Rumah Putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rumah Putih

Rumah Putih (Bahasa Inggeris: White House) ialah kediaman dan bangunan pejabat rasmi bagi Presiden Amerika Syarikat dan keluarganya - selama beliau memegang jawatan tersebut - yang terletak di 1600 Pennsylvania Avenue di Washington, D.C. Sebagai pejabat Presiden AS, istilah "Rumah Putih" juga digunakan sebagai nama ganti kepada pentadbiran Presiden itu sendiri.

Rumah ini dibina dari batu pasir Aquia dicat putih dengan gaya seni bina George berdasarkan reka bentuk jurubina dari Ireland bernama James Hoban.[1] Kerja pembinaan terhadap kediaman ini dilakukan daripada 1792 hingga 1 November 1800,[2] di mana ia pertama kalinya didiami oleh John Adams pada tahun yang sama[3] menggantikan bangunan kediaman sebelumnya di Philadelphia.

Bangunan kediaman ini dimiliki oleh Perkhidmatan Taman Kebangsaan (National Park Service) Amerika Syarikat sebagai sebahagian dari Taman Presiden (President's Park).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Inside the White House: History". WhiteHouse.gov. Dicapai 21 Januari 2017. 
  2. ^ Brandus, Paul (2015). "Nov. 1, 1800: The White House Welcomes Its First President—John Adams". Under This Roof: A History of the White House and Presidency. Lyon Press. Diarkibkan daripada asal pada 23 November 2016. Dicapai 4 Mac 2017 – melalui West Wing Reports. 
  3. ^ "White House Tour Essays: The Overview". White House Historical Association. Diarkibkan daripada asal pada 28 Oktober 2007. Dicapai 7 November 2007. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]