Santorini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Santorini

Σαντορίνη (Θήρα)
Santoríni (Thíra)
Pemandangan di kaldera
Pemandangan di kaldera
Lokasi Thira dalam kepulauan Kyklades Yunani
Lokasi Thira dalam kepulauan Kyklades Yunani
NegaraYunani
BahagianAegea Selatan
Ibu kotaFira
Penduduk
 (2011)
 • Jumlah15,550
Kod kawasan22860
Laman webwww.thira.gr

Santorini (Bahasa Yunani: Σαντορίνη) atau nama rasminya Thira (Bahasa Yunani: Θήρα) merupakan kelompok bundar pulau gunung berapi di Laut Aegea terletak 200 km dari daratan Yunani. dalam kelompok Kepulauan Kyklades. Pulau ini memiliki keluasan 90.623 km2.[1]

Pulau ini dikenal kerana sektor pelancongan dari tarikan rumah-rumah putih kapur, iklim musim panas serta industri pembuatan wainnya. Ia juga memiliki beberapa tapak bersejarah dan dulunya merupakan salah satu pusat peradaban yang penting.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama Santorini diberikan pada zaman Empayar Latin abad ke-13 sempena suatu gereja di kampung Perissa dalam pulau tersebut memperingati Santa Irini (Bahasa Yunani: Ειρήνη), salah seorang dari tiga Kristian bersaudari yang diseksa semasa zaman Maharaja Diocletianus (Irini diseksa kerana menyimpan kitab-kitab Kristian manakala yang lain kerana enggan memakan makanan sembahan dewa); bahkan penyeksaan dan hukuman ini juga disaksikan sendiri maharaja tersebut.[2][3] Pemerintah Yunani lebih menggunakan nama Thira atau Thira dalam urusan pentadbiran mereka.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tamadun Minos mula berkembang dari Kriti tersebar ke pulau ini semasa zaman Gangsa antara 3000 hingga 2000 tahun  sebelum Masihi memuncak sekitar 2000 hingga 1630 SM; kesan peninggalan tamadun tersebut dapat dilihat di kota purba Akrotiri yang tertanam dalam abu gunung berapi menampakkan bukti binaan bangunan, jalan raya, datarn dan tembok berlukisan halus setinggi 8 meter.[5]

Selepas berakhirnya Zaman Gangsa ini, orang Fenikia mendirikan petempatan di pulau tersebut yang diberi nama Callista; Herodotus menulis bahawa petempatan ini bertahan selama lapan keturunan.[6] Orang Doria menubuhkan suatu kota di Mesa Vouno pada abad ke-9 SM.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Citra satelit pulau Santorini

Muka bumi[sunting | sunting sumber]

Batuan dasar pulau ini yang sebahagian daripada gugusan Kyklades merupakan jenis metamorf gabungan batu kapur dan syis dalam massif yang terbentuk semasa tempoh Miosen sebelum berlipat semasa orogen Alp sekitar 60 juta tahun dahulu; dasar ini 9 x 6 kilometer luasnya.

Pulau ini mempunyai gunung berapi aktif akibat pembenaman kerak lautan hujung utara Plat Afrika ke bawah kerak daratan Yunani dan Laut Aegea membentuk rantaian Hellas termasuk pulau-pulau Santorini, Methana, Milos dan Kos.[7] Dari pertembungan ini gunung berapi Santorini telah meletus beberapa kali: ada letusan yang telah dicatat empat kali cukup besar sehingga meninggalkan kesan runtuhan kaldera,[7] letusan Minos merupakan letusan yang paling hebat dan terkenal pernah diamati sepanjang zaman ketamadunan manusia semasa kemuncak zaman ketamadunan Minos sekitar 3,600 tahun dahulu.[3]

Iklim dan suhu[sunting | sunting sumber]

Santorini beriklim separuh gersang (BSh dalam pengelasan Köppen) dengan ciri panas Mediterranean.[8] Curahan hujan tahunan disukat puratanya sekitar 371 mm (14.6 in) setahun. Tiupan angin kencang juga dapat diperhatikan pada musim panas.[9]

Data iklim untuk Santorini (1981–2010)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata tinggi °C (°F) 14
(57)
14
(57)
16
(61)
18
(64)
23
(73)
27
(81)
29
(84)
29
(84)
26
(79)
23
(73)
19
(66)
15
(59)
21.1
(70)
Min harian °C (°F) 12
(54)
12
(54)
14
(57)
16
(61)
20
(68)
24
(75)
26
(79)
26
(79)
24
(75)
21
(70)
17
(63)
13
(55)
18.8
(65.8)
Purata rendah °C (°F) 10
(50)
10
(50)
11
(52)
13
(55)
17
(63)
21
(70)
23
(73)
23
(73)
21
(70)
18
(64)
14
(57)
11
(52)
16
(60.8)
Kerpasan mm (inci) 71
(2.8)
43
(1.69)
40
(1.57)
16
(0.63)
11
(0.43)
0
(0)
7
(0.28)
0
(0)
11
(0.43)
38
(1.5)
59
(2.32)
75
(2.95)
371
(14.61)
Purata hari kerpasan (≥ 1.0 mm) 10 9 7 4 3 0 1 0 2 4 8 11 59
Sumber: holiday-weather.com[10]

Petempatan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Population & housing census 2001 (incl. area and average elevation)" (PDF) (dalam bahasa Greek). National Statistical Service of Greece. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-09-21.
  2. ^ "Virgin Martyrs Agape, Irene and Chionia, in Illyria". Orthodox Church in America. Dicapai pada 24 November 2021.
  3. ^ a b Scheffel, Richard L.; Wernet, Susan J., penyunting (1980). Natural Wonders of the World. United States of America: Reader's Digest Association, Inc. m/s. 336–337. ISBN 978-0-89577-087-5.
  4. ^ "Municipality of Thira, English language version of the official municipal government website". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-27. Dicapai pada 2011-04-17.
  5. ^ TheModernAntiquarian.com, C. Michael Hogan, Akrotiri, The Modern Antiquarian (2007).
  6. ^ Hist. IV.147
  7. ^ a b Druitt, Timothy H.; L. Edwards; R.M. Mellors; D.M. Pyle; R.S.J. Sparks; M. Lanphere; M. Davies; B. Barriero (1999). Santorini Volcano. Geological Society Memoir. 19. London: Geological Society. ISBN 978-1-86239-048-5.
  8. ^ "Weather in Santorini". Santorini.net.
  9. ^ "Santorini information, traditional products, beaches, volcano and villages, Attractions, Events – Santorini holidays 2014". www.greektouristguides.com. Dicapai pada 23 Oktober 2015.
  10. ^ "Weather Averages for Santorini, Greece". holiday-weather.com. Dicapai pada 26 September 2016.

Templat:Gunung-stub