi perubahan fisiologi

[sunting | sunting sumber]

Perubahan fisiologi yang berlaku dalam gerak balas lawan atau lari dihidupkan demi memperkuat badan dan kelajuan dalam menanti pilihan untuk mencabut lari atau berlawan. Antara perubahan fisiologi tertentu dan fungsi-fungsinya adalah:[13][14]

  • Meningkatnya aliran darah pada otot-otot yang dihidupkan dengan mengalihkan aliran darah dari lain-lain anggota badan.
  • Meningkatnya tekanan darah, kadar denyutan jantung, gula darah, dan lemak untuk membekalkan tenaga tambahan kepada badan.
  • Fungsi penggumpalan darah dalam badan dipercepat untuk mencegah susut darah berlebihan sekiranya kecederaan dialami sewaktu gerak balas.
  • Meningkatnya ketegangan otot untuk mempercepat dan memperkuat badan.
  • Anak mata membesar untuk memperjelas penglihatan.
  • Meningkatnya keringat untuk mencegah badan daripada terlebih kepanasan akibat meningkatnya kadar metabolisme.

Perspektif evolusi

[sunting | sunting sumber]

Ilmu psikologi evolusi boleh menjelaskan bahawa haiwan purba terpaksa cepat bertindak balas kepada ransangan sedangkan ia tiada masa untuk menyiapkan diri secara psikologi dan fizikal. Maka respons lari atau lawan membekalkan haiwan itu dengan mekanisme untuk segera bergerak balas terhadap ancaman kepada nyawanya.[15][16]

Contohnya respons tekanan adalah seekor kuda belang yang sedang meragut rumput. Jika si kuda belang terlihat seekor singa yang datang dekat untuk membunuh, maka respons tekanan dihidupkan. Pelariannya memerlukan usaha sistem otot yang hebat, disokong oleh kesemua sistem badan. Penghidupan sistem saraf simpatetik jarang-jarang membekali keperluan ini. Satu lagi contoh seumpamanya yang merangsang perlawanan adalah seekor kucing yang hendak diserang oleh anjing. Si kucing mengalami denyutan jantung yang semakin pantas, piloereksi (bulu meremang, biasanya untuk menyimpan haba), serta anak mata mengembang, kesemuanya adalah tanda-tanda rangsangan simpatetik.[12] Harus diingatkan bahawa kuda belang dan kucing ini masih mengekalkan homeostasis dalam semua keadaan.

  1. ^ Sesetengah rujukan mengatakan bahawa beliau mula-mula memerikan respons ini pada tahun 1914 dalam The American Journal of Physiology. Sesetengah lagi mengatakannya dalam edisi 1915 Bodily Changes in Pain, Hunger, Fear and Rage. Sesetengah lagi mengatakan bahawa beliau mula-mula memakai istilah itu dalam buku yang sama edisi 1929 atau 1932. Isu ini perlu diselidik lebih lanjut.
  1. ^ Cannon, Walter (1932). Wisdom of the Body. United States: W.W. Norton & Company. ISBN 0393002055.
  2. ^ Walter Bradford Cannon (1929). Bodily changes in pain, hunger, fear, and rage. New York: Appleton-Century-Crofts.
  3. ^ Jansen, A (27). "Central Command Neurons of the Sympathetic Nervous System: Basis of the Fight-or-Flight Response". Science Magazine. 5236 (270). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Check date values in: |date= dan |year= / |date= tidak padan (bantuan)
  4. ^ Walter Bradford Cannon (1915). Bodily Changes in Pain, Hunger, Fear and Rage: An Account of Recent Researches into the Function of Emotional Excitement. Appleton-Century-Crofts. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ Gozhenko, A (2009). PATHOLOGY - Theory. Medical Student's Library. Radom. m/s. 270–275. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  6. ^ Schmidt, A; Thews, G (1989). "Autonomic Nervous System". Dalam Janig, W (penyunting). Human Physiology (ed. 2). New York, NY: Springer-Verlag. m/s. 333–370.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ a b Chudler, Eric. "Neuroscience For Kids". University of Washington. Dicapai pada 19 April 2013.
  8. ^ Margioris, Andrew (2011). "ACTH Action on the Adrenal". Endotext.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-12. Dicapai pada 18 April 2013. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  9. ^ Padgett, David (2003). "How stress influences the immune response". Trends in Immunology. 24 (8): 444–448. doi:10.1016/S1471-4906(03)00173-X. PMID 12909458. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  10. ^ King, Michael. "PATHWAYS: GLYCOGEN & GLUCOSE". Washington University, St. Louis.
  11. ^ "HOW CELLS COMMUNICATE DURING THE FIGHT OR FLIGHT RESPONSE". University of Utah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-08. Dicapai pada 18 April 2013.
  12. ^ a b Henry Gleitman, Alan J. Fridlund and Daniel Reisberg (2004). Psychology (ed. 6). W. W. Norton & Company. ISBN 0-393-97767-6.
  13. ^ Stress Management for Health Course. "The Fight Flight Response". Dicapai pada 19 April 2013.
  14. ^ Olpin, Michael. "The Science of Stress". Weber State University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-20. Dicapai pada 2013-12-24.
  15. ^ Grohol, John. "What's the purpose of the fight or flight response?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-23. Dicapai pada 18 April 2013.
  16. ^ Goldstein, David (2007). "Evolution of concepts of stress". Stress. 10 (2): 109–20. doi:10.1080/10253890701288935. PMID 17514579. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Sapolsky, Robert M., 1994. Why Zebras Don't Get Ulcers. W.H. Freeman and Company.
  • Templat:USGovernment