Sekolah Kebangsaan Taman Sutera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Taman Sutera
Lokasi
Jalan Persisiran Sutera, Taman Sutera,, 81200, Johor Bahru,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSETARA MELANGKAH JAUH
Ditubuhkan16 NOVEMBER 2002
Nombor sekolah0127817497 (PN . YANA)
Kod sekolahJBA1109
Pengerusi PIBGEN FAHMY BIN MOHD NOOR
Guru besarEN DOLIE @ GI SHAMSYUL BIN EDDIE @ IDEA
GPK Pentadbiran dan AkademikEN. AZRI BIN ABD RAZAK
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN. RUHANA BT WAHAB
Penolong Kanan KokurikulumEN. GUNALAN VELAYUTHAN
FaksTIADA
Laman sesawang
Disumbangkan oleh En. Muhammad Safari Bin Abdullah (Guru Penyelaras Bestari SETARA)


Sekolah Kebangsaan Taman Sutera atau nama ringkasnya SETARA , merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Persisiran Sutera, Taman Sutera, Johor Bahru.

Sekolah ini merupakan sekolah pilihan bagi penduduk sekitar Taman Sutera, Taman Perling dan kawasan kampung seperti Kampung Bakar Batu dan Kampung Sungai Perling.

Murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga, bangsa dan budaya serta agama menjadikan sekolah ini amat terbuka dan meraikan setiap perbezaan dengan positif.

Selain itu, sekolah ini juga mempunyai murid orang asli dari suku kaum Seletar. Orang Seletar merupakan satu daripada 18 suku yang membentuk kaum Orang Asli di Malaysia. Mereka tergolong dalam kumpulan Melayu Proto iaitu satu daripada 3 kumpulan utama kaum Orang Asli. Mereka bertutur Bahasa Orang Seletar.

Dengan kepelbagaian bangsa dan budaya serta agama sekolah ini tidak kurangnya dari segi pencapaian samada dalam bidang akademik mahupun ko-akademik.

Kebitaraan sekolah ini adalah dalam Hoki dan Highly Immersive Programme(HIP). Pada tahun 2022, sekolah telah mendapat status sebagai sekolah TS25kohort 7.

Sekolah Kebangsaan Taman Sutera komited untuk terus memberikan pendidikan selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara  Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Sutera telah diberi nama sempena nama taman perumahan yang dibina iaitu Taman sutera. Ia dibin di atas Lot Tanah PTD64052 dan mempunyai keluasan 3.5 hektar. Terletak dibahagian selatan Taman Sutera dan jauh dari kesibukan bandar terdekat iaitu Bandar Johor Bahru. Kerja-kerja asas telah dimulakan pada tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2001.

2001[sunting | sunting sumber]

Ia diserahkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Kementerian Pendidikan pada 1 Jun 2001.

2002[sunting | sunting sumber]

Secara rasminya, Sekolah Kebangsaan Taman Sutera telah diwarta serta ditubuhkan pada 16 November 2002. Ia mula mengambil murid baru menjelang sesi persekolahan pertama pada 6 Januari 2003. Pada masa tersebut, bilangan tenaga pengajar adalah seramai 19 orang dengan dibantu oleh 2 kakitangan sokongan.

2003[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Sutera adalah sebuah sekolah yang mempunyai satu sesi persekolahan di sebelah pagi sahaja. Setakat 20 Februari 2003, jumlah murid yang mendaftar adalah seramai 345 orang dan ditempatkan ke dalam 10 buah kelas yang terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga 5. Kebanyakkan murid-murid adalah terdiri daripada murid yang datang dari sekolah-sekolah berhampiran seperti SK Taman Perling.

2004 - Kini[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Sutera telah berkembang seiring dengan perkembangan waktu. Banyak pencapaian samada dalam bidang akademik mahupun ko-akademik yang telah dicapai.

Murid , guru serta pentadbiran sentiasa bersilih ganti, namun pihak sekolah komited untuk terus memberikan pendidikan selaras dengan falsafah pendidikan negara iaitu, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara  Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2022[sunting | sunting sumber]

