Scooter Braun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Scooter Braun
Scooter Braun headshot.jpg
Braun di atas pentas di Tech Crunch Disrupt pada 2010.
Latar belakang
Nama lahirScott Samuel Braun
Kelahiran (1981-06-18) 18 Jun 1981 (umur 38)
New York City, A.S.
Genre
Pekerjaan
  • Eksekutif hiburan
  • penerbit rakaman
  • Pengerusi Ithaca Ventures
  • Pemilik School Boy Records dan pemilik bersama Raymond-Braun Media Group
[1]
Tahun aktif2003–kini
Syarikat rakaman
  • Raymond-Braun Media Group
  • SB Projects
  • School Boy Records
Kegiatan berkaitan
Laman sesawang
scooterbraun.com

Scott Samuel "Scooter" Braun (lahir 18 Jun 1981) ialah seorang usahawan Amerika, pengurus bakat, pelabur, dermawan, dan eksekutif hiburan.[2][3][4][5] Pengasas syarikat hiburan dan media SB Projects, Braun mewakili antaranya Justin Bieber, Ariana Grande, Martin Garrix, Psy, Carly Rae Jepsen, Dan + Shay, Zac Brown Band, Kanye West, dan Tori Kelly.[6][7] Dia juga dicalonkan untuk Grammy award pada 2016. Braun ialah pengasas bersama studio filem komik, Mythos Studios, bersama penerbit Hollywood David Maisel.[8][9]

Braun telah disenaraikan dalam senarai Time 100 "individu paling berpengaruh di dunia" majalah Time pada 2013.[10] Pada tahun 2018, Braun menganjurkan bersama March for Our Lives, demonstrasi yang diketuai pelajar untuk menuntu undang-undang pemilikan senjata api yang lebih ketat yang dilaporkan USA Today sebagai protes satu hari terbesar dalam sejarah Washington, DC.[11]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Braun dilahirkan di New York City kepada pasangan Yahudi Konservatif,[12] Ervin dan Susan (sebelumnya Schlussel) Braun. Ibu bapa Ervin "berjaya melarikan diri daripada" Holocaust, dan tinggal di Hungary sehingga 1956. Sejurus sahaja Soviet Union campur tangan untuk menyekat Revolusi Hungary, mereka melarikan diri ke Amerika Syarikat. Ervin dibesarkan di Queens, dan menjadi seorang doktor gigi; Susan Schlussel Braun merpakan seorang pakar ortodontik. Selepas mereka berkahwin, mereka menetap di Greenwich, Connecticut.[13][14]

Braun mempunyai empat orang adik beradik: Liza, Cornelio, Sam, and Adam.[15] Adam Braun ialah pengasas Pencils of Promise, sebuah organisasi amal yang fokus pada pembinaan sekolah di negara-negara membangun.[13][16]

Braun membesar di Cos Cob, Connecticut dan memasuki Greenwich High School di mana beliau dilantik sebagai presiden kelas.[17] Beliau bermain bola keranjang dari umur 13 hingga 18 di Amateur Athletic Union bersama Connecticut Flame.[15][13] Apabila Braun berumur 17, ibu bapanya mengambil anak angkat Sam Mahanga dan Cornelio Giubunda, bekas ahli daripada pasukan junior kebangsaan Mozambique. Tanpa pasukan pada waktu itu kerana program bola keranjang telah berkurangan, Ervin Braun merekrut mereka untuk sebuah kejohanan all-star. Mahanga dan Giubunda menjadi bintang dalam pasukan bola keranjang Greenwich High walaupun diganggu peminat—pengalaman yang memberi kesan besar kepada Braun.[18] Semasa di Sekolah Tinggi Greenwich, Braun menyertai pertandingan dokumentari untuk National History Day dengan video 10 minit bertajuk Konflik Hungary mengenai orang Yahudi di Hungary sebelum, semasa, dan selepas Holocaust. Filem ini memenangi pertandingan wilayah dan negeri serta memenangi tempat ketiga keseluruhan.[13] Seorang ahli keluarga Braun menghantar filem ini kepada pejabat Steven Spielberg, yang kemudiannya menghantar video Braun kepada Muzium Memorial Holocaust Amerika Syarikat. Braun mengatakan sokongan Spielberg merupakan salah satu saat paling memberi inspirasi dalam hidup beliau.[13]

