H. G. Wells

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
H. G. Wells
Fotograf diambil oleh George Charles Beresford, 1920
Info kelahiranHerbert George Wells
(1866-09-21)21 September 1866
Bromley, Kent, England
Kematian13 Ogos 1946(1946-08-13) (umur 79)
Regent's Park, London, England
PekerjaanPenulis novel, guru, sejarawan, wartawan
Pusat pendidikanRoyal College of Science (Imperial College London)
GenreCereka sains
SubjekWorld history, progress
Pencapaian ketara
PasanganIsabel Mary Wells
(1891–1894, divorced)
Amy Catherine Robbins (1895–1927, her death)
AnakGeorge Phillip Wells (1901–1985)
Frank Richard Wells (1903–1982)
Anna-Jane Kennard (1909–2010[1][2])
Anthony West (1914–1987)
SaudaraJoseph Wells (ayah)
Sarah Neal (ibu)


Herbert George Wells[3][4] (21 September 1866 – 13 Ogos 1946) —disingkatkan sebagai H. G. Wells— merupakan seorang penulis berbangsa Inggeris.

Beliau selain Jules Verne dianggap sebagai pelopor kepada genre cereka sains jenis moden yag diketahui kini.[5][6][a]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Herbert lahir di in Bromley, Kent[7] pada 21 September 1866.[8] Beliau anak bongsu dalam empat adik beradik kepada Joseph Wells, seorang pemain kriket sambilan untuk kaunti Kent[9] dan Sarah Neill, bekas pembantu rumah; mereka menguruskan sebuah kedai barangan tembikar, namun mereka tetap miskin kerana kurangnya untung.[10] Suatu kemalangan ketika bermain kriket sehingga menyebbakan pahanya patah memaksa ayahnya berhenti, lalu kesemua anaknya digesa mengambil pekerjaan demi menyara hidup masing-masing.

Jiwa Herbert sering merasa bermasalah akibat perkahwinan ibu bapa Herbert yang kucar-kacir berikutan perbezaan agama mereka - ibunya Sarah seorang penganut mazhab Protestan manakala ayahnya Joseph seorang pemikir bebas (freethinker). Perkara ini memburuk apabila ibunya kembali bekerja sebagai seorang pembantu rumah di Uppark, Sussex dengan syarat dia tidak dibenarkan berkongsi kediaman dengan ahli keluarga lain, maka dia hidup terpisah daripada Joseph dan anak-anak mereka, namun mereka masih setia kepada satu sama lain.

Rasa keberasingan serta hubungan kekluargaan yang agak renggang ini amat menggangu perasaannya sehingga menjejaskan pekerjaan sambilan Herbert: beliau bekerja sebagai seorang pedagang kain langsir serba daif di Southsea Drapery Emporium, Hyde's,[11][12] Windsor dari tahun 1880 sehingga dia dipecat tuannya pada 1883.[10] Beliau kemudian menjadi pembantu seorang ahli kimia dan dia menjadi penjaga pintu di Midhurst Grammar School.[10] Beliau sering ke perpustakaan di Uppark sebagai melarikan diri dari kesusahan hidup bekerja sambil dia menelaah banyak buku sastera klasik dari nukilan Plato sampai ke Thomas More dan Daniel Defoe.[13] Di sinilah minatnya kepada penulisan mula berputik.

Saat umurnya mencapai usia 18 tahun, Wells memperoleh biasiswa meneruskan pengajiannya dalam bidang biologi di Normal School of Science (kemudian disebut Royal College) di Kensington Selatan, London.[10] Wells lulus dari Universiti London tahun 1888.[10]

Kerjaya perguruan[sunting | sunting sumber]

Kerjaya penulisan, kemasyhuran[sunting | sunting sumber]

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Gaya penulisan[sunting | sunting sumber]

Karya nukilannya berkencerungan ke arah idea utopia dan futurisme dengan banyak penggambaran teknologi yang mirip barang sedi ada pada zaman kini termasuk dalam bidang pengangkutan, peperangan jelajah angkasa dan komunikasi sejauh konsep seakan Jaringan Sejagat sekalipun.[14] Beliau mendapat jolokan "Shakespeare cereka sains" atas peloporan idea-idea baharu ini.[15]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Cereka[sunting | sunting sumber]

Bukan cereka[sunting | sunting sumber]

  • Mankind in the Making (1903)
  • The Future in America (1906)
  • This Misery of Boots (1907)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lost daughter of Wells' passion. (writer H.G. Wells) – Version details – Trove". Trove.nla.gov.au. 1996-08-11. Dicapai 2014-03-25. 
  2. ^ "Death Notice Summaries Available for Listings at A Memory Tree". Amemorytree.co.nz. Dicapai 2014-03-25. 
  3. ^ "Wells, H. G.". Dikemaskini 20 Mei 2015. The Encyclopedia of Science Fiction (sf-encyclopedia.com). Retrieved 2015-08-22. Masukan oleh John Clute & Brian Stableford.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Parrinder tidak disediakan
  5. ^ Adam Charles Roberts (2000), "The History of Science Fiction": Page 48 in Science Fiction, Routledge, ISBN 0-415-19204-8.
  6. ^ Siegel, Mark Richard (1988). Hugo Gernsback, Father of Modern Science Fiction: With Essays on Frank Herbert and Bram Stoker. Borgo Pr. ISBN 0-89370-174-2. 
  7. ^ Wells, H. G. (2005) [1905]. Claeys, Gregory; Parrinder, Patrick, para penyunting. A Modern Utopia. Gregory Claeys, Francis Wheen, Andy Sawyer. Penguin Classics. ISBN 978-0-14-144112-2. 
  8. ^ Parrinder, Patrick (2004). Oxford Dictionary of National Biography. Oxford University Press. 
  9. ^ Smith, David C. (1986) H. G. Wells: Desperately mortal. A biography. Yale University Press, New Haven and London ISBN 0-300-03672-8
  10. ^ a b c d e "H.G. Wells". Encyclopedia Britannica. Dicapai 15 Jun 2014. 
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GHW1925 tidak disediakan
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Francis tidak disediakan
  13. ^ Pilkington, Ace G. (2017). Science Fiction and Futurism: Their Terms and Ideas. McFarland. m/s. 137. 
  14. ^ "HG Wells: A visionary who should be remembered for his social predictions, not just his scientific ones". The Independent. 9 October 2017. 
  15. ^ Wagar, W. Warren (2004). H. G. Wells: Traversing Time. Wesleyan University Press. m/s. 7. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan