Sejarah kereta kebal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kereta kebal Mark I British beraksi pada 26 September 1916 (bergerak dari kiri ke kanan). Gambar oleh Ernest Brooks.

Sejarah kereta kebal bermula semasa Perang Dunia Pertama, apabila kenderaan tempur semua-permukaan muka bumi pertama kali digunakan sebagai penyelesaian kepada masalah menangani peperangan kubu parit, membawa masuk era peperangan berjentera yang baru. SUngguhpun, pada mulanya tidak matang dan tidak boleh diharapkan, kereta kebal akhirnya membentuk tulang belakang tentera darat. Menjelang Perang Dunia Kedua, reka bentuk kereta kebal telah maju dengan ketara, dan kereta kebal telah mula digunakan dalam bilangan yang besar di kesemua medan perang. Perang Dingin memperlihatkan kebangkitan doktrin kereta kebal moden dan kebangkitan kereta kebal pertempuran utama pelbagai guna. Kereta kebal masih membentuk tulang belakang bagi operasi pertempuran darat pada abad ke-21.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Perang Dunia Pertama menghasilkan permintaan bagi senjata perisai bergerak sendiri yang boleh mengemudi apa-apa jenis bentuk muka bumi, yang membawa kepada pembangunan kereta kebal. Kelemahan besar kereta kebal terdahulu, iaitu kereta perisai , adalah bahawa ia memerlukan kawasan permukaan muka bumi yang bata untuk bergerak, dan perkembangan baru diperlukan bagi keupayaan merentas desa. [1] :35

Kereta kebal pada asalnya direka sebagai senjata khas untuk menyelesaikan keadaan taktikal yang luar biasa: iaitu kebuntuan di medan pertempuran di Barisan Barat. "Ia merupakan satu senjata yang direka untuk satu tugas yang mudah: menyeberangi zon pembunuhan. antara garis perparitan dan menembusi masuk garisan pertahanan musuh."[2] Kereta kebal berperisai bertujuan untuk terselamat dari bedilan meriam dan tembakan mesin-gun, dan melepasi melalui kawat berduri dengan cara yang unit infantri tidak mampu melakukannya, sekali gus membolehkan kebuntuan untuk dileraikan.

Tidak ramai menyedari semasa Perang Dunia I bahawa cara untuk kembali pada pergerakan dan tindakan kejutan semasa pertempuran telah hadir dalam peranti yang ditakdirkan untuk merevolusikan peperangan di darat dan di udara. Ini adalah enjin pembakaran dalaman, yang telah membolehkan pembangunan kereta kebal dan akhirnya akan membawa kepada daya mekanikal yang akan mengambil alih peranan lama kuda dan melonggarkan cengkaman mesin-gun di medan perang. Dengan meningkat senjata api dan perlindungan, kuasa mekanikal ini hanya kira-kira 20 tahun kemudian, menjadi perisai Perang Dunia II. Apabila merima bergerak sendiri, kenderaan pembawa anggota berperisai, kenderaan kargo beroda, dan penerbangan sokongan - kesemuanya dengan sistem komunikasi yang mencukupi - telah digabungkan untuk membentuk division berperisai moden, komander memperolehi kembali keupayaan pergerakan.

Banyak konsep kenderaan berperisai pelbagai muka bumi telah dibayangkan buat masa yang lama. Dengan kehadiran peperangan parit semasa Perang Dunia Pertama, pembangunan kereta kebal sebahagian besarnya selari dan bertepatan pada masanya oleh pihak Bersekutu Perancis dan British.[3]


Konsep awal[sunting | sunting sumber]

Model cadangan kenderaan Leonardo.

Antara konsep terawal dalam rekod sejarah termasuk lakaran Leonardo da Vinci pada akhir kurun ke-15 mengenai apa yang digelar oleh sesetengah orang sebagai "kereta kebal"; kenderaan beroda, kuasa insani dikelilingi perisai, dengan meriam disekelilingnya.[4] Bagaimanapun, krewnya tidak mungkin memiliki cukup kuasa bagi menggerakkannya pada jarak jauh dan penggunaan haiwan adalah bermasalah dalam ruang yang begitu sempit.

