Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tit Bin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tit Bin
Lokasi
 Malaysia Pantai Remis, 34900, Pantai Remis,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6056771626
Kod sekolahABC1069
Faks6056771626


Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tit Bin atau nama ringkasnya SJK(C) Tit Bin, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Pantai Remis.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tit Bin memiliki 534 pelajar lelaki dan 556 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1090 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengertian Tit Bin sebenarnya berasal dari nama tempat Teluk Sera (nama lama Pantai Remis). Sekolah ini terletak di Pantai Remis, Dinding, Perak. Pada tahun 1958, sekolah ini menerima bantuan penuh kerajaan, maka dipanggil Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tit Bin. Perubahan ini untuk memenuhi dasar pelajaran negara kita.

2 Disember 1923
SJKC Tit Bin mula dibuka. Murid pada masa itu lebih kurang 20 orang dan gurunya ialah Encik Teh Seng Ming. Bilik darjahnya adalah sebuah pondok berbumbung atap sahaja.

1930
Dua orang adik-beradik Encik Tan Teong Kung dan Encik Tan Teong Ban menderma sebidang tanah kepada sekolah ini sebagai tapak sekolah. Dengan kerjasama penduduk-penduduk di sini, sebuah bilik guru besar, bilik guru dan 3 buah bilik darjah telah didirikan. Bilangan murid bertambah sehingga 100 lebih.

1930-1939
Orang yang amat berjasa kepada sekolah ini iaitu En Teoh Kean Hoi, En Ang Kok Thong, En Tan Chin Tit, En Tiah Siang Hock, En Tan Ling Tooi, En Lee Piong Tat dan lain-lain lagi telah mengetuai kempen menderma tabung pembinaan sekolah ini.

1940 – 1944
Sekolah ini ditutup sementara kerana pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

6 November 1945
Sekolah ini dibuka semula. Jumlah gurunya seramai 6 orang. Tarikh ini telah dicatatkan sebagai tarikh Hari Ulang Tahun sekolah ini.

1950
Pihak sekolah telah melantik En Tan Tee Leng sebagai guru besar. Gurunya 12 orang dan muridnya lebih 400 orang.

1951 – 1954
Bilangan murid makin bertambah dan bilik darjah tidak mencukupi untuk menampung semua murid. Satu badan yang dinamakan “Badan Kumpulan Wang Sekolah” telah bertanggungjawab mengutip derma untuk membina bilik darjah. Antara mereka yang telah banyak menyumbang tenaga dan masa kepada sekolah ialah En Chuah Yew Phong, En Lim Teik Seng, En Lim Yew Hui, En Goh Seng Heng dan lain-lain lagi. Dengan usaha mereka banyak wang telah dapat dikutip dan beberapa buah bilik darjah yang luas telah dapat dibina serentak. Pada tahun 1954, En Wang Jing Pook dilantik oleh Lembaga Pengurus Sekolah sebagai guru besar dan En Tan Tee Leng sebagai penyelia. Jumlah guru pada masa itu seramai 13 orang dan murid seramai 500 orang.

6 November 1954
Perasmian bangunan baru. Ramai tetamu terhormat telah dijemput untuk menyaksikan perasmian ini. Antaranya ialah En Leong Tak Kwong, En Chong Sam, Guru-guru Besar sekolah lain serta ketua-ketua kaum Melayu, India dan lain-lain.

1957
En Tan Cheng Hai dilantik oleh Lembaga Pengurus Sekolah sebagai guru besar. Guru bertambah menjadi 15 orang dan murid lebih 600 orang, iaitu 465 orang sesi pagi dan 200 orang sesi petang.

1959
Jawatan guru besar masih dipegang oleh En Tan Cheng Hai. Guru pada masa itu bertambah menjadi 27 orang dan murid seramai 892 orang. 463 orang sesi pagi dan 429 sesi petang. Pada bulan November, Kementerian Pelajaran telah memberi bantuan wang sebanyak RM 4,100.00 untuk membina sebuah bilik darjah dengan kelengkapan kerusi meja. Sebuah lagi bilik darjah pula dibina dengan menggunakan wang Badan Pembinaan Bangunan Sekolah. Perbelanjaan kedua-dua bilik darjah ini ialah RM 5,550.00. Wang yang tidak mencukupi itu ditanggung oleh Lembaga Sekolah. Juru binanya ialah En Loh Thiam Hoe. Ini merupakan kali pertama sekolah ini menerima bantuan dari Kementerian Pelajaran. Sebelum ini, sekolah ini telah mendirikan 9 buah bilik darjah yang baru dengan wang sendiri. Bilik darjah ini telah dibina di dalam sebuah kebun kelapa kepunyaan seorang Melayu yang bernama En Mohamad bin Mat Arop. Luas kebun ini seluas seekar sahaja. Kebun ini disewa dengan harga RM 30.00 setahun.

