Rusuhan Jaffa 1921

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rusuhan Jaffa 1921
Tarikh1–7 Mei 1921
Lokasi
32°3′7″N 34°45′15″E / 32.05194°N 34.75417°E / 32.05194; 34.75417Koordinat: 32°3′7″N 34°45′15″E / 32.05194°N 34.75417°E / 32.05194; 34.75417
PuncaPertelingkahan antara dua kumpulan Yahudi disalah anggap sebagai serangan ke atas orang Arab
Pihak terlibat
Penduduk Yahudi
Penduduk Arab
Korban
47 maut, 146 cedera
48 maut, 73 cedera
Majoriti mangsa dalam kalangan orang Arab disebabkan tentera British.

Rusuhan Jaffa merupakan satu siri rusuhan yang telah berlaku di Palestin Bermandat pada 1 hingga 7 Mei 1921. Rusuhan ini pada awalnya bermula dengan pertelingkahan antara dua kumpulan Yahudi sehingga mewujudkan serangan Arab kepada Yahudi. Rusuhan ini juga bermula di Jaffa lalu merebak ke seluruh negara dengan mengakibatkan 95 orang maut, 219 orang cedera dengan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal. [1]

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Pada malam 1 Mei 1921, Parti Komunis Yahudi telah menyebarkan risalah berbahasa Arab dan Yiddish yang menyeru kepada penggulingan kuasa British dan penubuhan Soviet Palestin. Parti itu telah menyatakan hasratnya untuk berarak dari Jaffa ke Tel Aviv untuk memperingati Hari Mei. Satu perarakan besar juga dirancang di Tel Aviv oleh kumpulan sosialis Ahdut HaAvoda. Apabila kedua-dua kumpulan itu bertemu, satu pergaduhan telah tercetus. Kekecohan telah tercetus dengan cepat dan merebak ke selatan [2]

Setelah mendengar kekecohan dan bunyi tembakan di sekitar bandar, orang Arab menyangka bahawa mereka telah diserang. Orang Arab kemudiannya mula menyerang kediaman orang Yahudi lalu mengakibatkan Serangan ini merebak sejauh ke Abu Kabir. Sesetengah orang Arab juga melindungi orang Yahudi dari diserang dengan menawarkan pelindungan di rumah mereka.[2]

Pesuruhjaya Tinggi Herbert Samuel telah mengisytiharkan darurat, melakukan penapisan kandungan akhbar, cuba mewujudkan perdamaian antara wakil Arab dan meminta bantuan daripada Mesir. Jeneral Allenby telah menghantar dua kapal pemusnah ke Jaffa dan satu ke Haifa.

Satu stok senapang telah diberikan kepada tentera Yahudi dalam rusuhan itu. Serangan telah berlaku dalam beberapa hari dan merebak ke Rehovot , Kfar Saba , Petah Tikva dan Hadera. Tentera udara British telah menjatuhkan bom bagi "melindungi perumahan Yahudi dari perusuh Arab".[3]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Rusuhan ini telah mengakibatkan kematian 47 orang Arab dan 48 orang Yahudi. Seramai 146 orang Yahudi dan 73 Arab juga telah disahkan cedera. Ribuan penduduk Yahudi telah dipindahkan dari Jaffa ke Tel Aviv dan ditempatkan sementara di khemah bertempat di sepanjang pantai.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kessler, Oren. "1921 Jaffa riots 100 years on: Mandatory Palestine's 1st 'mass casualty' attack". The Times of Israel. Dicapai pada 2022-04-24.
  2. ^ a b c Huneidi, Sahar (2001). A broken trust: Herbert Samuel, Zionism and the Palestinians 1920-1925 (ed. illustrated). I. B. Tauris. m/s. 127. ISBN 9781860641725.
  3. ^ Oliver Holmes, 'Palestine: 1947 escape from British prison exposed as inside job,' Diarkibkan 2020-08-30 di Wayback Machine The Guardian, 30 Ogos 2020