Sanusi Mahmood

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haji

Sanusi Mahmood
Mufti Negara Singapura pertama
Dalam jawatan
1968–1972
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehSyed Isa Mohamed
Butiran peribadi
LahirMohamed Sanusi bin Mahmood
(1909-09-27)27 September 1909
Meninggal dunia8 Oktober 1995(1995-10-08) (umur 86)

Haji Mohamed Sanusi Mahmood (27 September 1909 – 8 Oktober 1995) ialah seorang ulama dari Singapura. Beliau ialah Mufti Negara Singapura pertama.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Sanusi ialah seorang daripada beberapa orang ulama yang mempunyai penguasaan dalam bahasa Melayu, Arab dan Inggeris pada zamannya. Dari 1922 hingga 1931, beliau menghadiri Sekolah Tautan Victoria dan kemudian ke Institusi Raffles. Pada 1929, disebabkan keputusannya yang cemerlang dalam peperiksaan Senior Cambridge, beliau dibenarkan untuk lompat dua darjah.[1] Sanusi belajar Islam dan bahasa Arab daripada datuknya, Syeikh Abdurrahman Siddiq Al Banjari, Mufti Inderagiri, di Safat, Sumatera, Indonesia dari 1931 hingga 1932.[2]

Pulang dari Singapura, beliau mengambil pengajian agama secara peribadi dengan Haji Abdul Hamid Lingga, menetap di rumahnya di Geylang Serai selama lima bulan.[1]

Pada 1933 beliau mengembara ke Mekah dan belajar di Masjid al-Haram dan daripada beberapa orang ulama Melayu dan Turki yang dikenali di rumah mereka di sana. Pada 1936, selepas tiga tahun di Mekah, pada usia 25 tahun, beliau diterima untuk belajar di Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir di mana beliau berjaya memperoleh ijazah Al-Ahliyah (sarjana muda) dan ijazah Al-‘Alamiyah (sarjana).[1]

Beliau ialan orang Singapura pertama yang mencapai peringkat Al-Alamiyah dari Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir.[1]

Pada 1968, Sanusi dilantik sebagai Mufti Negara Singapura pertama[3] yang juga Presiden Mahkamah Syariah, memegang kedua-duanya serentak. Pada 1972, beliau meletak jawatan Mufti.[2]

Beliau menulis banyak, antaranya "Kamus Istilah Islamiah Sanusi", "Taman Mu'minin" dan "Mengenal Islam dan Hubungannya Dengan Sains & Teknologi".

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meinggal dunia pada Ahad, 8 Oktober 1995 pada usia 86 tahun, meninggalkan enam anak lelaki dan dua anak perempuan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Mohamed Sanusi bin Mahmood | Singapore's Past Ulama" (dalam bahasa Inggeris). 2012-02-12. Dicapai pada 2023-12-10.
  2. ^ a b "Mufti Pertama Singapura Ternyata Keturunan Urang Banjar". Berita Banjarmasin | Situs Berita Data & Referensi Warga Banjarmasin. Dicapai pada 2023-12-10.
  3. ^ "Sambutan Maulidurasul Di Singapura Pada Zaman Dahulu". Nurfeed.com (dalam bahasa Inggeris). 2021-10-17. Dicapai pada 2023-12-10.