Sekolah Kebangsaan Ara Rendang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ara Rendang
Lokasi
 Malaysia Kepala Batas, 13220, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah+604-5755229
Kod sekolahPBA2001
Faks+604-5792786
Map
Sekolah Kebangsaan Ara Rendang


Sekolah Kebangsaan Ara Rendang atau nama ringkasnya SK Ara Rendang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ara Rendang memiliki 505 pelajar lelaki dan 443 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 948 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1929, bermula sebagai sekolah rakyat. Bangunan asal daripada kayu dan beratap nipah dibina di atas sebidang tanah berhampiran kawasan sawah. Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Tuan Haji Ishak bin Ahmad.

Enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1934, kawasan sekolah ini dapat diperluaskan sehingga kira-kira dua ekar setengah kerana beberapa orang penduduk kampung mendermakan tanah mereka untuk memajukan sekolah ini. Dengan demikian, dua buah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu dapat didirikan. Dengan jumlah enam buah bilik darjah, seramai kira-kira 140 orang murid dapat ditampung untuk belajar di sekolah ini.

Menjelang tahun 1962, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah menjadi tiga buah bangunan dengan jumlah sembilan buah bilik darjah dan menampung kira-kira 220 orang murid.

Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.

Senarai Guru Besar [1][sunting | sunting sumber]

  1. 1985 - 1907 Tn Hj Jusoh bin Kecik
  2. 1908 - 1918 En Hussain bin Md Jiwa
  3. 1919 - 1925 En Ismail bin Abdullah
  4. 1926 -1930 En Ahmad bin Abdullah
  5. 1931 - 1932 En Zakaria bin Md Johan
  6. 1933 - 1935 En Othman bin Abd Karim
  7. 1936 - 1937 En Johar bin Ismail
  8. 1942 - 1950 En Md Taib bin Abdullah
  9. 1951 - 1958 En Ibrahim bin Ahmad
  10. 1969 - 1975 En Hasyim bin Hj Abdullah
  11. 1976 - 1977 En Shoib bin Jaafar
  12. 1978 - 1985 Tn Hj ALi bin Che Rause
  13. 1985 - 1991 Tn Hj Saad bin Hj Ali
  14. 1991 - 1995 En Mohd Hassan bin Ismail
  15. 1997 - 2000 En Md Yusof bin Said
  16. 2000 En Hashim bin Majid
  17. 2000 - 2004 En Mohamed bin Abdul Majid
  18. 2005 En Abdul Rahman bin Yahaya

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ara Rendang
Jalan Pokok Sena
13220, Kepala Batas
Seberang Perai Utara
Pulau Pinang
Telefon = +604-5755229
Faks = +604-5792786

Pautan luar[sunting | sunting sumber]