Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah
Jenis Sekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
Kod sekolah RFT0002
Lokasi Depan Poliklinik Arau, Jalan Besar, 02600, Arau,, Perlis Indera Kayangan,  Malaysia
Telefon 6049861350
Faks 6049866852


Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah ( المدرسة العلوية الدينية) atau nama ringkasnya Al Maad (المعاد), merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Depan Poliklinik Arau, Jalan Syed Sirajuddin.

Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah memiliki 397 pelajar lelaki dan 229 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 626 orang. Ia mempunyai seramai 52 orang guru.2009

Visi,Misi Dan Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

Visi

Menjadikan SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah sebagai penjana generasi muslim cemerlang

Misi

Membangun potensi murid secara menyeluruh berteraskan Al Quran dan As Sunnah

Moto

بايدينا نبني المعاد[sunting | sunting sumber]

'Biaidina Nabnil Maad'

Dengan tangan-tangan ini kami membina Al Maad.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah atau singkatannya SMA AL-MAAD, terletak di Bandar Diraja, Arau, Perlis Indera Kayangan dengan jarak dari Istana Arau 300 meter sahaja dan jarak dari Masjid Negeri 320 meter sahaja. Pada tahun 1940 bangunan sekolah ini menjadi salah satu tempat kem tentera Jepun bagi pemerintahan Jepun di Perlis ketika dulu.

Kronologi Sejarah Al Maad :

1930  -Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah ditubuhkan dengan menggunakan dana  Zakat Negeri Perlis  bertempat di bangunan sementara iaitu di sebuah rumah di Jalan Pauh, Arau, kemudian berpindah ke rumah Allahyarham penghulu Arau ketika itu di alamat No, 2 Jalan Besar Arau .

1936  -Pembinaan bangunan pertama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah setelah diperintahkan oleh Almarhum Raja Syed Alwi di tapaknya kini.

1940  -Sekolah ditutup setelah dijadikan kem petempatan tentera Jepun.

1951  -Dibuka semula dan diambil warganegara Mesir sebagai pengetua.

1976  -Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Lelaki)

1989  -Yayasan Islam Perlis (YIPs) telah mengambil alih pengurusan dan pentadbiran Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah.

2006  -Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia  di bawah status Sekolah Agama Bantuan Kerajaan(SABK)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tempat Ke 3 Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 Tahun MSSPS

Johan Kawad Kaki Negeri Perlis Bagi Kateori:

  1. Kerajaan-Kadet Bomba Dan Penyelamat
  2. NGO-Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
  3. KRS-Kadet Remaja Sekolah

Ketua Platun 2013

PBSM-Khairul Anuar Bin Abu Bakar

KRS-Muhd Zul Amin

BOMBA DAN PENYELAMAT-Asyraf Bin Mahadir

KOR KADET POLIS-Muhd Lutfi Bin Ramli

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah
Depan Poliklinik Arau, Jalan Syed Sirajuddin,
02600, Arau
Perlis, Malaysia
Telefon = 6049861350
Fax = 6049866852

Pautan luar[sunting | sunting sumber]