Rumah Adat Lobo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rumah adat Lobo suku bare'e di Besoa

Lobo[1] ialah rumah tradisional yang berasal daripada Kabupaten Poso dan Kabupaten Tojo Una-Una, di Sulawesi Tengah, Indonesia. Lobo biasa digunakan sebagai rumah tradisional oleh Suku Bare'e.[2] yang diperbuat daripada tiang kayu dan dinding berbumbung jerami dan hanya mempunyai satu bilik besar dengan tiang penyangga yang berdiri tegak.

Lobo menggunakan binaan jenis rumah tradisional di Provinsi Sulawesi Tengah yang tidak terdapat di wilayah lain di Indonesia. Rumah tradisional ini diperbuat daripada kayu hitam balak, dan beberapa jenis kayu jati. Lobo pada era moden digunakan sebagai rumah tradisional untuk Suku Bare'e.

Suku Bare'e berkata "Orang Tojo ke mana sahaja mereka pergi mereka sentiasa membawa Lobonya"[3]. Lobo dikenali sebagai Dorptemple Lobo (terjemahan harifah ialah "lobo rumah roh" atau "lobo tempat sembahyang") dalam bahasa Belanda.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua jenis Lobo bergantung kepada fungsinya iaitu lobo yang berfungsi sebagai tempat tinggal yang lebih kecil, dan lobo yang mempunyai bentuk besar yang berfungsi sebagai dewan, tempat upacara adat, pertemuan adat, sembahyang, dan sebagainya. Di setiap sudut rumah tradisional lobo juga diterangi oleh lampu resin. Kedua jenis Lobo daripada Suku Bare'e tersebut mempunyai bentuk yang sama tetapi mempunyai fungsi dan saiz yang berbeza. Rumah adat lobo umumnya berwarna hitam dan coklat Kayu.

Referensi[sunting | sunting sumber]

  1. ^ LOBO, rumah adat suku Bare'e, [1]", Diakses 10 Februari 2023.
  2. ^ Suku Bare'e, [2]", Diakses 10 Februari 2023.
  3. ^ RUMAH ADAT LOBO SEBAGAI SIMBOL ADAT ISTIADAT DAN BUDAYA SUKU BARE'E, suku bare'e di tojo ke mana sahaja mereka pergi mereka sentiasa membawa Lobo-nya, De Bare'e-Sprekende de Toradja van midden celebes jilid 3.[3].