Braun melanjutkan pelajaran di Universiti Emory di Atlanta di mana beliau juga bermain bola keranjang kolej sehingga tahun kedua.[13] Selepas Dupri memintanya untuk menjadi ketua pemasaran di syarikat rakamannya, So So Def, Braun dikhabarkan berhenti universiti tanpa menamatkan pengajian.[18][19][20]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Braun memulakan kerjayanya dengan menganjurkan parti semasa belajar di Universiti Emory di Atlanta. Pada 2002, Braun diambil untuk merancang parti selepas majlis di setiap lima bandar dalam Anger Management Tour, menampilkan Ludacris dan Eminem.[17] Pelancaran dalam dunia hip-hop ini menemukan Braun dengan penerbit Jermaine Dupri, pengarah So So Def Records. Braun berumur 19 tahun pada waktu itu apabila Dupri meminta beliau menyertai So So Def dalam jawatan pemasaran, dan berumur 20 tahun apabila Dupri menamakan beliau sebagai pengarah eksekutif pemasaran So So Def.[21] Ketika masih dalam tahun kedua di Emory, Braun bekerja di So So Def dan menjalankan perniagaan promosi parti beliau. Beberapa acara terbesar beliau termasuklah parti untuk 2003 NBA All-Star Game dan parti selepas acara untuk Britney Spears' The Onyx Hotel Tour.[17] Braun meninggalkan So So Def untuk memulakan perusahaan sendiri termasuklah perniagaan pemasaran, syarikat rakaman, dan perwakilan artis.[18] Beliau memulakan perniagaan pemasaran dengan menyempurnakan pernjanjian kempen $12 juta di antara Ludacris dan Pontiac; video muzik untuk Ludacris' Two Miles an Hour yang menampilkan Pontiac sementara iklan Pontiac akan menampilkan lagu tersebut.[17]

Braun pertama kali bertemu Justin Bieber apabila beliau menonton Bieber yang berumur 12 tahun ketika itu di YouTube, menyanyikan lagu Ne-Yo. Braun menghubungi ibu Bieber, Pattie Mallette, yang bersetuju untuk membawa anaknya ke Atlanta untuk sesi percubaan tanpa perjanjian. Akhirnya, Braun berjaya meyakinkan mereka untuk berpindah dari Kanada ke Amerika Syarikat. Selepas kejayaan dalam talian, Braun mencadangkan Bieber kepada dua artis yang berjaya Usher dan Justin Timberlake; di mana kedua-duanya menunjukkan minat. Tidak lama kemudian, mento Usher, eksekutif muzik L. A. Reid, menandatangani Bieber Island Def Jam dalam perjanjian dengan Raymond-Braun Media Group.[22]

Filem dan televisyen[sunting | sunting sumber]

Braun menerbitkan Never Say Never, sebuah dokumentari mengenai Justin Bieber yang dilaporkan MTV pada 2011 sebagai "salah satu dokumentari muzik yang mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah box-office."[23] Anggaran belanjawan filem tersebut ialah $13 juta dan mendapat lebih $100 juta seluruh dunia sebagai dokumentari yang mencatatkan keuntungan tertinggi sehingga kini.[24] Braun juga merupakan penerbit eksekutif untuk siri televisyen Scorpion di CBS.[25] Percubaan pertama beliau dalam siri televisyen, Scorpion bersiaran selama empat musim dan mencatatkan 12 juta penonton dalam musim pertamanya pada tahun 2014.[26] Pada tahun 2018, Variety melaporkan studio televisyen FX membuat pesanan sebuah episod awal rancangan komedi yang belum bertajuk yang diterbitkan oleh Braun yang melibatkan pelakon Kevin Hart dan penyanyi rap [Lil Dicky]].[27]

