S. Rosley
S. Rosley | |
---|---|
Kelahiran | Syed Ahdross Bin Syed Ahmad Alqadry 1943 ![]() |
Meninggal dunia | 25 Januari 2017 (umur 74) Hospital Besar Changi, Singapura |
Pekerjaan | Pelakon, Penyanyi |
Tahun aktif | 1966 |
Majikan | Malay Film Productions Merdeka Film Productions |
Pasangan | Fauziah Zie |
Anak | Ruziq Ahdross Fido Ahdross Shariffah Fathin Ahdross |
S. Rosley (dilahirkan sebagai Syed Ahdross Bin Syed Ahmad Alqadry; 1943 - 25 Januari 2017) merupakan seorang pelakon filem Melayu yang popular pada 1960-an. Mula berlakon menerusi filem Anak Buluh Betong (1965) arahan S. Kadarisman, diikuti filem Lampong Karam (1967). Beliau turut berlakon dalam filem Darma Kesuma ( 1967 ) bersama Dayang Sulu.
Penglibatan dalam karier seni[sunting | sunting sumber]
S. Rosley melibatkan diri dalam Pesta Drama Sriwana pada tahun 1964 yang mana pengadil pesta tersebut adalah seniman S. Kadarisman yang mengambil beliau berlakon dalam lakonan pertamanya dalam filem Anak Buloh Betung.
Perkahwinan[sunting | sunting sumber]
S. Rosley pernah mendirikan rumahtangga bersama-sama dengan pelakon tempatan, Fauziah Zie dan dikurniakan dua orang anak iaitu Ruziq, Fido dan Shariffah Fathin tetapi mereka berdua kemudian mengambil keputusan untuk berpisah secara baik sekitar 30 tahun lalu.
Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]
S. Rosley menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 74 tahun di sini sekitar 1.40 pagi Rabu akibat Penginfarkan Miokardium Akut atau serangan jantung.[1][2]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ IRA MUSFIRAH MOHAMED RASHID (25 Januari 2017). Seniman 1960-an S. Rosley meninggal dunia akibat serangan jantung Berita MediaCorp. Dicapai pada 25 Januari 2017.
- ^ Seniman 1960-an S. Rosley Meninggal Sakit Jantung MyNews Hub. 25 Januari 2017.