Sadiq Khan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Right Honourable
Sadiq Khan
Sadiq Khan.jpg
Datuk Bandar London
Memegang jawatan
8 Mei 2016[1]
Timbalan Joanne McCartney
Didahului oleh Boris Johnson
Menteri Bayangan untuk London
Dalam jawatan
16 Januari 2013 – 11 Mei 2015
Pemimpin Ed Miliband
Didahului oleh Tessa Jowell
Digantikan oleh Vacant
Menteri Bayangan Keadilan
Lord Chancellor Bayangan
Dalam jawatan
8 Oktober 2010 – 11 Mei 2015
Pemimpin Ed Miliband
Didahului oleh Jack Straw
Digantikan oleh Charles Falconer
Setiausaha Bayangan Pengangkutan
Dalam jawatan
14 Mei 2010 – 8 Oktober 2010
Pemimpin Harriet Harman
Ed Miliband
Didahului oleh Andrew Adonis
Digantikan oleh Maria Eagle
Menteri Pengangkutan
Dalam jawatan
8 Jun 2009 – 11 Mei 2010
Perdana Menteri Gordon Brown
Didahului oleh Andrew Adonis
Digantikan oleh Theresa Villiers
Menteri Masyarakat
Dalam jawatan
4 Oktober 2008 – 8 Jun 2009
Perdana Menteri Gordon Brown
Didahului oleh Parmjit Dhanda
Digantikan oleh Shahid Malik
Member of Parliament
for Tooting
Dalam jawatan
5 Mei 2005 – 9 Mei 2016
Didahului oleh Tom Cox
Digantikan oleh TBD
Majoriti 2,842 (5.3%)
Butiran peribadi
Lahir Sadiq Aman Khan
(1970-10-08) 8 Oktober 1970 (umur 47)
Tooting, London, UK
Parti politik Labour
Pasangan Saadiya Ahmed (1994–kini)[2]
Anak-anak 2
Alma mater University of North London
College of Law
Laman sesawang Laman web rasmi

Sadiq Aman Khan[3] (lahir 8 Oktober 1970) merupakan ahli politik Inggeris yang berkhidmat sebagai Datuk Bandar London mulai Mei 2016 dan sebagai Ahli Parlimen (MP) untuk kawasan Tooting sejak tahun 2005.[4][5] Sebagai ahli Parti Buruh, beliau disifatkan sebagai demokrat sosial dari segi ideologi.

Khan dilahirkan di London kepada sebuah keluarga kelas pekerja keturunan Pakistan, lalu menerima ijazah Perundangan dari University of North London. Kemudian beliau berkhidmat sebagai peguam cara yang berkepakaran dalam hak asasi manusia, serta mempengerusikan pertubuhan Liberty selama tiga tahun. Dalam menyertai Parti Buruh, Khan menjadi ahli dewan bandaraya untuk Daerah Perbandaran Wandsworth dari 1994 hingga 2006 sebelum dilantik sebagai MP untuk Tooting pada 2005. Di bawah pemerintahan Labour pimpinan Perdana Menteri, Gordon Brown, Khan dilantik sebagai Menteri Masyarakat pada 2008, kemudian menjadi Menteri Pengangkutan. Sebagai sekutu rapat ketua Labour Ed Miliband, beliau menganggotai Kabinet Bayangan Miliband sebagai Menteri Bayangan Kehakiman, Lord Chancellor Bayangan, dan Menteri Bayangan untuk London.

Khan dipilih untuk menjadi Datuk Bandar London pada pilihan raya datuk bandar 2016, mengambil alih daripada Datuk Bandar Boris Johnson dari Parti Konservatif. Khan sendiri mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai AP Tooting "secepat mungkin".[4] Pemilihannya sebagai Datuk Bandar London menjadikan beliau penganut kuat agama Islam pertama yang menjadi datuk bandar kepada ibu kota utama negara Barat.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.london.gov.uk/node/31118
  2. ^ Bindmans. "Saadia Khan – Bindmans LLP". 
  3. ^ "Tooting Constituency – Parliamentary election results May 2015 – Wandsworth Council". 
  4. ^ a b Heald, Claire; Jackson, Marie (7 May 2016). "Khan stands down as Tooting MP". BBC News. Dicapai pada 7 May 2016. 
  5. ^ Khan, Sadiq. "Question Time". Dicapai pada 11 September 2015. 
  6. ^ James, William; Piper, Elizabeth (7 May 2016). "Labour's Khan becomes first Muslim mayor of London after bitter campaign". Reuters. Dicapai pada 7 May 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]