Sanisah Huri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sanisah Huri
Album-Sanisah Huri-Tahun 1968.jpg
Kulit album "Sanisah Huri" pada tahun 1968
Latar belakang
Nama lahirSanisah Huri
Kelahiran1952 (umur 66–67)
Singapura Singapura
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1960–an
Syarikat rakaman
EMI Parlophone
Senada Records
WEA Records

Sanisah Huri merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Salah satu album Sanisah Huri

Beliau mula merakam suara melalui EMI untuk album runut bunyi bagi filem A-Go-Go '67 iaitu keluaran Shaw Brothers' Malay Film Production Limited bagi lagu-lagu seperti "Siapa Gerangan" dan "Alam Seni" (iringan The Terwellos).

Selepas itu, beliau merakam dengan The Hooks untuk lagu-lagu seperti Si Baju Hijau dan Cuti Sekolah. Beliau dan The Hooks juga pernah muncul dalam Mat Toyol arahan Mat Sentol keluaran Cathay Keris.

Beliau sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Terwellos dan The Hooks. Sanisah Huri juga pernah merakamkan lagu dengan Orkes Dendang Perindu pimpinan Kassim Masdor untuk lagu Selalu pada tahun 1969.

Pada tahun 1970, beliau merakamkan lagu dengan sebuah kugiran Indonesia iaitu Clique Fantastique. Dua EP yang dirakamkan adalah Malam Minggu dan Mana Utama. Lagu "Sedih Sekelip Mata" merupakan hasil ciptaan bersama Kassim Masdor dan Yusnor Ef dan menjadi sebuah lagu hit ketika itu.

Mulai tahun 1971, Sanisah Huri mula merakam lagu secara solo sehinggalah kontraknya dengan EMI tamat pada tahun 1974. Di antara lagu-lagu hit beliau ialah "Semenjak Berjauhan", "Permata Hatiku", "Sejak Ku Bertemu Padamu", "Kisah Tuah Dan Tijah", "Indah Di Sepanjang Perkenalan", "Tari Tualang Tiga", "Joget Menanti Jodoh", "Kau Penghiburku", "Jauh Berjalan, Luas Pandangan", "Kau Disayang", "Kuberikan Padanya" dan "Taj Mahal".

Beliau kemudiannya berpindah ke Senada Records, milikan Kassim Masdor. Selain menyanyi secara solo (seperti lagu "Kisah Cinta"), beliau juga sesekali merakam lagu dengan A. Ramlie (untuk dua lagu dangdut, iaitu "Rambut" dan "Hello Hello Sayang") dan M. Ramlee (lagu "Wajah Cermin Hatimu"). Di samping itu, beliau juga pernah berpadu suara dengan kumpulan trio, Suara Perindu.

Tidak lama selepas itu, beliau sesekali muncul dalam rancangan hiburan terbitan radio dan telvisyen di Singapura, khususnya pada hari raya. Kini, beliau tidak lagi aktif dalam bidang seni. Masanya banyak dhabiskan dengan mengajar anak-anak mengaji Al-Quran di rumahnya. Beliau juga mengambil keputusan untuk menetap di Singapura.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Pahlawanku
  • Tari Tualang Tiga
  • Bersabarlah Sayang
  • Sejakku Bertemu Padamu
  • Kisah Tuah Dan Tijah
  • Menanti Jodoh
  • Sampaikan Hati Ini Kepadanya
  • Aku Bintangmu
  • Dendang Pulau Bangka
  • Hanya Dikau

Lagu-Lagu Raya[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]