Sekam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sekam padi yang dipisahkan dari beras

Sekam adalah bahagian bulir bijirin berupa butiran kulit kering dan bersisik yang melindungi bahagian dalam (endospermium dan embrio).[1]

Ia tidak dapat dimakan[2] dan diasingkan dari bijirin yang ditumbuk tampi sebagai sisa pertanian, namun ia boleh digunakan dalam pelbagai fungsi lain.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Anatomi[sunting | sunting sumber]

Spikelet (bunga padi-padian) sejenis gandum yang disebut einkorn.

Sekam terbentuk dari daun kudup yang mengelilingi biji benih utama tumbuhan rumput iaitu gluma (mirip duri kecil di bahagian pangkal), palea (bahagian penutup yang kecil) dan lemma (bahagian penutup yang besar dan kadangkala berbulu). Jenis-jenis primitif padi, gandum, serta beberapa bijian lainnya cenderung tertutup rapat oleh sekam,[3] namun banyak kultivar modern gandum dan padi memiliki sekam yang mudah lepas atau mudah dipecah ketika digiling.

Sekam tidak sama dengan dedak: dedak termasuk bahagian dari endospermium dan terbentuk dari lapisan aleuron dan perikarp yang melekat.

Pengasingan dari bijrin[sunting | sunting sumber]

Isi bijirin baik padi, gandum atau seumpamanya diperolehi setelah ia ditumbuk - ia dahulu menggunakan alat berupa alu dan lesung namun bijirin kini lebih digiling untuk mendapatkan hasil sama.

Penggilingan atau penumbukan akan menghasilkan beras yang masih tercampur dengan sisa-sisa sekam atau pengotor lainnya. Tahap pembersihan berikutnya adalah pengayakan atau penampian: bijirin tertumbuk secara tradisional dilambung-lambung ke udara sehingga bahagian yang lebih berat terpisah dari bahagian sekam tertanggal yang ringan dan ditiup angin ini lalu terbuang.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Ia sangat higroskopik yakni mudah menyerap cecair atau kelembaban, lalu menjadi ia bahan ideal sebagai alas kandang. Ia juga digunakan sebagai campuran pakan haiwan ternakan.

Selain itu, sekam dapat dibakar di ladang untuk dicampurkan bersama tanah sebagai bahan penyubur, ia juga dijadikan teknik hidroponik murah kerana sifat arang sekam yang mampu menahan tanaman. Sekam diperlukan untuk keperluan penanaman ulang tanaman ini. Bulir tanpa sekam (disebut beras untuk padi) tidak dapat digunakan sebagai bahan tanam, kecuali pada kultivar tanpa sekam.

Terdapat juga pengembangan terhadap pemergunaan semula sekam sebagai bahan mentah menghasilkan polimer plastik yang lebih mesra alam.[4]

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "sekam". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ Rosanti, Rosanti (2016, 1-12). "Pertumbuhan Dan Produksi Kacang Kedelai (Glycine Max (L) Merril) Dengan Pemberian Sekam Padi Dan Pupuk Hormon Tanaman Unggul (Hantu)". Agrotekma. 1 (1): 49–55. doi:10.31289/agr.v1i1.1105. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Potts, D. T. (1996) Mesopotamia Civilization: The Material Foundations Cornell University Press. p. 62. ISBN 0-8014-3339-8.
  4. ^ Mohd Sabran Md Sani (28 Oktober 2014). "Plastik nanokomposit sebagai bekas makanan". Harian Metro.