Revolusi 5 Oktober 1910

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Revolusi 5 Oktober 1910
Maklumat am
Tarikh 3 – 5 Oktober 1910
Lokasi Portugal
Hasil Kemenangan Republikan
  • Penghapusan monarki dan pengistiharan republik
  • Raja Manuel II dibuang negeri dan melarikan diri ke Britain.
Pihak yang berperang
Kingdom of Portugal Monarki Portugal Portugal Republikan Portugal
Komander dan pemimpin
Kingdom of Portugal King Manuel II
Kingdom of Portugal Teixeira de Sousa
Kingdom of Portugal Paiva Couceiro
Portugal Teófilo Braga
Portugal Afonso Costa
Portugal Manuel de Arriaga
Portugal José Relvas
Kekuatan
Sekitar 7,000 orang Sekitar 2,000 revolusi
3 buah kruiser
Kerugian dan kehilangan
Sekurang-kurang 37 terkorban dan berdozen cedera, sekurangnya 14 darinya mati pada hari selepasnya.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Revolusi 5 Oktober 1910 adalah satu coup d'état yang dilakukan oleh ahli republikan Portugal pada 5 Oktober 1910, yang mana menurunkan Raja Manuel II dari takhta dan mewujudkan Republik Portugal Pertama.

Sebelum berlakunya rampasan kuasa ini, Perdana Menteri João Franco melepaskan jawatan dan dibuang negara. Pilihanraya baru dijalankan, tetapi perpecahan undi menyebabkan penubuhan kerajaan yang tidak stabil. Pada 1 Oktober 1910, satu lawatan oleh Presiden Hermes da Fonseca dari Brazil memberi helah bagi para republikan untuk melakukan demonstrasi besar-besaran. Pada 3 Oktober, tentera darat enggan untuk menumpaskan dahagi yang berlaku di atas kapal perang Portugal yang berlabuh di Sungai Tagus, dan sebaliknya mengambil kedudukan di sekeliling Lisbon. Pada 4 Oktober, dua buah kapal perang mula menembak ke arah istana diraja, menyebabkan Manuel II dan keluarga diraja melarikan diri ke Britain. Pada 5 Oktober, sebuah kerajaan sementara republikan disusun dengan penulis Teófilo Braga dilantik sebagai Presiden.

Penglibatan dahagi di atas kapal perang dalam revolusi mempunyai persamaan dalam kedua-dua peristiwa di dalam Revolusi Oktober pada tahun 1917 di Rusia dan kejatuhan Kerajaan Beraja Jerman pada tahun 1918.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]