Segan Filipina (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Segan Filipina
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Podargiformes
Keluarga: Podargidae
Genus: Batrachostomus
Spesies:
B. septimus
Nama binomial
Batrachostomus septimus
Tweeddale, 1877

Burung segan Filipina (Batrachostomus septimus) ialah burung nokturnal yang boleh ditemui di sepanjang kepulauan Filipina. Ia biasa ditemui di hutan tanah rendah dan hutan pertumbuhan kedua yang matang. Maklumat tentang spesies tersebut kurang. Ia memakan belalang, cengkerik, reriang, dan kumbang.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Seperti semua burung segan, segan Filipina mempunyai mata yang besar untuk penglihatan malam yang lebih baik, paruh besar yang rata untuk menangkap serangga, dan bulu samar yang membolehkannya menyamar semasa bertengger pada siang hari. Ia adalah satu-satunya spesies burung segan yang ditemui di Filipina, dan boleh dikelirukan dengan tukang Filipina, yang walaupun bentuknya serupa mempunyai buluan yang sangat berbeza.

Batrachostomus septimus (Philippine Frogmouth)
Lukisan segan Filipina (Batrachostomus septimus) oleh Joseph Smit

Segan Filipina ialah burung segan bersaiz sederhana, iaitu panjang 24–26 cm, dengan dua bentuk warna (dan fasa perantaraan); satu ialah berangan kemerahan dengan warna tanah kemerahan pekat, satu lagi perang cair dengan kuning pucat dan sorotan hitam.[2] Kedua-dua bentuk warna mempunyai tiga jalur kuning pucat cair atau putih yang berbeza; satu di leher belakangnya, satu di bahagian bawah leher depannya, dan satu di sekitar bahagian bawah dada. Ia mempunyai iris jingga kuning dan kaki serta paruh perang. Walaupun jantan dan betina mempunyai rupa yang mirip, betina biasanya lebih gelap dan ringkas bentuk corak bulunya.[3]

Taburan dan Habitat[sunting | sunting sumber]

Segan Filipina ialah burung yang hidup setempat, endemik di Filipina, dan taburannya meluas dalam kepulauan tersebut, walaupun diperhati tiada di Palawan. Walaupun jarang berlaku, terdapat penampakan di India dan Australia. Ia dianggap boleh ditemui di tanah pamah dan hutan pertumbuhan kedua mematang (tetapi belum matang penuh), tetapi habitatnya tidak diketahui secara terperinci kerana ia hanya giat pada waktu malam dan tidak berlagu atau mempunyai panggilan yang kuat.[4][3]

Tingkah Laku dan Ekologi[sunting | sunting sumber]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sarangnya dibina daripada dahan melintang yang diletakkan 2–5 m atas dari tanah. Ia diperbuat daripada bulu gebu induk yang diperkukuhkan menggunakan sutera labah-labah, lumut, dan kulampair. Betina hanya bertelur sebiji setiap musim. Jantan mengeram telur pada siang hari dan betina pada waktu malam.

Diet dan Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Segan Filipina boleh menyesuaikan diri dan memakan serangga besar, seperti belalang, reriang, cengkerik, dan kumbang. Ia mendapat makanan dengan menunggu di dahan rendah dan menyerang apabila melihat serangga bergerak di bawah.[4] Seperti spesies lain dalam genus Batrachostomus, segan Filipina mempunyai bulu kejur memanjang di sekeliling pangkal paruh mereka, dipercayai melindungi mata mereka daripada mangsa. [5]

Vokalisasi[sunting | sunting sumber]

Panggilan jantan ialah tubian bunyi wah, was, wam, atau gaw yang rendah dan dalam, ataupun kericau pendek.[3] Panggilan betina lebih kuat, bunyi rengek pendek dengan rani menurun. Kedua-dua jantina mempunyai panggilan geram kasar yang diulang beberapa kali seminit, dan jeritan kasar seperti staccato yang dipercayai sebagai panggilan gera.[6]

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Segan Filipina kini disenaraikan sebagai spesies yang kurang membimbangkan oleh IUCN pada 2012, walaupun dipercayai populasinya semakin berkurangan akibat kemusnahan habitat. Penyenaraian ini disebabkan julat yang besar, kadar penurunan yang tidak mencapai ambang untuk layak sebagai spesies yang terjejas, dan walaupun saiz populasi belum dikira secara rasmi, ia dipercayai melebihi ambang untuk dianggap terjejas berdasarkan kriteria saiz populasi.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b BirdLife International (2016). "Batrachostomus septimus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22689597A93238772. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22689597A93238772.en. Dicapai pada 13 November 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "iucn status 13 November 2021" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ "Philippine Frogmouth (Batrachostomus septimus) – Planet of Birds". www.planetofbirds.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-14. Dicapai pada 2018-03-13.
  3. ^ a b c Nigel, Cleere (2010-08-30). Nightjars : a guide to nightjars and related birds. Nurney, David. London. ISBN 978-1408135471. OCLC 727647954.
  4. ^ a b Heaney, Lawrence (11 May 2004). "Philippine Deforestation". The Field Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2006. Dicapai pada 11 March 2018.
  5. ^ Firefly encyclopedia of birds. Perrins, Christopher M. Buffalo, N.Y.: Firefly Books. 2003. ISBN 1552977773. OCLC 51922852.CS1 maint: others (link)
  6. ^ A guide to the birds of the Philippines. Kennedy, Robert S. Oxford: Oxford University Press. 2000. ISBN 0198546688. OCLC 43936896.CS1 maint: others (link)