Seberang Perai Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang

Seberang Perai Selatan (Inggeris: South Seberang Perai), ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di Pulau Pinang, Malaysia. Ibu pejabat daerah ini terletak di Sungai Jawi. Ia merupakan salah satu daripada tiga daerah pentadbiran di wilayah Seberang Perai, kawasan tanah besar di Pulau Pinang.