Projek Levavasseur menggambarkan kenderaan berperisai bertrek merangkak yang dilengkapi dengan artileri seawal 1903.[5] :65[6] :101

Pada tahun 1903, seorang kapten Perancis, Levavasseur mencadangkan projek Levavasseur, meriam gerak sendiri yang bergerak menggunakan sistem trek dan berperisai sebagai perlindungan.[5] :65[6] :99–100 Menggunakan enjin petrol 80 kuasa kuada, "mesin Levavasseur akan memiliki tioga orang krew, simpanan bagi amunisi, dan keupayaan merentas desa",[7] :65 tetapi daya maju projek tersebit dipertikai oleh Jawtan Kuasa Teknikal Artileri, sehingga ia dibatalkan secara rasmi pada tahun 1908 apabila ia diketahui bahawa trektor katerpilar telah dibangunkan, Hornsby oleh jurutera David Roberts.[6] :99–100

Gambaran 1904 mengenai Bersarung Besi Darat 'H.G. Wells' Disember 1903, menunjukkan kenderaan darat bersarung besi besar, dilengkapi dengan roda pedrail.

H. G. Wells, dalam cerita pendeknya Bersarung besi Darat, diterbitkan dalam Majalah The Strand pada Disember 1903, telah menggambarkan kegunaan kenderaan besar, berperisai berkemampuan merentas desa, bersenjatakan meriam dan mesingan, dan dilengkapi dengan roda pedrail (satu ciptaan yang diakuinya sebagai sumber inspirasinya),[8] bagi memecah sistem kubu perparitan, mengganggu pertahanan dan membuka jalan bagi kemaraan infantri:

"Mereka pada asasnya kerangka besi yang panjang, sempit, dan sungguh kuat, dan bergerak menggunakan lapan pasang roda pedrail besar, setiap satu keratan rentas sekitar sepuluh kaki, setiap satu memiliki roda pandu dan diletakkan pada gandar panjang bebas untuk berputar pada paksai yang sama. Aturan ini memberikan ia kesesuaian yang maksima pada bentuk muka bumi permukaantanah. Mereka bergerak sepanjang tanah dengan satu roda di atas busut dan satu lagi jauh kedalam alur, dan ia mampu tegak dan sisi stabil walaupun di lereng bukit yang curam."[9]

Sekitar lapan tahun kemudiannya, pada 1911, dua rekabentuk kereta kebal pratikal dibangunkan secara bebas oleh pegawai kejuruteraan Austrian Günther Burstyn dan jurutera awam Australia, Lancelot de Mole, tetapi keduanya ditolak oleh pentadbir kerajaan.

Nota[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gudmundsson, Bruce I. (2004). On Armor. Greenwood Publishing Group. ISBN 0-275-95019-0. 
  2. ^ Williamson Murray, "Armored Warfare: The British, French, and German Experiences," in Murray, Williamson; Millet, Allan R, ed. (1996). Military Innovation in the Interwar Period. New York: Cambridge University Press. p. 6. ISBN 0-521-63760-0. 
  3. ^ Collision of empires Arnold D. Harvey p.381
  4. ^ The Art of War: Leonardo's War Machines Templat:Self-published inline[pautan putus]
  5. ^ a b Fletcher, David; Crow, Duncan; Duncan, Maj Gen NW (1970). Armoured Fighting Vehicles of the World: AFVs of World War One. Cannon Books. ISBN 1-899695-02-8. 
  6. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan gougaud tidak disediakan
  7. ^ Fletcher, David (January 1, 1970). Armoured Fighting Vehicles in Profile Volume I AFV's in World War One. Profile Publications. ASIN B002MQY6BE. 
  8. ^ Wells, HG (1917). "V. Tanks". War and the Future. Cassell & Co. 
  9. ^ Wells, HG (December 1903). The Land Ironclads. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Achtung Panzer – The history of tanks and people of the Panzertruppe.
  • OnWar's Second World War Armour
  • Peter Wollen: Tankishness London Review of Books Vol. 22 No. 22, 16 November 2000. (A review of the book Tank: The Progress of a Monstrous War Machine by Patrick Wright, covering in detail some topics like the development of the first tank in Britain or the influence of the tank in culture)