28 Disember 1959
Sekolah telah memasang telefon pertama, nombornya 226, Pantai Remis.

23 Januari 1960
Satu Badan Pembinaan Sekolah telah ditubuhkan. Pengerusinya ialah En Chuah Yew Phong, En Ng Pit Chai, En Tan Cheng Ann dan En Tan Tiong Ngee.

28 Jun 1960
Lembaga Sekolah membuat keputusan untuk membina sebuah bilik darjah lagi. Sekolah telah menerima bantuan daripada Jabatan Pelajaran Perak sejumlah RM 3,600.00 pada tahun tersebut dan Lembaga Pengurus Sekolah telah bersetuju untuk membina dua buah bilik darjah baru. Bilik darjah pada masa itu adalah berjumlah 13 buah. Gurunya seramai 28 orang. Sekolah juga telah mendapat seorang kerani dan 3 orang pekerja.Murid seramai 984 orang, 514 orang di sesi pagi dan 470 orang di sesi petang. Lembaga Pengurus Sekolah terpaksa memberhentian jawatan guru besar En Tan Cheng Hai kerana menerima arahan dari Jabatan Pelajaran kerana guru sementara tidak boleh dilantik sebagai guru besar.

1961
En Yong Swee Ngan telah dipilih untuk memegang jawatan guru besar pada tahun 1961., Sekolah ini telah mempunyai 14 buah bilik darjah kesemuanya.

28 November 1961
En Ngoo Ngun Kuan telah dipilih untuk memegang jawatan Guru Penolong Kanan mulai tahun 1962.

18 Januari 1962
Tuan tanah kebun kelapa En Mohamad Mat Arop telah bersetuju untuk menjual tanahnya seluas seekar itu kepada sekolah dengan harga RM8000.00. Pada tahun ini, bilangan guru ialah seramai 35 orang (termasuk guru besar) manakala murid mencapai 1,002 orang iaitu 542 orang di sesi pagi (14 kelas ) dan 460 orang (12 kelas). Sekolah ini telah digredkan pangkat “Sangat Besar”.

11 Oktober 1963
Penubuhan satu AJK untuk membina dua lagi bilik darjah dengan belanja RM 5,700.00.

6 November 1963
Satu pertunjukan yang besar telah diadakan semperna menyambut hari ulang tahun yang ke-40 sekolah ini. Ketua Pegawai Pelajaran Perak, En J.E.B.Ambros telah dijemput untuk perasmian pertunjukan itu.

24 Februari 1964
Sekolah ini menerima bantuan berjumlah RM 12,410.00 dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Persekutuan Tanah Melayu untuk membina sebuah bangunan dua tingkat sebagai asrama guru dan kantin serta sebuah gelanggang bola keranjang. Jumlah perbelanjaan projek ini ialah RM 15,950.00, Lembaga Pengurus Sekolah telah membayar wang yang tidak mencukupi itu.

23 Mac 1965
Yang berhormat Menteri Muda Pelajaran Malaysia, En Lee Siok Yew melawat ke sekolah ini. Lembaga Pengurus Sekolah dan guru besar memohon bantuan modal bagi membina 4 buah bilik darjah lagi.

6 Julai 1965
Pemohonan bantuan itu diluluskan oleh Kementerian Pelajaran. Jumlah bantuan ialah RM 12,000.00. 4 buah bilik darjah dengan luasnya 720’ x 720’ telah dibina pada hujung tahun 1965.

25 Mei 1966
Yang Berhormat Menteri Muda Pelajaran En Lee Siok Yew dan Penolong Pegawai Pelajaran Perak En Lam Kok Hon melawat ke sekolah ini.

