Songket

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Songket
Bamboofabric.png
Songket khas Minangkabau bermotif pucuak rabuang, segi tiga bahagian bawah melambangkan pucuk buluh.
Bahansutera, kapas, emas, perak
Tempat asalPalembang (tempat asal dan utama)[1][2][3][4][5][6][7][8], menyebar ke Asia Tenggara Maritim[9]
Songket
NegaraMalaysia
DomainKetukangan tradisional
Rujukan01505
KawasanAsia Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2021 (sesi ke-16)
SenaraiRepresentative List
Unesco Cultural Heritage logo.svg

Songket (Jawi: سوڠكيت) merupakan sejenis kain tenunan asal alam Melayu khusus nya area sumatera indonesia dan kemudian menyebar hingga Asia Tenggara yang dihasilkan dengan mesin tradisional yang menghasilkan corak rumit menggunakan benang emas atau perak. Ia kain lazim yang dibusanakan dalam adat-adat perkahwinan di Asia Tenggara.

Songket ialah kain tenun mewah yang biasanya dikenakan saat kenduri, perayaan atau pesta; ia pada dahulunya khusus dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar.

Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Tradisi songket-songket setempat di Indonesia diakui sebagai Warisan Budaya Takbenda Negara oleh Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia:[10] pengiktirafan ini meliputi tradisi songket asal Palembang dan Sambas pada 2013; songket Pandai Sikek pada 2014; tradisi Songket asal Beratan, Bali pada 2018; dan tradisi songket Silungkang pada 2019. Songket buatan tempatan di Malaysia pula menerima pengiktirafan antarabangsa oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) yang menyenaraikannya dalam kategori warisan kebudayaan tidak ketara pada 17 Disember 2021.[11]

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Secara etimologinya, istilah "songket" berasal daripada gabungan kata-kata songsong dan teket dalam bahasa tuturan masyarakat Palembang – bandar pusat empayar Srivijaya yang menurut susur galurnya ialah asal usul tradisi songket dan tenunan benang emas bermula – masing-masing bererti "tenun" dan "sulam" berkaitan pada metode pembuatan songket itu sendiri yakni dengan mengaitkan dan mengambil sejumput kain tenun, dan kemudian menyelipkan benang emas.[12][13] Manakala di Tanah Melayu pula istilah songket merujuk kepada "sungkit" mahupun "sangkut" yang bermakna "mengait", "menyungkit" atau "mencungkil".[14][15]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tenun songket secara sejarah dikaitkan dengan kawasan permukiman dan budaya Palembang maupun Minangkabau yang berasal dari pulau Sumatera. Menurut Hikayat Palembang, asal mula kain songket bermula dari kemaharajaan Srivijaya. Bermula di Palembang, pusat diraja Sriwijaya songket telah dikenal sejak abad ke-7 dengan ditemukannya arca berbusana songket pada Candi Bumi Ayu. Bahan utama pembuatan songket seperti sutra biasanya diproduksi oleh petani ulat sutra Sumatera, tetapi untuk menghasilkan songket yang lebih berkualiti, masyarakat tempatan turut mengeksport sutera daripada China, manakala benang emas biasanya dihasilkan oleh masyarakat tempatan dengan memproses emas yang dihasilkan dari beberapa kawasan di Sumatera.

Akibat pengaruh kuasa kemaharajaan Srivijaya, kain songket menyebar dari Palembang ke seluruh pelusuk wilayah Srivijaya, yakni sebagian besar wilayah di Sumatera (terutama di Sumatera Barat, Sumatera Selatan, dan Lampung), Kepulauan Riau, Kalimantan (terutama di Sambas),Borneo, Tanah Melayu, Thailand, Kemboja, dan juga meliputi sebahagian Jawa Barat. Menurut tradisi Kelantan, teknik tenun seperti ini diperkenalkan dari Chaiya (di Thailand) iaitu kawasan yang pernah menjadi salah satu cabang wilayah tengah di bawah kuasa kemaharajaan Srivijaya, yang mana kemudian teknik ini berkembang ke selatan di Pattani hingga mencapai ke Kelantan dan Terengganu sekitar abad ke-16. Akan tetapi menurut penenun Terengganu, justru para pedagang Minangkabau, Palembang, dan India yang berlayar dari Palembang lah yang pertama kali memperkenalkan teknik anyaman ini sejak zaman kegemilangan Srivijaya.

