Rif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rif
Arrif ⴰⵔⵔⵉⴼ
Nekkor
Chauen.jpg
Pergunungan Rif sekitar Chefchaouen.
Titik tertinggi
Ketinggian2,455 m (8,054 ka)
Drapeau de la région du Rif (côte méditéranéenne nord du Maroc).png
Les 65 tribus du Rif (nord du Maroc).png

Rif (bahasa Amazight Atlas: ⴰⵔⵔⵉⴼ Arrif, Bahasa Arab: الريف, translit. ar-rif) atau Nekkor (النكور) adalah suatu kawasan geografi merangkumi utara Maghribi di benua Afrika yang bergunung-ganang dari Tanjung Spartel dan Tangier di barat hingga Berkane di sebelah timur.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Geologi[sunting | sunting sumber]

Keadaan bentuk muka bumi ia yang bergunung-ganang ini wujud hasil pertembungan plat-plat Afrika dan Eropah, fenomena sama ini turut boleh diperhatikan pada bentuk muka bumi yang ada di Andalusia seberang selat di Sepanyol.

Sungai Moulouya merupakan sumber utama yang mengairi kawasan ini.[1] Ia turut mengalir melalui suatu empangan besar berdekatan Zaio bernama Empangan Muhammad V membekalkan sumber pengairan tanaman serta tenaga hidroelektrik ke kota Nador.

Iklim dan suhu[sunting | sunting sumber]

Rantau ini boleh dibahagikan kepada tiga kawasan yang berbeza keadaan:

Keberadaan jasad air seperti laut dan ketinggian puncak menjadikan Rif kawasan paling kerap menerima hujan di Maghribi, Ketama contohnya menerima hujan sebanyak 2000 mm setahun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Nekkor pernah didirikan berpusat di teluk Alhoceima dari abad ke-8 hingga abad ke-11. Ia menjadi tarikan banyak penduduk Islam yang melarikan diri berlindung daripada penaklukan semula Al-Andalus oleh raja-raja Kristian Sepanyol pada abad ke-15

Ia dimasukkan dalam pengaruh Sepanyol pada tahun 1912.

Suatu pergerakan pemberontakan dilaksanakan atas pimpinan Abdelkrim el-Khattabi dilakukan melalui perang gerilya. Sebuah republik diiisytiharkan penduduk setempat kawasan ini pada tahun 1921, peperangan balas dilakukan pihak Sepanyol sepanjang dekad sama sebelum diteruskan pihak Perancis yang berjaya menewaskan republik ini dan membuang negeri para pejuang kemerdekaan tersebut.

Pergolakan bersenjata masih dilangsungkan para askar gerilya Barbar tidak lama selepas merdekanya Maghribi dari 1958 hingga 1959 sebagai tindak balas terhadap keadaan penduduk utara Maghribi yang terabai.[2] Sebanyak 3,000 orang dilaporkan terkorban dalam konflik ini.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Notes et mémoires du service géologique du Maroc. no. 278
  2. ^ Ilahiane, Hsain (2017). Historical Dictionary of the Berbers Imazighen. Rowman & Littlefield. m/s. 107.
  3. ^ Natasha Iskander; Nefertiti Iskander (2010). Creative State: Forty Years of Migration and Development Policy in Morocco. Cornell University Press. m/s. 44. ISBN 978-0-8014-4872-0.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]