17 Mac 1967
Lembaga Pengurus mengadakan satu mesyuarat untuk membincangkan perkara untuk mengadakan 5 hari persekolahan dalam seminggu. Sekolah ini menjalankan 5 hari persekolahan mulai penggal kedua tahun ini.

6 November 1967
Ulang tahun sekolah yang ke-44. Suatu pameran besar-besaran telah diadakan, termasuklah pameran alat pandang dengar, lukisan dan pertukangan tangan. Yang Berhormat Menteri Muda Pelajaran, En Lee Siok Yew, turut hadir merasmikan 4 buah bilik darjah baru itu.

1968
Semua bilik darjah yang lama telah disapu cat baru oleh Jabatan Kerja Raya. Sekolah ini telah membina sebuah bilik makmal dan sebuah klinik pergigian. Jumlah guru pada tahun ini ialah seramai 40 orang dan murid seramai 1,502 orang. Sesi pagi 18 kelas dengan murid 782 orang manakala sesi petang 16 kelas dengan murid 720 orang.

17 Mac 1969
Sekolah ini menerima bantuan wang berjumlah RM8000.00 daripada Kementerian Pelajaran untuk membina sebuah “Lavatory Block dan Sanitary Installation”. Perbelanjaan bagi membina Lavatory Block itu ialah RM 9800.00, maka Lembaga Pengurus telah membayar RM1800 untuk pembinaan ini. Sekolah ini juga membina sebuah gelanggang mini bola keranjang dengan perbelanjaan RM 3000.00 pada hujung tahun ini. Bilangan murid pada tuhun ini bertambah menjadi 1,547 orang dan guru 41 orang.

1970
Bilangan guru tahun ini ialah 43 orang dan murid seramai 1641 orang. Pemain lelaki pasukan bola keranjang sekolah ini, Lam Kai Fong telah dipilih untuk mewakili negara dan pasukan negara kita telah menyertai pertandingan bola keranjang di Manila, Filipina.

1973
Sekolah dipecahkan kepada 2 tapak kerana jumlah murid yang terlalu ramai. Tiga blok bangunan yang mengandungi 11 buah bilik darjah dibina di atas tanah yang telah dibeli pada 31 Mei 1962 di Lot No. 3387.

1975-1976
Tiga blok bangunan mengandungi 11 buah bilik darjah, sebuah kantin, satu unit tandas baru disiapkan di sekolah cawangan atas tanah sekolah Lot No.3387 (sebahagian) dan mula digunakan pada Mac 1976. Projek tersebut lebih daripada RM 120,000.00.

1977
8 buah bilik darjah dilengkapkan dengan papan syiling di sekolah pusat dengan perbelanjaan RM 600.00.

November 1982
Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah En Chuah Yew Phong telah meletak jawatan dan diterima oleh semua AJK. Beliau dilantik sebagai Penaung Sekolah sepanjang umur. Satu Jawatankuasa KBSR ditubuhkan untuk menjalankan hal-hal berkenaan kelas KBSR 1983.

1983
Projek membaharui semua bangunan di sekolah pusat dijalankan. Tiap-tiap bilik darjah dipasang 4 batang lampu dan 2 batang kipas syiling. Projek ini telah menggunakan perbelanjaan RM 19,000.00. Satu Jawatan Kuasa Perayaan Ulang Tahun sekolah yang ke-60 ditubuhkan dan diadakan pada 2 Disember secara besar-besaran.

1984
Satu Jawatan Kuasa Pembangunan Sekolah ditubuhkan untuk merancang projek pembangunan bangunan tiga tingkat yang mengandungi 18 buah bilik darjah dan tandas yang akan dibina di sekolah cawangan pada tahun 1985/1986 tertakluk kepada pelan kelulusan pembangunan dan dijangka memakan belanja RM 330,000.00.

Disember 1985
Memperbaiki asrama guru dan membina seunit tandas di belakang kantin dengan belanja RM 2,000.00.

April 1986
Pelan pembangunan sekolah baru telah diluluskan. Pihak sekolah meminta Ahli Parliman Kawasan Beruas untuk sudi menyumbang wang sebanyak RM25,000.00.

9 November 1988
Permit untuk kemasukan dan kegunaan pembangunan sekolah baru diluluskan.

2 Januari 1989
Bangunan baru tiga tingkat digunakan. Bilangan guru meningkat menjadi 72 orang dan murid juga meningkat mencapai 2023 orang, dan 45 kelas pada tahun ini.