Penenunan songket berkembang di Semenanjung Malaya disebabkan kerana pendudukan kuasa oleh empayar Srivijaya dan perkahwinan campur antara kerajaan diraja tempatan, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15. Songket juga dipersembahkan oleh pengasas kerajaan Melaka yang juga berasal dari Palembang, dan budaya Palembang turut dijadikan identiti kerajaan tersebut.

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.

Keberadaan sesebahagian bahan asas membuat kain ini seperti benang emas juga mencerminkan kedudukan para petukang kain ini yang terletak dalam kerajaan kerana bahan pembuatannya yang mahal - benang emas sejatinya memang terbuat dari lembaran emas murni asli.[16] Warna emas pada kain ini juga dikaitkan dengan kegemilangan Srivijaya suatu ketika dari abad ke-7 hingga abad ke-13.[17][18]

Songket sebagai busana diraja juga disebutkan dalam naskah Abdullah bin Abdul Kadir pada tahun 1849.[19]

Pada zaman kini[sunting | sunting sumber]

corak motif kain songket

Berdasarkan bahan, kaedah pembuatan, dan harga; Songket pada asalnya merupakan kain mewah golongan bangsawan yang menunjukkan keluhuran dan maruah pemakainya. Tetapi kini songket bukan sahaja ditujukan untuk orang kaya dan berada, kerana harganya berbeza-beza; daripada yang biasa dan agak murah, kepada yang eksklusif dengan harga yang sangat mahal. Kini dengan penggunaan benang emas sintetik, songket tidak lagi semahal dahulu apabila menggunakan emas asli. Namun begitu, songket yang berkualiti terbaik masih dinilai sebagai bentuk seni yang anggun dan agak mahal.

Di beberapa kawasan Palembang, songket masih memiliki nilai jual tinggi kerena pembuatannya masih menggunakan sutera dan emas asli sebagai bahan asas.[20]

Sejak dahulu lagi, songket telah menjadi pilihan popular untuk pakaian perkahwinan tradisional Melayu, Palembang, Minangkabau, Aceh dan Bali. Kain ini sering diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai salah satu persembahan perkahwinan. Pada hari ini, pakaian rasmi lelaki Melayu sering memakai songket sebagai kain yang dililit di atas seluar atau sebagai ikat kepala, tanjak, atau ikat kepala. Bagi wanita pula, songket dibalut sebagai kain sarung yang digabungkan dengan Kebaya atau Baju kurung.

Walaupun berasal daripada kraf tradisional, industri songket merupakan kraf yang terus hidup dan dinamik. Pengrajin songket khususnya di Palembang kini cuba mencipta motif baharu yang lebih moden serta pilihan warna yang lebih lembut. Ini adalah usaha untuk memastikan songket sentiasa dikemas kini dan diminati orang ramai.[18] Sebagai objek seni, songket sering dibingkai dan digunakan untuk menghiasi bilik. Aplikasi moden kain songket sangat pelbagai, bermula dari beg wanita, songkok, malah telefon bimbit.

Corak dan motif[sunting | sunting sumber]

Songket pengantin khas Palembang

Corak dan motif songket mencerminkan kekayaan alam persekitaran dengan perwujudan cita rasa budaya, sehingga songket memiliki motif-motif tradisional yang sudah menjadi ciri budaya wilayah penghasil kraf. Motif tersebut tercipta dikeranakan rupa semula jadi di sekeliling kawasan tersebut berupa tumbuh tumbuhan, bunga, haiwan, alam dan lain-lain. Misalnya motif Saik Kalamai, Buah Palo, Barantai Putiah, Barantai Merah, Tampuak Manggih, Salapah, Kunang-kunang, Api-api, Cukie Baserak, Sirangkak, Silala Rabah, dan Simasam yang merupakan motif khas songket Pandai Sikek, Minangkabau.