  1. PERTANDINGAN WAR CRY OUTPOST MALAYSIA - (JOHAN / PERINGKAT ANTARABANGSA)
  2. JOHOR SCOUT INTERNATIONAL QURAN - (PENYERTAAN / PERINGKAT NEGERI)
  3. PERKHEMAHAN SCOUT JB LEGOLAND - (PENYERTAAN / PERINGKAT ANTARABANGSA)
  4. UJIAN KENAIKAN PANGKAT KOPERAL/SARJAN TKRS - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  5. TAEKWONDO TOURNAMENT FIGHTERS CLINICAL COUSE - (SAGUHATI / PERINGKAT NEGERI)
  6. KEJOHANAN TAEKWONDO SENI BELA DIRI KUKKIWON CUP- (PENYERTAAN / PERINGKAT ANTARABANGSA)
  7. UJIAN PENUKARAN TALI PINGGANG POOM BLACK BELT- (PENYERTAAN / PERINGKAT ANTARABANGSA)
  8. PROGRAM KETATANEGARAAN KRS DAN TKRS - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  9. PENILAIAN SIJIL PUTERI BONGSU - (PENYERTAAN / PERINGKAT KEBANGSAAN)
  10. BICARA BERIRAMA - (NAIB JOHAN / PERINGKAT DAERAH)
  11. Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
  12. UJIAN PERMATA PINTAR UKM 1 - (PENYERTAAN / PERINGKAT KEBANGSAAN)
  13. UJIAN PERMATA PINTAR UKM2 - (PENYERTAAN / PERINGKAT KEBANGSAAN)
  14. PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATA INSAN - (PENYERTAAN / PERINGKAT KEBANGSAAN)
  15. KUIZ MATEMATIK SEMPENA INTERNATIONAL DAY OF MATHEMATICS 2022 - (PENYERTAAN / PERINGKAT ANTARABANGSA)
  16. THE INTERNATIONAL STEM AND INNOVATION COLLOQUIA SERIES (ISICS) - (PENYERTAAN / PERINGKAT ANTARABANGSA)
  17. INTERNATIONAL ECO NATURE VIRTUAL RUN - (PENYERTAAN / PERINGKAT KEBANGSAAN)
  18. KEJOHANAN HOKI PERINGKAT DAERAH - (KE-4 / PERINGKAT DAERAH)
  19. KEJOHANAN BOLING TENPIN- (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  20. PROGRAM PEMBANGUNAN BOLING TENPIN - (SAGUHATI / PERINGKAT NEGERI)
  21. KEJOHANAN TAKRAW - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  22. KEJOHANAN BOLA TAMPAR - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  23. KEJOHANAN BADMINTON - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  24. KEJOHANAN OLAHRAGA - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  25. KEJOHANAN CATUR TERBUKA IKRAM MUSLEH - (PENYERTAAN / PERINGKAT KEBANGSAAN)
  26. KEJOHANAN MERENTAS DESA PEREMPUAN B12 - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  27. KEJOHANAN HOKI PERINGKAT NEGERI - (JOHAN / PERINGKAT NEGERI)
  28. BENGKEL ENSEMBLE KOIR KEBANGSAAN - (PENYERTAAN / PERINGKAT KEBANGSAAN)
  29. PERTANDINGAN ENSEMBLE LA CANTO ARMONICA - (SAGUHATI / PERINGKAT NEGERI)
  30. PERTANDINGAN SOLO/DUET FESTIVAL RANCAK SENI - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  31. PERTANDINGAN TEATER MUZIKAL BANDARAYA ISKANDAR PUTERI - (NAIB JOHAN / PERINGKAT DAERAH)
  32. MAHRAJAN ALQURAN (MQSS) E TARANNUM SIBER - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  33. FESTIVAL KESENIAN ISLAM SEKOLAH (FKISS) KHAT SIBER - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  34. ENGLISH LANGUAGE ESSAY WRITING COMPETITION 2022 - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  35. LARGEST PARTICIPATION IN A MALAYSIAN BREAKFAST SESSION SIMULTANEOUSLY 'MALAYSIA BOOK OF RECORD 2022' - (PENYERTAAN / PERINGKAT KEBANGSAAN)
  36. KARNIVAL PERPADUAN BAHASA INGGERIS-POETRY RECITATION - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  37. KARNIVAL PERPADUAN BAHASA INGGERIS-POETRY WRITING - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  38. KARNIVAL PERPADUAN BAHASA INGGERIS-PUBLIC SPEAKING - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  39. KARNIVAL PERPADUAN BAHASA INGGERIS-STORYTELLING LEVEL 1 - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)
  40. KARNIVAL PERPADUAN BAHASA INGGERIS-STORYTELLING LEVEL 2 - (PENYERTAAN / PERINGKAT DAERAH)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Taman Sutera
Jalan Persisiran Sutera, Taman Sutera,
81200, Johor Bahru
Johor, Malaysia
Telefon : 0127817497 (PN YANA)
Email : jba1109@moe.edu.my / sktamansutera@gmail.com
Fb : https://www.facebook.com/SkTamanSutera/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]