SB Projects[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, Braun menubuhkan SB Projects, syarikat hiburan dan pemasaran perkhidmatan penuh yang melibatkan pelbagai perusahaan termasuklah Schoolboy Records, SB Management, dan Sheba Publishing, firma penulisan lagu.[28][29] Kumpulan ini juga melibatkan RBMG, usaha sama di antara Braun dan Usher. School Boy Records mempunyai perjanjian pengedaran muzik dengan Universal Music Group. Pada awal tahun 2013 Ariana Grande ditandatangani oleh pengurusan Scooter Braun dan pada tahun 2016, syarikat rakaman Grande, Republic Records mengesahkan Braun berperanan sebagai pengurus utama beliau dalam mengendalikan segala aspek kerjaya beliau.[4][30][31] SB Ventures juga mengendalikan kempen televisyen, penjenamaan, perjanjian perlesenan muzik, dan penajaan jelajah—termasuklah penajaan Calvin Klein untuk Justin Bieber bagi Purpose World Tour 2016-2017.[32] Syarikat ini juga membuat perjanjian di antara Kanye West dengan jenama kasut, Adidas.[33]

Ithaca Ventures, syarikat Braun yang melibatkan SB Projects, mendapatkan $120 juta pada 2010 untuk suntikan modal pelaburan dalam Uber, Spotify dan Editorialist.[34][35] Fortune melaporkan bahawa Ithaca ventures memiliki pegangan dalam tujuh syarikat pengurusan muzik terbesar dalam negara.[34] Saluran media melaporkan Ithaca, dengan $500 juta di bawah pengurusan sehingga 2018, akan menyuntik modal dalam GoodStory Entertainment, kerjasama di antara Braun dan eksekutif hiburan J.D. Roth, dalam pengambilalihan untuk filem tanpa skrip, acara siaran langsung dan filem dokumentari.[36][37]

Mythos Studios[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2018, New York Times melaporkan bahawa Braun telah menyertai David Maisel, pengerusi pengasas Marvel Studios, untuk membentuk Mythos Studios untuk menerbitkan francais filem komik dalam format aksi langsung dan animasi.[8][38][39]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Braun muncul pada kulit hadapan majalah Billboard dalam keluaran khas "Forty Under Forty" pada 11 Ogos 2012 bertajuk "Scooter Braun and Other Power Players on the Rise". Braun juga muncul dalam senarai Time 100 untuk tahun 2013.[40] Beliau juga muncul kali kedua pada kulit hadapan Billboard dalam keluaran pada 20 April 2013 bersama Guy Oseary dan Troy Carter.[41] Pada 2016 Scooter menang anugerah “Pengurus Bakat Terbaik” di “Anugerah Industri Muzik Antarabangsa” tahunan ke-3 yang dianugerahkan Shazam di MUSEXPO ke-12 di Los Angeles.[42] Pada 2017, Braun muncul pada kulit hadapan, majalah Variety bagi isu Hitmakers dan majalah Success bagi isu Gratitude.[43][44]

Pada tahun 2018, Braun diberikan Anugerah Kemanusiaan Memorial Harry Chaplin Music Biz 2018 atas kerja dermawan beliau pada tahun 2017.[45]

Kedermawanan[sunting | sunting sumber]

Braun terus terlibat dalam pelbagai badan amal termasuk Yayasan Keluarga Braun.[46][47] Kebanyakan artis yang ditandatangani Braun turut terlibat dalam pelbagai inisiatif dermawan. Braun sangat dikenali kerana menyokong Pencils of Promise, yang ditubuhkan oleh adik lelaki beliau, Adam Braun. Adik beliau mendapat inspirasi daripada pengalamannya bertanya kepada kanak-kanak di India mengenai apa yang diinginkannya; yang dijawab oleh kanak-kanak itu "sebatang pensel," yang mendorong Adam Braun untuk menubuhkan Pencils of Promise untuk membina sekolah di negara-negara membangun.[13] Braun dan Bieber telah membantu memberi sokongan kepada organisasi ini.[48] Badan amal ini telah membantu membina lebih daripada 200 sekolah di Asia, Afrika dan Amerika Latin.[49]. Billboard melaporkan sehingga 2017, Scooter Braun—bersama klien-klien dan syarikat beliau—telah menunaikan banyak harapan untuk Make-A-Wish berbanding organisasi lain dalam sejarah yayasan tersebut.[50] Scooter Braun dianugerahkan Anugerah Kemanusiaan di Billboard Touring Awards 2016 atas usaha dermawan beliau dalam Pencils of Promise, Make-A-Wish Foundation, dan Fuck Cancer.[51]

