Sains atmosfera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sains atmosfera merujuk kepada kajian atmosfera bumi, prosesnya, kesannya terhadap sistem lain serta kesan sistem lain terhadapnya. Sebenarnya sains atmosfera bukanlah satu bidang, tetapi satu istilah menggabungkan beberapa bidang dalam sains yang mengaji atmosfera. Antara bidang dalam atmosfera termasuklah meteorologi yang melibatkan kimia atmosfera dan fizik atmosfera, serta klimatologi yang mengaji perubahan atmosfera yang mempengaruhi iklim sedunia. Sains atmosfera kini juga melibatkan sains planet dan kajian atmosfera planet lain sistem suria.