Pergi ke kandungan

Segan Sumatera (burung)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Segan Sumatera
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Podargiformes
Keluarga: Podargidae
Genus: Batrachostomus
Spesies:
B. poliolophus
Nama binomial
Batrachostomus poliolophus
Hartert, 1892

Burung segan Sumatera (Batrachostomus poliolophus) ialah burung nokturnal dalam keluarga Podargidae. Ia adalah endemik di Sumatera, Indonesia.[2]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Segan Sumatera mempunyai paruh yang besar dan melengkung dengan warna perang muda hingga kuning jerami. Mukanya dihiasi dengan bulu kejur, terutamanya di dahi dan bulu susup telinga.[3] Ia boleh dibezakan daripada segan lain melalui ekornya, yang jauh lebih pendek berbanding sayapnya.[4] Ia dwibentuk secara seksual. Jantan kebanyakannya berwarna perang gelap kusam dengan beberapa bintik hitam dan mempunyai bulu leher putih hingga pucat. Bahagian bawahnya berwarna perang muda dengan sorot hitam. Corak tompok-tompok putih kuning menutupi leher depan, kadang-kadang memanjang ke dada dan perut. Buluan betina kebanyakannya berwarna perang kemerah-merahan dengan sorotan hitam samar. Tidak seperti jantan, bahagian bawah betina umumnya mempunyai warna yang serupa dengan sayapnya. Bulu susup besar dan bahagian atas dada kadangkala bertompok-tompok putih. Corak pada leher betina berlain-lainan, tetapi secara amnya serupa dengan jantan.[3]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Spesies ini adalah salah satu daripada dua belas yang lain dalam genusnya. Genus Batrachostomus adalah salah satu daripada tiga dalam keluarga frogmouth (Podargidae). Nama genus berasal dari bahasa Yunani untuk katak (batrakhos) dan mulut (stoma). Poliolophus ialah bahasa Yunani untuk "jambul kelabu".[5]

Segan Borneo pernah dianggap sebagai subspesies segan Sumatera.[3]

Habitat dan Taburan[sunting | sunting sumber]

Spesies tersebut berasal dari pergunungan Barisan di Sumatera.[2] Ia diketahui mendiami hutan tropika tanah rendah dan pergunungan dengan ketinggian antara 600 hingga 1200 meter.[3]

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana jarang ditemui dan sifat nokturnalnya, penerbitan pemerhatian tingkah laku spesies tersebut sangatlah sedikit.

Vokalisasi[sunting | sunting sumber]

Seruan spesies tersebut telah digambarkan sebagai siulan beralun disertai dengan 5-7 bunyi (“wa”) dengan rani menurun. Seruan lain termasuklah bunyi “weeeow” yang berulang dan goyah, serta bunyi siul nada tinggi yang berulang (“tsiutsiu”).[3] Sesetengah sumber menerangkan seruan ini mempunyai sifat mirip bunyi semput atau asma.[4]

Diet[sunting | sunting sumber]

Spesies tersebut diketahui memakan serangga seperti cengkerik dan kumbang kecil.[3]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sarang segan Sumatera digambarkan kecil berbanding saiz burung dewasanya. Bahan utama yang digunakan dalam pembinaan sarang ialah bulu gebu induk, serta bahan organik seperti kulampair atau lumut. Sangkaknya terdiri daripada telur putih tunggal berbentuk bujur.[3] Spesies tersebut mempunyai masa penjanaan selama 7.5 tahun.[2]

Ancaman dan Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Segan Sumatera disenaraikan sebagai Hampir Terancam menurut IUCN. Walaupun populasi global belum lagi diukur, ia disyaki menurun pada kadar yang sederhana. Ancaman utama spesies tersebut ialah kehilangan habitat yang disebabkan oleh penebangan hutan tanah pamah di Sumatera. Perkara ini tidak menjadi isu dalam hutan pergunungan yang mempunyai ketinggian yang lebih tinggi yang membentuk sebahagian daripada habitatnya.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BirdLife International. (2017). "Batrachostomus poliolophus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T22689610A110295036. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-1.RLTS.T22689610A110295036.en. Dicapai pada 26 March 2021. Unknown parameter |amends= ignored (bantuan)
  2. ^ a b c d International), BirdLife International (BirdLife (2016-10-01). "IUCN Red List of Threatened Species: Batrachostomus poliolophus". IUCN Red List of Threatened Species. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b c d e f g Thomas), Holyoak, D. T. (David (2001). Nightjars and allies : the Caprimulgiformes. Oxford University Press. ISBN 0-19-854987-3. OCLC 52264568. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ a b 1918-, Marshall, Joe Truesdell (1978), Systematics of smaller Asian night birds based on voice, University of South Florida, OCLC 4040826, dicapai pada 2021-11-13CS1 maint: numeric names: authors list (link) Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ Holyoak, David T.; Garcia, Ernest (2020-03-04). "Sumatran Frogmouth (Batrachostomus poliolophus)". Birds of the World (dalam bahasa Inggeris).