Seberang Perai Utara
Daerah Seberang Perai Utara | |
---|---|
![]() | |
Geografi | |
Status | Daerah |
Asal nama | Province Wellesley |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | Daerah Seberang Perai Utara |
Keluasan | 262.53 km persegi |
Seberang Perai Utara (Inggeris: North Seberang Perai), ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di Pulau Pinang, Malaysia. Ia merupakan daerah terbesar sekali dengan keluasan 262.53 km persegi (26588.04 hektar) dan merupakan daerah separa bandar.
Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pejabat pentadbiran daerah ini terletak di Kepala Batas, dan bandar terbesar ialah Butterworth. Pekan-pekan yang lain termasuklah Tasek Gelugor, Bertam, Bagan Ajam, Perai, Sungai Dua dan Teluk Ayer Tawar. Daerah ini juga terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Seberang Perai. Terbahagi kepada tiga kawasan parlimen iaitu Parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bagan.
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Kedudukan Seberang Perai Utara sangat strategik bersempadankan kawasan pembangunan Sungai Petani, Tikam Batu, dan Kulim di Kedah. Dalam pada itu, Butterworth bandar utama daerah ini merupakan Pusat Pertumbuhan Antarabangsa Segitiga (IMTGT) yang melibatkan Indonesia, Malaysia dan Thailand.[1]
Sempadan Daerah[sunting | sunting sumber]
- Sungai Muda, Kedah di sebelah utara
- Padang Serai, Kedah di sebelah timur
- Sungai Perai, Pulau Pinang di sebelah selatan
- Perairan Selat Melaka di sebelah barat
Pengangkutan[sunting | sunting sumber]
Selain merupakan pintu masuk utama dari utara Semenanjung, Butterworth merupakan laluan utama dari utara ke selatan Semenanjung. Sebuah kemudahan infrastruktur jalan di daerah ini iaitu Lebuhraya Utara - Selatan menjadi nadi utama sistem perhubungan jalan darat.[1] Selain dari itu, terdapat juga Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworh (BORR) iaitu sepanjang 18.9 km yang telah dibuka pada 7 Disember 2005.[2]
Lebuhraya Utara Selatan[3][sunting | sunting sumber]
Lebuhraya ini turut melalui Daerah Seberang Perai Utara iaitu bermula daripada Sungai Muda yang memisahkan Kedah dan Pulau Pinang sehingga Sungai Perai iaitu sempadan Daerah Seberang Perai Utara dan Daerah Seberang Perai Tengah. Terdapat dua susur keluar iaitu:
- susur keluar Bertam
- susur keluar Sungai Dua
Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth[2][sunting | sunting sumber]
Lebuhraya ini bermula daripada Persimpangan Sungai Dua sehingga ke Megamall Pinang, Perai sepanjang 14 kilometer. Terdapat 3 buah plaza tol di sepanjang lebuh raya ini, iaitu:
- Plaza Tol Prai
- Plaza Tol Bagan Ajam
- Plaza Tol Sungai Nyior
Terdapat 5 susur keluar yang berada di dalam Daerah Seberang Perai Utara iaitu:
- Susus keluar Bagan Lalang
- Susur keluar Bagan Ajam
- Susur keluar Terminal Kontena (NBCT)
- Susur keluar Terminal Feri
- Susur keluar Dermaga Dalam
Hab Pengangkutan Penang Sentral[4][sunting | sunting sumber]
Telah dibuka kepada awam pada 22 November 2018 menghubungkan semua pengangkutan darat di Wilayah Utara iaitu kereta api, feri, bas dan teksi. Telah dibangunkan oleh Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) merangkumi kawasan seluas 22.65 ekar.
- Kereta api (ETS dan Komuter)
- Bas (tempatan dan antara bandar, ekspres)
- Feri
- Teksi
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Institusi Latihan Awam[sunting | sunting sumber]
Terdapat juga kemudahan institusi latihan di daerah ini seperti:
- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Bertam, Kepala Batas,
- Angkatan Pertahanan Awam Seberang Perai Utara, Butterworth,
- Institut Pertanian Bumbung Lima,
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Seberang Perai,
- Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas,
- Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas,
- Pusat Kemajuan Peladang Kecil PPK Paya Keladi, Lahar Bubu, Pokok Sena, Penaga dan Ekor Kuching[5].