Pada tahun 2017, majalah Billboard menamakan Scooter Braun sebagai "perespons pantas" industri muzik apabila beliau menganjurkan dan menerbitkan konsert amal One Love Manchester dan telethon Hand in Hand: A Benefit for Hurricane Relief dalam beberapa bulan yang berturutan.[52] Pada Mac 2018, George Clooney, Braun dan pasukan beliau menganjurkan March for Our Lives, sebuah demonstrasi yang diketuai pelajar yang menuntut undang-undang pemilikan senjata api yang lebih ketat yang diadakan di Washington, DC. Vox melaporkan perarakan ini adalah yang terbesar dalam sejarah ibu negara itu semenjak Perang Vietnam.[53]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 2013, Braun mula berpacaran dengan aktivis kesihatan Kanada, dermawan, dan pengasas Fuck Cancer, Yael Cohen.[54] Pasangan ini berkahwin pada 6 Julai 2014 di Whistler, British Columbia.[55][56] Pada 6 Februari 2015, mereka mendapat anak sulung, Jagger Joseph Braun, di Los Angeles.[57][58] Mereka mendapat anak kedua, Levi Magnus Braun, pada 29 November 2016.[59] CNBC melaporkan bahawa Braun telah membuat beberapa pelaburan dalam syarikat startup termasuklah Uber, Lyft, Spotify, DropBox, Grab, dan Casper.[60]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SB Projects". ScooterBraun.com. Diarkibkan daripada asal pada August 22, 2012. Dicapai October 17, 2012. 
  2. ^ "Here's a Brand Name: Scooter Braun". Diarkibkan daripada yang asal pada December 26, 2015. Dicapai 4 June 2018. 
  3. ^ Herrera, Monica (March 19, 2010). "Justin Bieber – The Billboard Cover Story". Billboard. e5 Global Media. Diarkibkan daripada yang asal pada November 13, 2017. Dicapai May 6, 2011. 
  4. ^ a b Halperin, Shirley (September 23, 2016). "Ariana Grande Returns to Scooter Braun Management". Billboard. e5 Global Media. Diarkibkan daripada yang asal pada October 22, 2017. Dicapai September 23, 2016. 
  5. ^ "DJ Mag Top 100 DJs liveblog of Oct., 19th 2016". October 19, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2016. 
  6. ^ Benjamin, Jeff. "Psy Signs to Scooter Braun's Label, Will Appear at MTV VMAs". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada July 1, 2016. 
  7. ^ "DJ Mag's twitter feed status update announcing Martin Garrix as nr. 1 DJ". October 19, 2016. 
  8. ^ a b Coscarelli, Joe (2018-03-27). "A New Film Studio From the Moguls Behind Justin Bieber and Marvel". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai 2018-04-02. 
  9. ^ "Scooter Braun, David Maisel Form Mythos Studios". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada June 9, 2018. Dicapai 3 June 2018. 
  10. ^ "The 2013 TIME 100: Scooter Braun". Time magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada November 17, 2016. Dicapai 4 June 2018. 
  11. ^ "March for Our Lives could be the biggest single-day protest in D.C.'s history". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada June 9, 2018. Dicapai 4 June 2018. 
  12. ^ Lev, David. "Young Bieber Gets a Firsthand Lesson in Israeli Politics". Arutz 7. Diarkibkan daripada asal pada April 22, 2017. Dicapai January 7, 2015. 
  13. ^ a b c d e f g Hodenfield, Chris (December 2010). "Brains & Braun". Greenwich Magazine. Diarkibkan daripada asal pada May 3, 2012. Dicapai December 7, 2010. 
