Belalang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Belalang
Julat zaman: Permian Akhir - Kini
Young grasshopper on grass stalk02.jpg
Belalang muda
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Caelifera

Ander, 1939
Superfamili

Belalang (Jawi: بلالڠ) adalah serangga dalam suborder Caelifera dalam susunan Orthoptera.[1] Ia kadang kala digelar sebagai "belalang sesungut pendek" bagi membezakannya dengan belalang daun yang hampir serupa.

Serangga jenis ini mempunyai kaki belakang kuat untuk melompat. Ia juga tidak menjalani metamorfosis sempurna di mana anak belalang (nimfa) yang menetas dari telur menyalin kulit sebanyak lima kali untuk mencapai tahap dewasanya. Ia pemakan daun rumput. Malahan, ada beberapa spesies belalang termasuk belalang juta yang boleh mendatangkan kerosakan secara berkawanan kepada hasil tanaman bijirin, sayur dan padang ragut.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Sejenis serangga berwarna hijau, berkepak dan berkaki panjang yang senang didapati di celahan pokok ataupun rumput. Terdapat beberapa jenis belalang, antaranya belalang kacung, mentadak-mentadu, cengkadak, belalang kunyit, belalang hijau dan lain-lain. Ada juga jenisan belalang yang dimakan oleh suku kaum tertentu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rowell, Hugh; Flook, Paul (2001). "Caelifera: Shorthorned Grasshoppers, Locusts and Relatives". Tree of Life web project. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2015. Dicapai pada 3 April 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]