22 Oktober 1989
Satu upacara perasmian bangunan baru diadakan disertai berbagai pameran yang hebat.

1990
Berbagai projek telah dijalankan. Padang di sekolah cawangan telah diperbaiki. Projek untuk pusat sumber sekolah cawangan telah dimulakan. Kempen menderma buku turut dijalankan untuk memperbanyakkan koleksi di pusat sumber. Kemudahan seperti kerusi meja, kaunter dan rak-rak buku telah disediakan juga dalam kempen kali ini.

1991
Sukan Tahunan kali pertama telah dirasmikan serentak dengan pembukaan pusat sumber baru di sekolah cawangan. Majlis perasmian ini dijalankan dengan meriah sekali.

Januari 1993
Sekolah ini dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan Olahraga Kelompok 4 Pantai Remis. Projek Keceriaan Fasa 1 di sekolah cawangan telah dimulakan atas usahasama penduduk tempatan. Berbagai pertubuhan juga telah menyumbangkan tenaga serta wang ringgit untuk projek ini. Sukan Tahunan kali ke-3 dilangsungkan. Projek Keceriaan Fasa 2di sekolah pusat dimulakan.

Januari 1994
Sekali lagi sekolah ini menjadi tuan rumah Sukan Olahraga Kelompok 4 Pantai Remis. Sekolah ini telah meningkat maju di bidang ko-kurikulum dan akademik di bawah pentadbiran guru besar En Hong Kee Tiong. Sesetengah daripada projek yang dirancang telah disiapkan dan projek yang baru juga mula dilaksanakan. Pada tahun ini, jumlah murid seramai 1706 orang dalam 44 kelas. Guru seramai 69 orang dan kakitangan bukan guru seramai 8 orang.

1994
Perubahan-perubahan yang telah dibuat ialah seperti yang berikut:-

  • Kerusi dan meja guru serta almari-almari di bilik darjah telah diganti baru dengan wang derma dari PIBG
  • Kawasan sekolah mula dikawal dengan mengadakan pengawal keselamatan dengan bantuan dari Ahli Undangan Negeri Y.B. En Wong Chong Sang
  • Pagar sekolah pusat telah dibaiki dengan bantuan dari ADUN tersebut
  • Pejabat sekolah telah dilengkapi dengan beberapa buah komputer untuk melancarkan lagi pengurusan dan perkeranian
  • Projek komputer untuk murid telah ditingkatkan pengoperasian pembelajarannya dengan menukar komputer baru berserta program-program yang terkini
  • Mengadakan sebuah bilik muzik yang berhawa dingin

1995
Pejabat guru besar, pejabat guru dan bilik darjah dibaiki dan dinaik taraf dengan bantuan modal sebanyak RM38,400.00. Projek naik taraf tandas, membina sebuah kantin baru di sekolah cawangan dan pendawaian semula di sekolah pusat. Dengan bantuan Parti Gerakan Y.B. Datuk Seri Dr Lim Kheng Yeik telah menyumbang sebuah pianobaru dan mesin fotostat berjenama Canon kepada sekolah ini.

1997
Pondok basikal yang belanja RM 7,800.00 dibina di sekolah cawangan. Lukisan mural di dinding bangunan ditambah. Pokok-pokok tua dicantas untuk memperindahkan lagi persekitaran sekolah.

1998
Kempen kebersihan dan keceriaan telah diadakan dengan kerjasama PIBG. Y.B. Dr Fong Chan Onn, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, menyumbangkan RM 30,000.00 kepada sekolah ini sebagai bantuan modal. Pihak sekolah merancang untuk membina sebuah dewan sekolah atau satu blok bilik darjah 3 tingkat di sekolah cawangan. Sekolah ini akan dibina semula. Guru pada tahun in seramai 60 orang manakala murid seramai 1,487 orang dalam 37 kelas.

2002
Bangunan Sekolah Pusat yang berusia lebih 80 tahun telah dikesan mula dimakan anai-anai dan terdapat beberapa kelas telah teruk dimakan anai-anai. Guru Besar pada masa itu, Encik Saw Ee Kang telah meminta Jabatan Kerja Raya Bahagian Bangunan membuat pemeriksaan ke atas bangunan tersebut. Hasil daripada pemeriksaan Jabatan Kerja Raya mendapati bangunan tersebut tidak selamat digunakan kerana banyak bahagian penting bangunan telah dimakan anai-anai dan juga usang.