[21]

Kefahaman ini juga ditentukan secara rekaan khusus: beberapa pemerintah daerah di Indonesia misalnya telah mempatenkan motif songket tradisional mereka. Dari 71 motif songket yang dimiliki Sumatra Selatan, baru 22 motif yang terdaftar di Direktorat Jenderal Hak Kekayaan Intelektual Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia. Dari 22 motif songket Palembang yang telah didaftarkan termasuk motif Bungo Intan, Lepus Pulis, Nampan Perak, dan Limar Beranti. Sementara 49 motif yang lain tidak berdaftar, termasuk motif Berante Berakam pada seragam rasmi. Selain motif Berante Berakam, beberapa motif lain yang belum terdaftar ialah motif Songket Lepus Bintang Berakam, Nago Besaung, Limar Tigo Negeri Tabur Intan, Limar Tigo Negeri Cantik Manis, Lepus Bintang Penuh, Limar Penuh Mawar Berkandang, dan sejumlah motif lain. [22]

Pusat Kraf Songket[sunting | sunting sumber]

Songket tradisional khas suku Sasak

Terdapat kawasan-kawasan di Asia Tenggara dapat dikenali seni songket:

Proses pembuatan[sunting | sunting sumber]

Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas.

Benang perlu dibersihkan sebelum dicelup ke dalam pewarna. Setelah pewarnaan dibuat benang perlu dikeringkan sebelum kerja selanjutnya dilaksanakan. Benang-benang ini dililit pada pelenting buluh kecil dilakukan dengan bantuan alat darwin dan alat pemutar rahat.

Benang loseng diregang di alat penenun (ianian) bagi menentukan saiz panjang atau jumlah helai kain yang akan ditenun sebelum digulung dengan sekeping papan loseng untuk disiapkan pada gigi atau sikat jentera. Setelah itu, kerja-kerja menyapuk dapat dilakukan

Dua urat benang loseng dikaitkan melalui setiap celah gigi jentera. Karak dibuat daripada benang asing yang digelung.

