Samping

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Samping atau kain dagang ialah sejenis kain sarung yang dipakai selepas dipakai seluar (pada pakaian Melayu) dan biasanya dari pinggang hingga ke paras lutut sahaja. Ia biasanya dibuat daripada fabrik songket.

Gaya pemakaian samping berlainan mengikut daerah.[1] Bagi penduduk negeri Johor, kain dagang ini di pakai di dalam baju yang dipanggil berdagang dalam dengan leher teluk belanga kancing satu. Bagi sesetengah negeri terutama di sebelah pantai Barat pula memakai baju Melayu berleher cekak musang dengan kain dagang di luar yang dipanggil berdagang luar. Wanita juga mempunyai kain dagang luar yang dipegang dengan tangan kiri. Samping pula datang kemudian.[1]

Cara pemakaian kain dagang pada zaman dulu berperanan menunjukkan perbezaan darjat seseorang dalam masyarakat. Ketika itu hanya kerabat diraja saja yang boleh memakai kain dagang di luar berbanding golongan masyarakat biasa. Bagaimanapun kini, semua orang bebas memilih cara memakai kain dagang atau samping mengikut cita rasa masing-masing.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Halina Mohd Noor (6 Januari 2001). Baju Melayu, Kurung: Busana sepanjang zaman. Berita Harian. Capaian 20 Ogos 2012.