Sekolah Kebangsaan Kuala Muput

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kuala Muput
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Tatau., 97000, Bintulu,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1963
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBB9207
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Kuala Muput atau nama ringkasnya SK Kuala Muput, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Tatau, Bintulu, Sarawak.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kuala Muput memiliki 87 pelajar lelaki dan 83 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 170 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1962, ibu bapa di kawasan ini telah menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan di sekolah rendah yang dibina sementara di Kuala Sungai Kana. Oleh kerana lokasinya yang tidak sesuai maka, Tuai Rumah Sumbang telah membawa penduduk tempatan membina sekolah di Kuala Muput buat sementara.

Pada 19 Februari 1963 Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Muput telah dibina dengan rasminya. Pada awalnya sekolah ini telah menerima murid-murid darjah satu sehingga empat sahaja. Murid-murid yang lain telah melanjutkan persekolahan mereka di SRK Sangan Iban.

Dalam tahun 1965 sekolah ini telah dapat menawarkan kelas sehingga Tahun Enam. Kemudahan awam juga telah lengkap dibina dan dapat menampung murid-murid asrama. Enrolmen murid pun bertambah dari tahun ke tahun. Kini, Sekolah Kebangsaan Kuala Muput mempunyai 155 orang murid, 16 orang guru dan tujuh orang kakitangan sokongan. Pendidikan prasekolah juga telah diperluaskan dalam tahun 2006 dengan jumlah muridnya seramai 25 orang. Sekarang, bangunan prasekolah telah siap dibina dan mempunyai 25 orang murid, seorang guru dan seorang pembantu prasekolah.

Seramai 11 orang guru besar telah berkhidmat sepanjang sekolah ini ditubuhkan. Bermula dari Encik Ambu ak Encelum dari tahun 1963 sehinggalah sekarang di bawah pentadbiran En Matthias Tingkau ak. Gendang. Sewaktu Guru Besar ke-9 berkhidmat di sekolah ini pada tahun 1997 sehingga 2008 iaitu En. Ding Wan @ Franklyn, beliau banyak melakukan perubahan di mana sebelum kedatangan beliau masih terdapat murid dewasa (umur melebihi had) yang bersekolah. Namun setelah puas diterangkan oleh pihak sekolah barulah penduduk di rumah panjang bersetuju mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Perubahan besar ini telah memakan masa selama dua tahun untuk meyakinkan penduduk setempat agar mengubah pendirian mereka. Namun begitu, berkat kegigihan dan usaha selama berpuluh tahun, Sekolah Kebangsaan Kuala Muput telah mengalami banyak pembaharuan dan kemajuan.

Di bawah pentadbiran sekarang En. Matthias Tingkau selaku Guru Besar, beliau merupakan bekas Guru Besar sekolah ini yang pernah berkhidmat pada tahun 1974 sehingga tahun 1976. Ini merupakan kali ke-2 beliau berkhidmat di sekolah ini. Keindahan sekolah ini yang menjadi perhatian sekolah lain telah musnah apabila banjir besar berlaku sekitar tahun 2009 di mana sekolah ini telah dinaiki banjir sebanyak sembilan kali yang menenggelamkan dewan makan, asrama, bangunan sekolah, prasekolah dan juga kuarters guru. Ini menyebabkan suasana sekolah ini begitu suram.

Kini, Guru Besar SK. Kuala Muput En Matthias Tingkau bersama PIBG sekolah mula menggiatkan usaha untuk mengembalikan susana indah dan ceria di kawasan sekolah. Namun demikian, penduduk di sekitar kawasan ini mengharapkan satu kawasan baharu dapat dibangunkan menjadi sebuah sekolah yang dapat menggantikan sekolah asal bagi mengelak bencana alam iaitu banjir yang memusnahkan keindahan dan kecerian sekolah yang telah diusahakan. Semoga ia menjadi realiti dan dapat membangunkan modal insan dalam kalangan masyarakat setempat.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kuala Muput
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Tatau.
97000, Bintulu
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]