Pihak sekolah, Lembaga Pengurus dan PIBG mengadakan mesyuarat. Hasil mesyuarat, ketiga-tiga pihak telah mencadangkan untuk membina bangunan tambahan di sekolah cawangan kerana keadaan di sekolah cawangan amat sesuai. Oleh itu, pihak sekolah telah mengedar surat undian kepada ibu bapa murid untuk membuat pilihan samada sekolah pusat atau sekolah cawangan. Hasil undi daripada ibu bapa telah memilih sekolah cawangan.

23 Mac 2003
Suatu perjumpaan dengan ibu bapa-ibu bapa, penduduk-penduduk Pantai Remis serta guru telah diadakan pada pukul 1.30 petang di sekolah pusat. Wakil-wakil persatuan tempatan dan wakil Persatuan Sekolah Cina Malaysia serta wakil penderma tanah sekolah pusat turut dijemput menghadiri perjumpaan kali ini. Tujuan perjumpaan ini ialah untuk menentukan tapak pembinaan bangunan baru.

21 September 2003
Persembahan 10 artis popular yang ditaja oleh Nanyang Siang Pou dan Carlsberg bertujuan mengutip derma RM 150,000.00 untuk Tabung Pembinaan Sekolah. Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Merangkap Ahli Parlimen Beruas menjadi penaung dan penasihat. Dato’ Seri juga telah berjanji akan membantu mencari kewangan tabung. Pada masa itu, Jawatankuasa Pembinaan Sekolah berjaya mengumpul derma sebanyak hampir RM 700,000.00.

2004
Salah faham masyarakat semakin ketara dengan didalangi oleh parti pembangkang. Pelbagai isu dibangkitkan dan juga melibatkan serangan peribadi terhadap Ahli Jawatankuasa Pembinaan. Berlaku juga demonstrasi di depan sekolah pusat. Ada masyarakat menyatakan sekolah pusat akan ditutup. Bagi mengelakkan masalah berlanjutan, satu perjumpaan terbuka dengan masyarakat setempat diadakan. Hasil perjumpaan tersebut memutuskan bangunan tambahan di bina di sekolah cawangan dan bangunan sekolah pusat dibaiki. Walaupun keputusan telah dicapai, namum kumpulan tertentu mahu bangunan baru dibina di sekolah pusat.

Oleh kerana bantahan melibatkan parti politik pembangkang maka Jawatankuasa Pembinaan Sekolah memutuskan untuk membubarkan Jawatakuasa tersebut dan mengambil keputusan memulangkan semula derma yang disumbangkan kepada penderma.

Keadaan sekolah semakin usang dan siling kelas telah runtuh pada waktu malam. Pihak JPN dan PPD Manjung menasihatkan pihak sekolah agar berpindah ke sekolah cawangan demi menjaga keselamatan murid dan guru.

Pada masa itu, individu tertentu telah merancang menubuh Jawatankuasa yang baru , di mana kebanyakkan ahli Jawatankuasa terdiri daripada ahli parti pembangkang. Jawatankuasa yang baru telah melancarkan kempen mengutip derma daripada masyarakat setempat. Pada peringkat awalnya, Jawatankuasa tidak melibatkan pihak sekolah. Oleh kerana masyarakat kurang memberi respon, Jawatankuasa telah meminta Dato’ Seri Lim Keng Yaik membantu mencari kewangan. Dato’ Seri Lim Keng Yaik telah menyumbang sebanyak RM 1 juta kepada tabung ini.

21 November 2005
Pindah semua dokumen dan perabot ke sekolah cawangan.

Disember 2005
Sekolah pusat mula diruntuhkan.

Januari 2006
Semua guru dan murid dikumpulkan di sekolah cawangan dan mula belajar di bawah satu bumbung. Sesi pagi ialah darjah 3, 4, 5 dan 6. Sesi petang ialah darjah 1 dan 2.

"Dewan Sementara” antara pusat sumber dan kelas setingkat dibina di sekolah cawangan (di antara bangunan blok A dan blok B).

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tit Bin
Pantai Remis
34900, Pantai Remis
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056771626
Fax = 6056771626

Pautan luar[sunting | sunting sumber]