Insituti Pengajian Tinggi[sunting | sunting sumber]
Antara kemudahan institusi pengajian tinggi di daerah ini adalah
- Kolej Komuniti Kepala Batas,
- Kolej Komuniti Tasek Gelugor,
- GIATMARA Bagan,
- GIATMARA Kepala Batas
- GIATMARA Tasek Gelugor (Prima),
- Kolej Matrikulasi Pulau Pinang,
- Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia, Bertam[6]
- Universiti Teknologi Mara Kampus Bertam (UiTM) turut beroperasi pada 16 Mei 2011, iaitu kampus kedua UiTM di Pulau Pinang selepas Kampus Permatang Pauh.[7]
Sekolah Menengah[sunting | sunting sumber]
- Maktab Rendah Sains Mara Kepala Batas
- Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
- Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Labu
- SMKA Al-Irsyad
- SMK Pokok Sena
- SMK Permatang Tok Jaya
- SMK Datuk Haji Ahmad Said
- SMK Datuk Onn
- SMK Datuk Haji Ahmad Badawi
- SMK Sri Muda
- SMK Chung Ling Butterworth
- SMK Telok Air Tawar
- SMK Dato' Kailan
- SMK Mak Mandin
- SMK Bagan Jaya
- SMK Kampong Selamat
- SMK Bertam Indah
- SMK Kepala Batas
- SMK Dato' Haji Hassan Noh
- SMK Desa Murni
- SMK Gemilang
- SMK Bertam Perdana
- SMK Convent Butterworth
- SMK Kampong Kastam
- SMK Datuk Haji Abdul Kadir
- SMK St. Mark
- SMK Bakti
- Kolej Vokasional Butterworth
Kesihatan[sunting | sunting sumber]
Kemudahan kesihatan turut disediakan di Daerah Seberang Perai melalui kemudahan awam dan kemudahan swasta terdiri daripada hospital dan klinik.
Hospital[sunting | sunting sumber]
- Hospital Kepala Batas
- Bagan Specialist Centre[8]
- Hospital Seberang Jaya
Klinik Kesihatan Kerajaan[sunting | sunting sumber]
- Klinik Kesihatan Kepala Batas
- Klinik Kesihatan Tasek Gelugor
- Klinik Kesihatan Sungai Dua
- Klinik Kesihatan Penaga
- Klinik Kesihatan Mak Mandin
- Klinik Kesihatan Butterworth
Klinik Pergigian[sunting | sunting sumber]
- Klinik Pergigian Kepala Batas
- Klinik Pergigian Penaga
- Klinik Pergigian Sungai Dua
- Klinik Pergigian Butterworth
- Klinik Pergigian Pakar Mak Mandin
Mukim[sunting | sunting sumber]
- Mukim 1
- Mukim 2
- Mukim 3
- Mukim 4
- Mukim 5
- Mukim 6
- Mukim 7
- Mukim 8
- Mukim 9
- Mukim 10
- Mukim 11
- Mukim 12
- Mukim 13
- Mukim 14
- Mukim 16
- Bandar Butterworth
- Bandar Kepala Batas
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Seberang Perai Utara |
Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]
Parlimen[sunting | sunting sumber]
Senarai ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang telah menang di dalam Pilihanraya Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018[9].
PILIHAN RAYA UMUM KE-14 | |||
---|---|---|---|
Parlimen | Kawasan | Ahli Parlimen | Parti |
P41 | Kepala Batas | Reezal Merican Naina Merican | Barisan Nasional (UMNO) |
P42 | Tasek Gelugor | Shabudin Yahaya | BERSATU |
P43 | Bagan | Lim Guan Eng | Pakatan Harapan (DAP) |
Dewan Undangan Negeri[sunting | sunting sumber]
Senarai ahli Dewan Undangan Negeri di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang telah menang di dalam Pilihanraya Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018.[10]
PILIHAN RAYA UMUM KE-14 | ||||
---|---|---|---|---|
Parlimen | Negeri | Kerusi | Ahli DUN | Parti |
P41 | N1 | Penaga | Mohd Yusni bin Mat Piah | Pas |
N2 | Bertam | Khaliq Mehtab Mohd Ishaq | BERSATU | |
N3 | Pinang Tunggal | Ahmad Zaki Yuddin Bin Abd Rahman | Pakatan Harapan (PKR) | |
N4 | Permatang Berangan | Nor Hafizah Binti Othman | Barisan Nasional (UMNO) | |
P42 | N5 | Sungai Dua | Muhammad Yusoff bin Mohd Noor | Barisan Nasional (UMNO) |
N6 | Telok Air Tawar | Mustafa Kamal Bin Ahmad | Pakatan Harapan (PKR) | |
P43 | N7 | Sungai Puyu | Phee Boon Poh | Pakatan Harapan (DAP) |
N8 | Bagan Jermal | Soon Lip Chee | Pakatan Harapan (DAP) | |
N9 | Bagan Dalam | Satees a/l Muniandy | Pakatan Harapan (DAP) |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b http://spu.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=23&Itemid=48&lang=en
- ^ a b http://www.llm.gov.my/awam/highway/8
- ^ http://www.plus.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=27&Itemid=235&lang=en
- ^ http://www.penangsentral.com.my/
- ^ http://www.lpp.gov.my/article/view/pertubuhan-peladang-kawasan-di-pulau-pinang
- ^ http://www.amdi.usm.my/
- ^ http://bertam.uitm.edu.my/v3/
- ^ http://www.bagan.com.my/
- ^ http://pru14.spr.gov.my/#!/parliament/7
- ^ http://pru14.spr.gov.my/#!/dun/7