  14. ^ Schuster, Dana (August 15, 2010). "Bringing Up Bieber". New York Post. Dicapai January 11, 2011. 
  15. ^ a b "Liza Braun bio". goduke.com. October 29, 2009. Dicapai March 14, 2014. 
  16. ^ "Scooter Braun Confirms That Justin Bieber Says the Shema Before Every Show". January 17, 2012. Dicapai January 7, 2015. 
  17. ^ a b c d Ward, Coley (May 10, 2006). "Scooter Braun is the Hustla: How a white kid from the North became a power player in Atlanta hip-hop". clatl.com. Dicapai December 13, 2010. 
  18. ^ a b c Widdycombe, Lizzy (September 3, 2012). "Teen Titan". The New Yorker. Dicapai June 27, 2013. 
  19. ^ Jerusalem Post: "Braun and Brains Behind Bieber" by David Brinn and Amy Spiro May 14, 2013
  20. ^ Halperin, Shirley (November 22, 2010). "The Brains Behind Bieber: A Conversation with Scooter Braun". Hollywood Reporter. Dicapai December 12, 2010. 
  21. ^ Duffy, Thom (August 22, 2009). "30 Under Thirty 2009". Billboard. Nielsen Business Media. 121 (33): 23. ISSN 0006-2510. Dicapai May 11, 2015. 
  22. ^ Halperin, Shirley (February 9, 2011). "Justin Bieber Cover: The Team and Strategy Behind Making Him a Star". The Hollywood Reporter. Dicapai May 11, 2015. The resulting joint venture, which took six months to come together, is a straightforward 50-50 split between IDJ and the newly formed Raymond Braun Media Group. 
  23. ^ "JUSTIN BIEBER'S 'NEVER SAY NEVER' IS THIRD-HIGHEST-GROSSING DOCUMENTARY OF ALL TIME". MTV. Dicapai 15 June 2018. 
  24. ^ "Scooter Braun's Movie Business Expanding Well Beyond Justin Bieber". Variety magazine. Dicapai 15 June 2018. 
  25. ^ "Scooter Braun is best known for Bieber, but 'Scorpion' is his real breakout hit". Washington Post. Dicapai 4 June 2018. 
  26. ^ "Audience For CBS' Premiere of 'Scorpion' Tops 26 Million Via 35-Day Multi-Platform Viewing". Variety magazine. Dicapai 4 June 2018. 
  27. ^ "FX Orders Lil Dicky Comedy Pilot With Kevin Hart, Scooter Braun Producing". Variety. Dicapai 22 June 2018. 
  28. ^ "SB Projects - Music". scooterbraun.com. Dicapai May 11, 2015. 
  29. ^ La Puma, Joe (February 9, 2015). "No Ceilings: Inside Scooter Braun's Growing Empire". Complex. Dicapai May 11, 2015. 
  30. ^ "Don't blame Justin Bieber for Ariana Grande manager split". pagesix.com. February 13, 2016. Dicapai November 1, 2017. 
  31. ^ "EXCLUSIVE: The Real Reason Ariana Grande Fired Scooter Braun as Her Manager". yahoo.com. Dicapai November 1, 2017. 
  32. ^ "Meet the Six Key Execs Who Help Scooter Braun Care for Roster of Clients". Dicapai 4 June 2018. 
  33. ^ "Kanye West and Manager Scooter Braun Part Ways Professionally". Variety. Dicapai 22 June 2018. 
  34. ^ a b "Meet the Powerhouse Behind Justin Bieber's Success". Fortune magazine. Dicapai 15 June 2018. 
  35. ^ "Scooter Braun's Hit Factory". The Wall Street Journal. Dicapai 15 June 2018. 
  36. ^ "Scooter Braun Teams With JD Roth to Form Unscripted Content Studio". Variety magazine. Dicapai 15 June 2018. 
  37. ^ "Scooter Braun & JD Roth Launch Unscripted Content Studio GoodStory Entertainment". Deadline. Dicapai 26 June 2018. 
