Rubarb

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rubarb
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
Genus: Rheum
Spesies: rhabarbarum
Nama binomial
Rheum rhabarbarum

Rubarb (Rheum rhabarbarum) adalah spesies tumbuhan dalam keluarga Polygonaceae. Ia adalah sejenis tumbuhan saka yang tumbuh daripada rizom yang pendek dan tebal. Daun-daunnya yang besar beracun tetapi batang-batangnya yang berisi boleh dimakan. Bunga-bunga kecilnya yang berwarna putih kehijauan atau merah mawar dikumpulkan dalam jambangan besar.

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama "rubarb" merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris iaitu "rhubarb" yang berakar dari kata gabungan bahasa Yunani kuno rhu barbarum yakni "[tumbuhan] gasar Sungai Volga".[1] Tumbuhan ini asalnya hidup liar di sepanjang tebing Sungai Volga yang dahulunya dikenali dengan nama Rhā.

Penggunaannya[sunting | sunting sumber]

Pai rubarb

Rubarb ditanam untuk tetangkainya, walaupun secara tepat bahagian tersebut merupakan daun juga. Penggunaan tetangkainya sebagai makanan pertama kalinya tercatat di England pada abad ke-17. Batang-batang rubarb dipotong secara kecil-kecilan kecil dan direbus bersama dengan gula sehingga ia lembut. Rempah-rempah seperti kulit kayu manis, buah pala dan halia boleh juga ditambah sebagai perisa tambahan. Rubarb yang dimasak biasanya akan dihidang kan terus sejuk seperti sos epal, tetapi pektin juga boleh dimasukkan ke dalam campuran ini untuk membuat jem.

Ia biasanya akan dimasak bersama gula atau dijadikan inti pai dan pencuci mulut, tetapi ia juga boleh digunakan dalam masakan berlauk mahupun jeruk, dikeringkan ataupun dicampurkan bersama jus buah-buahan.

Air rebusan manis atau kompot[2] rubarb boleh dihidangkan sebagai minuman, terutamanya pada musim panas. Sayuran ini turut digunakan bagi membuat wain buahan.

Ubat[sunting | sunting sumber]

Akar rubarb telah lama digunapakai dalam perubatan tradisional Cina sebagai bahan pelawas sejak beribu-ribu tahun lamanya.[3] Penggunaan tumbuhan ini turut didapati pada perubatan zaman Pertengahan Arab dan Eropah.[4][5] Akar rubarb merupakan ubatan Cina petama yang diimport dari negara China kepada dunia Barat.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ McGee, Harold.
  2. ^ Rhubarb Compote Recipe http://www.epicurious.com/recipes/food/views/rhubarb-compote-234450
  3. ^ Barceloux, Donald G (7 March 2012). Medical Toxicology of Natural Substances: Foods, Fungi, Medicinal Herbs, Plants, and Venomous Animals. John Wiley & Sons. p. 235. ISBN 978-1-118-38276-9. Dicapai pada 5 August 2013. 
  4. ^ Charles Perry, trans.
  5. ^ Oxford English Dictionary s.n. rhubarb, n.
  6. ^ Rhubarb James Ford Bell Library University of Minnesota (accessed January 12, 2015)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]