Sekolah Kebangsaan Pulau Aman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Pulau Aman
Lokasi
Pulau Aman, 14100, Simpang Ampat,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0194441699
Kod sekolahPBA4005
Faks6045307185
Map


Sekolah Kebangsaan Pulau Aman atau nama ringkasnya SK Pulau Aman, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pulau Aman.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pulau Aman memiliki 28 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 43 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Pulau Aman bermula seawal tahun 1870-an berikutan perpindahan penduduk dari Kedah ke Pulau Aman. Pada tahun 1940-an hingga 1960-an, dianggarkan terdapat seramai 300 orang murid terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Namun begitu, jumlah ini berkurangan berikutan perpindahan besar-besaran penduduk Cina dan India ke Bukit Tambun pada tahun 1960-an. Manakala penduduk Melayu pula telah berhijrah ke Rancangan FELDA pada tahun 1960-an. Pada tahun 1986,bangunan baru sekolah telah siap bagi menggantikan bangunan lama yang diperbuat daripada kayu. Sejak tahun 1980-an hingga kini jumlah murid sekolah ini tidak melebihi 50 orang. Mulai tahun 2006, Sekolah Kebangsaan Pulau Aman telah diketuai oleh En. Mohd. Noor B. Abd. Rahim sebegai Guru Besar. Beliau dibantu oleh 10 orang guru dan 3 orang staf sokongan. Kini terdapat seramai 42 orang murid yang sedang belajar dari Tahun 1 hingga Tahun Enam.

Kampung Pulau Aman adalah sebuah pulau kecil yang terletak dalam daerah Seberang Perai Selatan. Bandar terdekat ialah Simpang Empat yang boleh dihubungi melalui jalan laut sejauh 8 km atau 40 minit perjalanan bot. Kemudahan asas yang terdapat di kampung ini ialah sekolah, tadika, masjid, bekalan air, elektrik & telefon. Perhubungan ke Bukit Tambun hanya dengan bot penambang 4 kali sehari dengan tambang RM4.00 sehala. Dianggarkan terdapat 40 buah keluarga yang masih tinggal di kampung ini dengan penduduk seramai 250 orang. Kebanyakkan terdiri daripada kanak-kanak dan orang-orang tua. Semuanya Melayu dan beragama Islam. Pekerjaan utama penduduk ialah sebagai nelayan pantai dengan pendapatan yang tidak menentu. Hasil tangkapan dijual kepada peraih tempatan atau peraih di Bukit Tambun.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Pulau Aman
Pulau Aman
14100, Simpang Ampat
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 0194441699
Fax = 6045307185

Pautan luar[sunting | sunting sumber]