Ryan Murphy (perenang)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ryan Fitzgerald Murphy OLY (lahir pada 2 Julai 1995) ialah seorang perenang kompetitif Amerika yang pakar dalam kuak lentang . Beliau adalah pemenang pingat emas Olimpik sebanyak empat kali dan bekas pemegang rekod dunia dalam acara 100 meter kuak lentang lelaki.

Pada Sukan Olimpik Musim Panas 2016, Murphy memenagi semua acara kuak lentang, dia memperoleh pingat emas dalam kedua-dua perlumbaan kuak lentang 100 - dan 200 meter . [1] Dia juga memenangi pingat emas dalam acara lari berganti-ganti 4×100 meter dengan Michael Phelps, Nathan Adrian, dan Cody Miller, dan pencapaian acara kuak lentang berganti-ganti Murphy memecahkan rekod dunia yang sebelum ini disandang oleh Aaron Peirsol pada tahun 2009. [2]

Pada Sukan Olimpik Musim Panas 2020, Murphy memenangi pingat emas dan mencipta rekod dunia dalam acara lari berganti-ganti 4x100 meter dengan Michael Andrew, Caeleb Dressel dan Zach Apple, selain pingat perak dalam acara 200 meter kuak lentang serta pingat gangsa dalam 100 meter kuak lentang . [3]

  1. ^ Ryan Murphy: Tonight felt like my night (Video). Swimswam.com (June 28, 2016). Retrieved August 12, 2016.
  2. ^ "Men's 4 x 100m Medley Relay Results" (PDF). Rio 2016 official website. August 13, 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada September 20, 2016. Dicapai pada July 5, 2021.
  3. ^ Omega Timing; Atos (August 1, 2021). "Tokyo 2020 Olympic Games: Swimming Results Book" Diarkibkan Ogos 7, 2021, di Wayback Machine. International Olympic Committee. Retrieved August 4, 2021.