Fikry Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fikry Ibrahim
KelahiranAhmad Fikry bin Ahmad Ibrahim
(1994-04-16) 16 April 1994 (umur 25)
Jitra, Kedah, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara, model
Tahun aktif2016–kini

Ahmad Fikry Bin Ahmad Ibrahim (lahir 16 April 1994)[a] ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, dan model Malaysia.[1] Beliau merupakan pemenang tempat ketiga dalam program Lawak Solo 2016 dan kini semakin dikenali ramai. Selain sebagai pelawak, Fikry juga merupakan seorang pelakon dan pengacara.[2][3][4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Fikry dilahirkan pada 16 April 1994 di Jitra, Kedah. Beliau merupakan graduan Diploma Komunikasi Massa (Pengiklanan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan yang sama.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya hiburan, Fikry terlebih dahulu bekerja di kedai dobi selama setahun. Beliau memulakan kerjaya pentas dengan mengambil bahagian dalam rancangan Lawak Solo 2016 terbitan Astro Warna.[5]

Selepas Lawak Solo 2016 tamat,[6] Fikry melangkah ke bidang lakonan dengan menjayakan watak penting bersama Uqasha Senrose dalam Hero Seorang Cinderella yang dibintangi oleh Fattah Amin dan Fazura. Dalam drama ini, beliau memegang watak Noah Farizzam. Beliau paling dikenali menerusi gandingannya bersama penyanyi Siti Nordiana menerusi telefilem Cekelat Semanis Honey dan Cekelat Tak Semanis Honey, seterusnya muncul bersama drama Cekelat Honey.

Beliau bersama-sama Farah Nabilah menjadi penyampai anugerah bagi kategori Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2018 yang berlangsung pada 28 September 2018.[7]

Beliau berlakon bersama Farah dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek, yang diadaptasi dari novel The Misadventures of Cik Reen & Encik Ngok Ngek karya Maya Adira, di mana beliau memegang watak sebagai Harris Zakuan.[8]

Penerimaan media[sunting | sunting sumber]

Dikenali sebagai selebriti yang berkulit sawo matang, Fikry amat mementingkan aspek pendidikan meskipun bergelar selebriti. Beliau dilaporkan mempunyai jumlah pengikut seramai 50,000 pengikut di laman Instagram. Jumlah pengikutnya semakin meningkat sejak menyertai Lawak Solo 2016 dan mengacarakan Gema Gegar Vaganza.[9] Selain itu, beliau juga bertekad untuk bebas dari sebarang kontroversi.[10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Hero Seorang Cinderella Noah Farizzam Astro Ria
Kerna Syurga Bukan Percuma Khairul Rhafeeq Astro Oasis
2018 Rahsia Hati Perempuan Mikael Astro Ria
Cik Reen & Encik Ngok Ngek Harris Zakuan
Cekelat Honey Adam Iskandar Astro Citra
2019 Encik Iman Ekspres Engku Razil Astro Ria
Kau Yang Pertama Farhan TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Cekelat Semanis Honey Adam Astro Citra
Gitu-Gitu Raya Astro Warna
Pok Ya Cong Codei Rasdan Astro Citra
2018 Cekelat Tak Semanis Honey Adam
Enam/6 Daniel
2019 Cinta Sesungguhnya Razlan TV3
Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya Harris Zakuan Astro Ria
Dato S Astro First Ekslusif
Abang Tinted dan Handbag Ajaib Zakuan Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2016 Lawak Solo Astro Warna Peserta
2017 Super Spontan Superstar Peserta
Padan Muka
Selera Rasa Seksa bersama Zarul Husin
Gema Gegar Vaganza Astro Ria Pengacara
The Kucin Show bersama Uqasha Senrose
CCTV bersama dengan Fendy Bakry dan Fadzil Zahari untuk mempromosikan Kerna Syurga Bukan Percuma
2018 Gema Gegar Vaganza 2 Pengacara
Hotspot Pengacara
Experience Ready Set Action Pengacara
Seram Selebriti Astro Prima
Solo Yolo Astro Ria
MeleTOP Astro Ria bersama dengan Janna Nick, Sharifah Sakinah & Hael Husaini untuk pencalonan AME18
I Can See Your Voice Malaysia ntv7
Oh My Family Raya Astro Ria jemputan bagi menjaga anak Tya Arifin dan Asyraf Khalid, Arif Jiwa.
2019 MeleTOP Astro Ria bersama Nelydia Senrose, Ben Amir dan Issac Iman untuk mempromosikan drama Encik Iman Ekspres
Bintang Bersama Bintang Final TV3 artis jemputan bagi peserta Mamak Puteh
Cinta Overhaul Aidilfitri Astro Warna Pelakon - sebagai Dr Emir
Arena Panggang Marah Marah Sayang Astro Warna Peserta

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Artis
2018 "Hatiku Milikmu" Siti Nordiana

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016 Lawak Solo 2016 Tempat Ketiga Fikry Menang
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Artis Lawak MeleTOP Fikry (Cekelat Semanis Honey) Dicalonkan
Drama MeleTOP Cekelat Semanis Honey Dicalonkan
Drama Meletop Hero Seorang Cinderella Dicalonkan
Program MeleTOP Gema Gegar Vaganza Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Lelaki Popular N/A Dicalonkan
Pengacara TV Popular N/A Dicalonkan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Pelakon MeleTOP N/A Dicalonkan
Hos MeleTOP N/A Dicalonkan

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelakon Kamal Adli yang 8 tahun lebih tua daripadanya. Hal ini kerana, Kamal lahir pada 16 April 1986 manakala Fikry lahir pada 16 April 1994.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Azlan Jusoh (6 Mei 2017). "Biodata Fikry Ibrahim". Azhan.co. Dicapai 23 Jun 2018. 
  2. ^ Fikry Ibrahim selesa berlakon, belawak, dan mengacara Astro Awani (8 September 2017). Dicapai pada 8 September 2017.
  3. ^ Najiy Jefri (10 Mac 2018). Walaupun sibuk, saya gembira Harian Metro. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  4. ^ Subki Sudarji (13 Mei 2017). Dunia baharu Fikry Ibrahim Sinar Harian. Dicapai pada 8 Jun 2017.
  5. ^ Mohd Haikal Isa (14 Ogos 2019). Optimisme seni Fikry Ibrahim Kosmo!. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  6. ^ Ramlah Zainal (17 Mei 2019). Fikry rasa bertuah Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  7. ^ Munady (31 Julai 2018). "APM 2018 memperkenalkan nominasi edisi ke-17". Citra Selebriti. Dicapai 6 Ogos 2018. 
  8. ^ Kamaruddin Razal (9 Oktober 2018). ""Fall in Love with Cik Reen & Encik Ngok Ngek" - Peminat Suka Tonton Gandingan Fikry Ibrahim & Farah Nabilah". Astro Gempak. Dicapai 14 Oktober 2018. 
  9. ^ Biodata Fikry Ibrahim Oh My Media (22 Mei 2017). Dicapai pada 23 Jun 2018.
  10. ^ Najiy Jefri (18 Ogos 2019). Tekad sifar kontroversi - Fikry Ibrahim Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]