  38. ^ Ivie, Devon. "Justin Bieber's Manager Is Going to Make Marvel Superhero Movies". Vulture (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2018-04-02. 
  39. ^ "Justin Bieber's manager Scooter Braun is making comic book movies now - NME". NME (dalam bahasa Inggeris). 2018-03-28. Dicapai 2018-04-02. 
  40. ^ Katzenberg, Jeffrey (April 18, 2013). "Scooter Braun: The 100 Most Influential People in the World". Time100.time.com. Dicapai April 23, 2013. 
  41. ^ Hampp, Andrew (April 22, 2013). "How Guy Oseary, Scooter Braun and Troy Carter Are Finding the Rock Stars of Tech: Billboard Cover Story". Billboard. Dicapai April 23, 2013. 
  42. ^ "Award Winners Unveiled At The 3rd Annual 'International Music Industry Awards' At Musexpo L.A. In Partnership With Shazam". allaccess.com. Dicapai November 1, 2017. 
  43. ^ "The Secrets of Scooter Braun's Success: Compassion, Loyalty and a Golden Ear". Variety magazine. Dicapai 4 June 2018. 
  44. ^ "The Ripple Effects of Gratitude". Success magazine. Dicapai 4 June 2018. 
  45. ^ "Scooter Braun Urges Nashville to Join Gun Control Debate at Music Biz 2018: 'Get on the Right Side of History'". Billboard magazine. Dicapai 4 June 2018. 
  46. ^ "L.A. Clippers Foundation, Patrick Beverley and Braun Family Foundation renovate L.A. elementary school playground". National Basketball Association. Dicapai 3 June 2018. 
  47. ^ "How Ariana Grande's Manchester Benefit Came Together So Quickly". New York Times. Dicapai 3 June 2018. 
  48. ^ Halperin, Shirley (July 28, 2011). "Adam Braun on Pencils of Promise and How Justin Bieber Is 'Making the World Better". The Hollywood Reporter. Dicapai January 13, 2012. 
  49. ^ "Pencils Of Promise Founder Adam Braun On How Serving As A Mentor Is An Illuminating Gift". Forbes. Dicapai November 27, 2015. 
  50. ^ "Scooter Braun Receiving Humanitarian Award at Music Biz 2018". Billboard magazine. Dicapai 4 June 2018. 
  51. ^ "Scooter Braun on Karma & How His Wife's Work With Cancer Patients Keeps His Problems In Perspective". Billboard. Dicapai November 7, 2016. 
  52. ^ "Hurricane Telethon Highlights Scooter Braun's Other Job: Music's First Responder". Billboard magazine. Dicapai 4 June 2018. 
  53. ^ "It's official: March for Our Lives was one of the biggest youth protests since the Vietnam War". Vox. Dicapai 4 June 2018. 
  54. ^ Nessif, Bruna (January 6, 2014). "Justin Bieber's Manager Scooter Braun Engaged to Yael Cohen". E! Online. 
  55. ^ Lee, Esther (July 7, 2014). "Scooter Braun Marries Yael Cohen: Justin Bieber's Manager Wedding Pictures and Guest Details". Us Weekly. 
  56. ^ Malkin, Marc; Scarborough, Senta (July 7, 2014). "Justin Bieber's Manager Scooter Braun Marries Yael Cohen". E! Online. 
  57. ^ "Scooter Braun's Hit Factory". The Wall Street Journal. Dicapai 4 June 2018. 
  58. ^ Webber, Stephanie (February 7, 2015). "Scooter Braun, Justin Bieber's Manager, Welcomes First Child With Wife Yael Cohen". Us Weekly. 
  59. ^ "Scooter Braun Welcomes Baby Boy With Wife Yael -- Find Out His Cute Name!". Entertainment Tonight. Dicapai 4 June 2018. 
  60. ^ "An investor behind Justin Bieber and Uber reveals what makes a great entrepreneur". CNBC. Dicapai 22 June 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]