Corak digubah pada benang loseng menggunakan alat "lidi" agar benang loseng berangka genap dan ganjil dapat diarahkan turun naik secara berselang seli sewaktu menenun. Sebanyak tiga atau lima lembar benang disongketkan kemudian diikat dan dikenali sebagai proses ikat butang. Alat torak yang diisi dengan benang pakan atau benang emas, dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang loseng mengikut corak yang telah ditentukan hinggalah menjadi sekeping kain. Kain yang telah siap ini dipotong mengikut saiz.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Purwanti, Retno; Siregar, Sondang Martini (2016). "Sejarah Songket Berdasarkan Data Arkeologi". Revista de Arqueología Siddhayatra. 21 (2). doi:10.24832/siddhayatra.v21i2.22.
  2. ^ Iskandar, Teuku (1958). De Hikajat Atjéh [Hikayat Aceh] (dalam bahasa Belanda). Den Haag, Belanda: Martinus Nijhoff.
  3. ^ Rodgers, Susan; Summerfield, Anne; Summerfield, John (2007). Gold Cloths of Sumatra: Indonesia's Songkets from Ceremony to Commodity [Kain Tenun Emas Pulau Sumatra Indonesia: Songket dari Seremoni hingga Komoditi] (dalam bahasa Inggeris). Worcester, Massachusetts: Iris and B. Gerald Cantor Art Gallery, College of the Holy Cross. ISBN 978-9067183123. Dicapai pada 15 de enero de 2012. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  4. ^ Sturler, W.L. de (1843). Proeve eener beschrijving van het gebiied van Palembang [Deskripsi Awal Terkait Wilayah Palembang] (dalam bahasa Belanda). Groningen, Belanda: J.Oomrens.
  5. ^ Hoëvell, W.R. van (1843). Sjair Bidasari, een oorspronkelijk Maleische gedicht. Verhande-lingen van het Bataviaasch Genootschap [Sjair Bidasari; Puisi Melayu Asli, Risalah Masyarakat Betawi] (dalam bahasa Belanda). 19. m/s. 1–421.
  6. ^ Blume, C.L.; Deel, Eerste; Plates, With (1848). De Indische Bij, Tijdschrift Ter Bevordering van de Kennis der Nederlandsche Volkplantingen en Derzelver Belangen [Mengenai Nusantara, Jurnal untuk Mengembangkan Pengetahuan tentang Pemukiman Belanda dan Kepentingan Minatnya] (dalam bahasa Belanda). Leiden, Belanda.
  7. ^ Praetorius, C.F.G. (1843). Eenige Bijzonderheden Omtrent Palembang [Beberapa Detail Terkait dengan Palembang] (dalam bahasa Belanda). Leiden, Belanda.
  8. ^ Sevenhoven, J.I. van (1823). Beschrijving van de Hoofdplaats van Palembang [Deskripsi Terkait Ibukota (Sriwijaya) Palembang] (dalam bahasa Belanda). 9. Tratados de la Sociedad de Batavia. m/s. 41–126.
  9. ^ Dr. June Ngo Siok Kheng. "Revitalising the Craft of Songket Weaving through Innovation in Malaysia" (PDF). Dicapai pada 30 March 2021.
  10. ^ "Warisan Budaya Takbenda, Penetapan". Cultural Heritage, Ministry of Education and Culture of Indonesia. Dicapai pada 14 Disember 2020.
  11. ^ CNN Indonesia (17 Disember 2021). "Songket Malaysia Diakui Jadi Warisan Tak Benda UNESCO". CNN Indonesia. Dicapai pada 17 Disember 2021.
  12. ^ "Motif Bungo Pacik Pada Tenunan Songket Palembang" (PDF). Sitakara Jurnal Pendidikan Seni dan Budaya. 2018. Dicapai pada 25 April 2021.
  13. ^ "National Geographic Traveller Indonesia". Jil. 1 no. 6. Jakarta, Indonesia. 2009. m/s. 63. Cite magazine requires |magazine= (bantuan)
  14. ^ "Sungkit". kbbi.kemdikbud.go.id. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan. Dicapai pada 25 April 2021.
  15. ^ "Sungkit". prpm.dbp.gov.my. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 10 Oktober 2022.
  16. ^ Uchino, Megumi (2005). "Socio-cultural history of Palembang Songket". Indonesia and the Malay World. Routledge. 33 (96): 205–223. doi:10.1080/13639810500283985. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  17. ^ "The Ancient Sriwijaya Heritage" Tampilkan Kemilau Songket dan Adat Perkawinan Sumsel
  18. ^ a b Sriwijaya Post. "Motif Abstrak Songket palembang". Sriwijaya Post. Dicapai pada 16 Januari 2012. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  19. ^ Hikayat Abdullah By Hamzah Hamdani
  20. ^ "Mengenal Harga Songket Palembang - Semua Halaman - TRIBUNNEWS". TRIBUNNEWS.COM (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-09-30.
  21. ^ "Tenun Songket Pandai Sikek (Sumatra Barat - Indonesia)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-23. Dicapai pada 2010-10-24. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  22. ^ Sriwijaya Post. "Motif Abstrak Songket palembang". Sriwijaya Post. Dicapai pada 2012-01-16. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  23. ^ The Malay handloom weavers: a study of the rise and decline of traditional ... By Maznah Mohamad
  24. ^ "Songket Terengganu (Terengganu - Malaysia)". Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  25. ^ "Songket Terengganu (Terengganu - Malaysia)". Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  26. ^ "Songket Pahang (Pahang - Malaysia)". Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  27. ^ "Songket Sarawak (Sarawak - Malaysia)". Dicapai pada 6 Julai 2022.
  28. ^ "Songket Johor (Johor - Malaysia)". Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  29. ^ "Songket Melaka (Melaka - Malaysia)". Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  30. ^ "Songket Perak (Perak - Malaysia)". Dicapai pada 28 Oktober 2022.
  31. ^ "Songket Kedah (Kedah - Malaysia)". Dicapai pada 28 Julai 2022.
  32. ^ "Tenun Songket Pandai Sikek (Sumatra Barat - Indonesia)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-23. Dicapai pada 2021-01-06.
  33. ^ National Geographic Traveller Indonesia, Vol 1, No 6, 2009, Jakarta, Indonesia, page 62
  34. ^ "Songket Brunei (Sambas - Brunei)". Dicapai pada 28 Oktober 2022.