Rindu Yang Terlarang (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rindu Yang Terlarang
Umum
PengarangUmie Nadzimah
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga
Penerbitan
PenerbitKarya Seni
Tarikh penerbitan
15 Jun 2018
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman547
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789674690823

Rindu Yang Terlarang ialah novel 2018 oleh penulis novel Malaysia, Umie Nadzimah terbitan Karya Seni.[1] Novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk sama pada 2019 oleh Astro Ria.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cinta sembunyi-sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah. Tidak mahu terus hanyut dengan rasa cinta, Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia mereka masih muda.

“Jangan panggil kami mama dan ayah, kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!” – Puan Rohana. Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura. Jangankan hendak berbesan, selisih jalan pun mereka tidak sudi. Masing-masing isytiharkan permusuhan tujuh keturunan.

“Kita tetap akan nikah, Ain!” – Faith. “Tapi… Macam mana?” – Ainnura. Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia, tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara rahsia. Yeah… Nikmat berumah tangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma. Bila rahsia terbongkar, Faith diberi kata dua, cerai atau nyawa. Dua-duanya nanar… Perpisahan tanpa rela membuatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji, namun harapan hanya tinggal harapan. Beberapa tahun berlalu, walaupun sangat berjaya dalam kerjaya, perasaan Faith tetap kosong dan beku. Tiba-tiba dia rasa bernyawa semula apabila bertemu kembali Ainnura. Sedangkan hati Ainnura telah menjadi keras dan trauma dengan tragedi lalu. Maka bermulalah misi si duda memikat sijandanya…

“Orang rindu Ain sangat…” – Faith. “Rindu kita… Rindu terlarang!” – Ainnura. Bersatu semula, sedangkan keluarga mereka masih bermusuhan, bukanlah satu rancangan yang bijak untuk mencari bahagia. Ainnura menolak, tidak mahu mengulang kisah lama. Sementelah, Reza Dato Rashid sanggup menerima Ainnura seadanya dia. Faith tak berputus asa, malah menggunakan Fawwaz untuk meraih semula cinta Ainnura. Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka? Siapakah Fawwaz? Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing-masing? Bagaimana keluarga bahagia Dato Rashid boleh terjerumus ke dalam kancah pergelutan.

Adaptasi drama[sunting | sunting sumber]

Rindu Yang Terlarang telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk sama yang memulakan tayangan perdana di Slot DramaVaganza Astro Ria bermula 26 November 2019, dibintangi oleh Fikry Ibrahim dan Zahirah MacWilson.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rindu Yang Terlarang by Umie Nadzimah Goodreads. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  2. ^ Drama Rindu Yang Terlarang (Astro Ria) My Infotaip (25 November 2019). Dicapai pada 18 Mac 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]